Untuk IBU, Ramadhan Berlalu...

Sunday, October 21, 2007

Ramadhan berlalu jua
Bila terbenam seindah cahaya di ufuk
Berganti jua kilauan emas memenuhi alam
Terkadang berkumandang laungan kebesaran
Moga seindah suasana ini terus menggamit hati merindu
Dan kembalilah...

Ramadhan sudah berlalu dan syawal berganti, itulah saban tahun yang sentiasa silih mengambil tempat. Cuma yang membezakan apa yang disambut dan bagaimana cara menyambut. Alhamdulillah, pada tahun ini merupakan lakaran sejarah baru dalam kehidupan; Beraya bersama dua keluarga. Menarik?

Jawapannya sangat dan sangat menarik!

Dua negeri dilawati untuk beraya sebagaimana yang dijanjikan dengan isteri mithali, tahun ini di kedah dan tahun depan di Terengganu InyaALLAH. Walaupun Hari Raya hampir ke pertengahan, namun yang pasti berbagai pengajaran telah dipelajari.

Saat tulisan ini ditulis saya sudah berada jauh dari bumi Semenanjung. Beginilah nasib seorang perantau yang meninggalkan isteri dan keluarga untuk mencari sebuah kehidupan. Saya sebenarnya bermuhasabah dari sambutan Hari Raya yang telah disambut. Kekadang terfikir apakah hikmah sebenarnya yang tersirat?

Terkenang semasa berada di Terminal Perlepasan LCCT, saya tertarik dengan satu suasana. sebuah keluarga yang mempunyai 3 anak perempuan. Apa yang menariknya adalah bila seorang ibu memotong kuku anak-anaknya. 3 anak perempuannya yang sangat comel itu berdiri dan membenarkan perlakuan ibunya. Ini yang membuatkan saya bermuhasabah dalam sambutan pada tahun ini.

Ibu yang membesarkan kita dari perit jerih kandungan dan melahirkan, dengan sokongan ayah yang tidak penat membantu. Adakah hari raya sahaja yang mampu kita tunjukkan bahawa sayang kita terhadap mereka? Cukup sahaja dengan sumbangan kita kepada mereka disetiap bulan?

Bila berjauhan dengan keluarga begini, suasana keluarga yang disebutkan tadi mengenangkan saya kepada keadaan sebenar diri kita. Saya tertanya di dalam hati, jika dulu ibu pernah memotong kuku dengan sabar, adakah mampu untuk kita melakukan kembali kepada mereka bila saat uzurnya mereka?

"Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuatbaik kepada ibubapa" Al-Isra' 17:23

4 comments:

Anonymous,  October 23, 2007 9:25 AM  

Salam, good! teringat kat kampung! Lambatnye nak cuti.. hu!hu!

Anonymous,  October 23, 2007 9:30 AM  

Assalamualaikum....

Bila terbaca artikel ini teringat aku kat kampung...
teringat semua yang aku sayang!
lebih2 lagi ma n ayah yang jauh dimata..
tunggulah kepulangan anakandamu ini...

Anonymous,  October 23, 2007 9:30 AM  

Assalamualaikum....

Bila terbaca artikel ini teringat aku kat kampung...
teringat semua yang aku sayang!
lebih2 lagi ma n ayah yang jauh dimata..
tunggulah kepulangan anakandamu ini...

Anonymous,  October 23, 2007 5:05 PM  

Sejak bila menulis ni? Bagusla, kalau boleh update selalu. Baru ada kesinambungan. Moga Khair semuanya.

Post a Comment

  © Blogger template Foam by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP