Showing posts with label Motivasi Hati. Show all posts
Showing posts with label Motivasi Hati. Show all posts

..:: MORE job .. LESS talk ::..

Friday, April 03, 2009

Some people say;

"Well Said and Well Done",

and other say;
"Well said NOT Well Done".

So, which one will entertain your heart? Possible or not if the first phrase is the best one? Or it quite sometimes sadly we love to the second phrase.

Hmmmm... Dah lama betul tak menulis dalam english, rasa macam kaku dan beku. Dulu boleh la kata macam ulat buku, tapi sekarang kenapa tak jadi rajin macam dulu?

"Well Said, Not Well Done"

Dalam dunia pekerjaan, terlalu ramai yang pandai bercakap. Tidak kira di mana dan sebagainya, bercakap seperti tahu semuanya. Ini dinamakan sebagai, well said. Kebiasaannya yang terlalu banyak bercakap akan banyak mengeluarkan kata-kata kosong dan tidak boleh dipegang. Sedihnya lagi bercakap dengan hanya melihat kepada glamour dan gembira disebabkan orang lain mendengar perkataannya.

Sayangnya, Well said tadi tidak disulami dengan Well done. Al-Quran juga mengatakan tentang "Kenapa kamu katakan sedangkan kamu tidak melakukan?". Sepatutnya yang banyak berkata perlu membuktikan bahawa kata di kota dan semangat mengata dibuktikan.

"Well Said And Well Done"

Kata-kata ini bukan senang hendak dilaksanakan. Kata-kata yang baik, dan disulami dengan bukti kenyataan yang tepat. Jarang sekali yang melakukan demikian. Bukan senang hendak membuktikan membuat yang terbaik. Yang pasti kerja yang sempurna akan menutup mulut pengkritik yang hina! Dengan sebab ini Islam tidak mengajar umatnya suka mengata!

Bagaimana dengan saya?

Cuba lihat tajuk di atas, tercatat "MORE Job, LESS Talk". Kenapa tidak memilih dua frasa diatas?

Jawapan; Sebab keduanya berisiko tinggi. Jika hanya bercakap, dan tidak melakukan dengan baik, sudah pasti ia dinamakan sebagai Mat Jenin!

Jika pandai bercakap, dan buat dengan baik pula. Juga berisiko, ini kerana apa yang dikatakan akan selalu diperhatikan dan akan dilihat sebagai peluang petualang untuk menjatuhkan jika tidak berjaya melakukan sesuatu. Bahaya lagi apabila ada yang tak kena dihati yang lain.

Jadi kenapa More Job, Less Talk?

Keputusan saya;

Sebab bercakap banyak tak guna kalau tak bekerja dengan baik.
Biar banyak kerja, kurang bercakap, kerja Siap!

Anda pilih yang mana?

Read more...

..:: Apa Sebenarnya Di Hati ::..

Saturday, March 28, 2009

Kawan,
Mengapa ada bimbang jika seseorang dilebihkan?
Mengapa perlu takut jika diri tidak diperhatikan?
Mengapa terasa terasing jika diri tidak ditanyakan?

Kawan,

Tidak perlu takut jika berada di bawah, malah teruskan dengan tawadduk jika kita dipandang rendah. Jangan terasa direndahkan jika usaha tidak diperhatikan, ingatlah sesuatu urusan bukan untuk diperhatikan, tetapi untuk menjadi bukti bagi yang Maha Pemerhati. Usah bimbang jika kita terasa diasingkan.

Bukannkah kita perlu muhasabah jika kita seolah-olah diasingkan dari yang lain?

Apabila perasaan bimbang jika diri tidak dihargai, sang hitam akan datang menemani. Bukan untuk menolong ke jalan yang diredhai, tetapi sayang akan dibenci ilahi.

Kawan, kalau kita tak mampu menjadi haruan, jadilah sepat...
Tetapi pastikan sepat yang terlincah di dalam paya...

Kawan, jika kita tak dapat menjadi meranti di puncak...
jadilah aur ditebing, takkan runtuh dek air yang menghempas tebing...

Kawan, bukan semua boleh menjadi ketua...
lazimnya mengikut sahaja, pasti ada sesuatu untuk semua...
kerana ada tugas yang berat dan ada tugas yang ringan, antaranya dibuat mana yang lebih utama...

Kawan, pun kecilnya kita, jangan sekali lupa, Allah catatkan sesuatu yang bermakna untuk kita. Bukan miskin tidak berguna, malah bukan kaya yang didewa, tetapi kita perlu tahu siapa kita!

"Siapa yang mengenal dirinya, dia akan mengenal tuhanNya"

Bukankan kita tahu kata-kata ini? kita pernah belajar untuk memahaminya...

Kawan,

Mengusai diri sendiri diibaratkan seperti peperangan, jika tidak mengenal musuh yang sebenar, jangan diharap ia dikalahkan. Jika di dalam diri tidak berjaya diperhalusi dengan baik, sudah pasti ia akan mengusai diri dengan perkara negatif. Perkara nagatif sudah pasti disulami dengan cakaran syaitan yang mengidamkan kawan untuk ke neraka.

Kawan,

Ingatlah, kita sebenarnya kawan...

Read more...

Satu Perjalanan, Seluruh Ingatan…

Friday, February 27, 2009


Bab Dua

"Sebenarnya anak-anak berhutang dengan mak ayah mereka" kata seorang tua sewaktu berhenti minum melepas lelah di belakang bot.

Suasana sepi seketika walaupun deruan enjin bot memencah bunyi.

Dia terkedu bila mendengar kata-kata tersebut. Masa tu buat pertama kalinya dia mengikut ayahnya ke laut. Sepanjang hidupnya, itulah pertama kali ayah ajak ke laut. Ayah tak pernah membenarkan dia mengikutnya. Walaupun sekali!

Jawapannya hanya satu, "Tak boleh, duduk rumah dan baca buku!".

Hatinya selalu bertanya, kenapa tak pernah diajak ya?

"Anak-anak dari kecil hingga besar akan tetap berhutang"

Sambung seorang tua yang duduk bersamanya dengan nada seperti mengeluh sesuatu.

"Awang belajar lagi?" Tanya Pak Tua kepadanya dengan panggilan awang. Bagi orang pantai timur, Awang adalah panggilan timangan bagi budak lelaki.

"Emm, ya belajar lagi". Jawabnya pendek.

"Kat mana, tahun berapa dah?" Tanya Pak Tua penuh minat.

"Kat UIA, tahun dua".

Matanya tidak berkelip menjawab soalan si tua. Masa tu ayahnya sibuk di depan bot memerhatikan munkin masa sesuai untuk turunkan pukat. Sekarang musim ikan bilis. Pukat cerut digunakan untuk musim ni. Beberapa kali pukat akan diturunkan.

Pengalaman pertama tadi, letih sangat bila naikkan pukat. Ada keluhan di hatinya.

"Anak-anak berhutang susu dengan ibunya, berhutang peluh dengan ayahnya"

Pak Tua berkata lagi dengan penuh kesal sambil menghembuskan rokok daun yang digulung tadi. Mulutnya terkumat-kamit sambil rokok daun itu diketatkan di bibir mulut. Pipinya yang sedikit kempis menandakan giginya yang luruh dimakan usia".

"Kenapa pulak nak berhutang pulak Pak Cik". Dia memberanikan diri dengan bertanya.

Sambil menggaru janggutnya yang putih itu, Pak Tua menjawab "Masa anak masih kecil, ibu menyusukan dengan penuh kesungguhan. Tak kan lapar anak. Ayah mencari rizeki untuk mereka dengan keringat tulang empat kerat. Sampai masanya mereka patut membalas balik pengorbanan tersebut". Pak Tua berhenti seketika sambil menghembuskan asap rokoknya.

Suasana terus sepi…

Tapi budak-budak sekarang sekolah pun tak mahu. Kerja pun tak mahu. Tapi duit yang diminta. Bukan nak tolong apa yang patut". Pak Tua menyambung dengan nada kesal terus diungkap.

Dia terus terdiam untuk mencari jawapan pada kata-kata kesalan itu…

"Awang belajar baik-baik, biar berjaya. Ada peluang, jangan main-main, biar bersungguh!" Itu kata-kata terakhir Pak Tua, terus bangun dan pergi meneruskan kerja. Dia ditinggalkan dengan seribu tanda tanya.

Dia bermonolog sendirian, mencari jawapan…

Dia terfikir bila kata-kata si tua tadi menerjah minda. Rasa terpukul dan tersentak. Adakah kita berhutang? Bukankah menyusu dan mencari rizeki itu wajib? Kenapa perlu di bayar oleh kita? Kalau dapat dibayar, tapi berapa?

Bersambung...

Read more...

Satu Perjalanan, Seluruh Ingatan...

Wednesday, February 25, 2009


Bab Satu

Deruan bot nelayan memecah sunyi. Keriuhan suara awak-awak dan juragam bersahutan. Pukat yang tersedia diangkut ke tempatnya. Pelampung yang diikat dengan tali juga diangkat. Kedengaran sekali sekala ketawa yang menggelikan hati. Entah apa yang mencuit hati. Bila semua telah bersedia, juragam mengemudi bot ke destinasinnya.

Bot menyusuri kuala, memecah sunyi pagi. Air laut menghempas tepian bot. Kekadang terumbang ambing bila dipukul ombak pagi. Angin sejuk kuala menyapa pipi, sejuk yang sangat mendamaikan.

Indah sekali bila melihat mentari mengikut putarannya terbit menerangi alam. Ciptaan Maha Besar ini sangat mengasyikkan dan deruan bot terus membelah ombak ke destinasi.

Bersambung...

Read more...

Mengapa Perlu Berkira?

Friday, February 20, 2009


Soalan yang biasa bermain di fikiran. Tak kala kerja perlu dibereskan. Tak kira sama ada kerja yang menjadi wajib atau rutin seharian. Kenapa perlu berkira sangat?

Biasanya orang akan berkata, kalau kita tidak berkira, nanti suatu masa kita akan selalu dipergunakan! Asyik kita sahaja yag menjadi mangsa. Kita sahaja yang melakukan sesuatu kerja. Betul ke?

Sebenarnya manusia sangat berkira dalam urusan seharian. Buka setakat kewajipan yang mesti dilunaskan tetapi juga urusan agama juga kita perlu setlekan! Manusia jarang berfikir begitu banyak yang telah dikurniakan kepada hambaNya. Begitu banyak...

Jika bercakap tentang urusan kerja contohnya, orang akan bertanya, amanah sangatkah kita sehingga boleh bertanya sedemikian kepada orang lain? Malah yang lebih teruk soalan kita itu akan dijadikan sebagai bahan untuk memulakan pergaduhan. Sayang sekali, kenapa tidak dilihat kepada positifnya soalan, tetapi hanya melihat kepada negatifnya persoalan!

Jawapan kita mestilah tepat! Kita jawab kita nak mencari Redha Allah! Kita berani menegur kerana ia perlu ditegur. Bukan kah seorang sahabat adalah yang berani mengatakan yang HAK?Kita sedar tiada seorang manusia melainkan para Rasul dan pesuruhnya dapat diketegorikan sebagai Amanah dan Ma'sum dalam urusan sehariannya!

Hatta sahabat sekali tidak mampu menyatakan seikhlas munkin dengan khusyuk dalam ibadat mereka. Tetapi kenapa kita selalu mempersoalkan akan amanah dan keikhlasan?

Jika sudah urusan amanah dan agama pun kita berkira, bagaimana keihklasan mahu dijana?

BERKIRA DALAM URUSAN KERJA

Berkira dalam urusan kerja banyak kreterianya, dari segi masa dan segalanya hatta sehingga bilangan minit yang dibayar untuk kita. Begitu details jika kita mempercaturkan segalanya. Tetapi percaturan perlu supaya tidak sampai "Check Mate" sebelum sempat ditanya nanti.

Kebanyakan kita ambil mudah tentang waktu datang kerja, ambil mudah waktu pulangnya kerja, ambik mudah waktu yang nama kita tercatat untuk bertugas, ambil mudah waktu terimanya gaji dan sayang sekali kita terlalu mudah menidakkan amanah yang dipikul!

Sebab itu ramai yang tak kisah datang lewat ke tempat kerja, tidak kisah tentang masa yang dihabiskan diluar kawasab bekerja, malang lagi sentiasa salahkan anak kerana terlewat ke tempat kerja. Pernah ke kita minta maaf kepada anak tentang tuduhan yang dilemparkan kepada anak tersebut?

Berbaloikah dengan wang ringgit yang diterima, tetapi dalam waktu yang sama kita terlalu berkira dalam amanah yang diberikan?

BERKIRA DALAM URUSAN AGAMA

Dalam urusan agama, akan ramai yang mengaku hero. Saya masih teringat sewaktu di menara gading. Ramai yang bercakap tentang Daulah dan Perundangan Islam. Sangat hebat bila bercakap diatas pentas sewaktu relay untuk pemilihan MPP. Lebih hebat lagi apabila mengikut lagak dan gaya sebutan idola mereka di pentas siasah. Tidak kira yang arus perdana sehingga lah sampai ke arus yang bertentangan. Jiwa mereka hampir sama!

Jika saya masih ingat, dan sudah pasti saya tidak lupa waktu itu. Saya berpendapat mereka sepatutnya yang mengisi suasana suram masjid dan surau sekarang ini. Tak kira sama ada sekadar Musalla atau balai saf! tetapi saya kira, telaah saya menjadi hampas! Malah saya fikir, kata-kata tentang daulah dulu hanya seperti langau yang ....

Sudah ramai yang saya melihat kuku yang dulunya sentiasa mencakar, tetapi hilang bila mendapat jawatan. Dulunya semua yang dilakukan oleh sebelah pihak dan pihak yang lain semuanya salah. seperti bercakap dipentas relay pemilihan MPP, seolah tiada yang betul dilakukan oleh pihak yang lain.

Saya masih ingat kawan baik boleh bertukar menjadi seteru yang kekal. Sayang sekali, dulu ramai kawan yang boleh dipanggil sebagai Yang Mulia, tetapi sekarang menjadi Yang Dialpa...

Ingatlah kawan, jika sekadar bercakap, bukit tak akan bergerak. Tidak dipecahkan ruyung, sagu pun tak dapat! Saya cukup berbangga bila melihat kawan-kawan yang bukan aliran agama di awalnya, bukan yang belajar Bahasa arab pada mulanya, tetapi berjuang dimedan agama. Sanggup ke sana dan ke sini demi melihat saudara seIslamnya dibela. Syabas kepada mereka!

Kenapa sangat berkira tentang urusan agama? Dulu bercakap tentang daulah, tetapi sekarang kenapa tidak cuba untuk menyemarakkan Tazkirah? Berapa ramai yang sanggup memberikan menyampaikan Tazkirah? Dulu boleh bercakap tentang siasah, kenapa sekarang tak sanggup nak berkhutbah? Adakah sudah lupa siasah dan daulah?

(Sebahagian coretan ini ditulis apabila melihat suasana kerja yang terlalu banyak persoalan serta suasana suram yang berlaku di Masjid dan Surau. Yang datang ke Masjid hanya yang terlalu bersedia untuk ke sana. Saya mencari dimana golongan 'Alim dan Ulama' yang sepatutnya mewarnai suasana suram ini. Saya cukup kagum dengan kesungguhan para Profesional dan sebahagian yang tua yang begitu ramai mahu mengimarahkan Masjid dan Surau, tetapi sedih sekali bila melihat tidak ramai ahli agama yang mahu bersama. Kenapa dijauhi rumah ibadah kita wahai orang agama? Kita orang yang memahami Lafaz Am dan Khas yang tercatat di dalam Al-Quran.... Berkiralah... Sampai masanya, perkiraan itu akan tiba... ia suatu yang pati...)

Read more...

Ceramah; Anak Sebagai Ujian & Amanah

Saturday, February 07, 2009


Hari ini saya bersama dengan Ibubapa pelajar SK Kuala Baram, Miri dalam Program Keibubapaan yang dianjurkan oleh PIBG sekolah tersebut. Sekolah ini agak jauh dan dipisahkan dengan Sungai Baram yang menjadi pemisah kepada sebahagian tanah Miri dan Negara Jiran Brunei Darul Salam.

Sebenarnya tidak layak untuk saya bercakap tentang keibu bapaan. Apatah lagi belum ada pengalaman dalam mendakap seorang bayi. Semoga Allah memberikan saya peluang untuk merasai kurniaan tersebut. Amien.

Sebagai harapan kenalan-kenalan di sana, saya abercakap dalam skop seorang anak yang mengharapkan sesuatu dari ibu dan bapa. Jadi semua kita adalah anak, dan anak tahu apa yang diinginkan oleh seorang anak!

Bukan semua pasangan mempunyai anak, Malah nabi-nabi terdahulu juga diuji perkara yang sama. Nabi Allah Zakaria A.S mempunyai anak ketika berumur 120 tahun, malah dinukilkan di dalam al-Quran sehingga putih rambutnya. Dengan kurniaan inilah doa sentiasa di panjat oleh sesiapa yang berumah tangga untuk zuriat penyambung generasi. Jadi saya menganjurkan kepada ibubapa supaya bersyukur dengan kurniaan yang diberikan Allah. Jagalah dengan sebaiknya kurniaan tersebut.

Saya menganjurkan kepada ibubapa tentang beberapa perkara dalam mendidik anak, dan sebenarnya ikhlas dikatakan inilah yang dilakukan oleh kebanyakan ibubapa. InsyaAllah hasilnya adalah mampu untuk menghasilkan ummah cemerlang. Antara nasihat yang terkandung dalam konteks ini ialah;

PERTAMA : Anak-Anak Adalah Penerus Perjuangan

Perjuangan hidup amat mencabar. Seorang ayah akan melakukan apa sahaja untuk anak dan keluarga. Ini dapat dibuktikan dengan jelas tentang suasana keluarga yang dibina. Anak inilah yang menjadi penyambung kepada kesinambungan tersebut.

KEDUA : Tumpuan Untk Membina Sahsiah Anak.

Sahsia adalah refleksi kepada seseorang. Anak yang baik menggambarkan sebuah keluarga yang bahagia. Manakala rosak akhlak menggambarkan sebuah keluarga yang penuh dengan kecelaruan. Seorang anak mesti melakukan sesuatu yang boleh memberikan kegembiraan kepada keluarga.

KETIGA : Latih Anak Untuk Cintakan Ilmu

Bagaimana? Anak hanya melihat apa yang dicintai oleh ibubapanya. Jika ibubapa selalu pentingkan ilmu, sudah pasti anak akan mengikut perlakukan tersebut. Justeru itu, ibubapa perlu menunjukkan minat mendalam dalam mencari ilmu. Ilmu dunia jangan diluakan dan ilmu akhirat jangan sekali ditinggalkan.

KEEMPAT : Jaga Makanan dan Permakanan

Makanan yang baik di sini bukan setakat yang baik, tetapi halal mengikut syara'. Kesedaran ini perlu ditingkatkan demi untuk membesarkan anak dengan sumber yang halal. Walaupun ibubapa yang hadir adalah dari berbagai agama dan bangsa, tetapi mereka faham tentang konsep halal yang dimaksudkan. Orang bukan Islam pun tidak mahu makanan dari bersumberkan dari hasil curi dan sebagainya.

Setelah hampir 1jam 30 minit, saya merasakan ada tarikan dari ibubapa yang hadir. Saya melihat redup hiba bila saya mengimbau mereka tentang kesedihan mereka membesarkan anak. Bangun malam untuk membuat susu dan sebagainya. Rata-rata mereka memahami apa yang dimaksudkan dan mudah-mudahan usaha PIBG dengan sokongan sekolah ini akan berjaya mewujudkan suasana cemerlang di Kuala Baram.

Read more...

A Voice Of Hope

Sunday, January 25, 2009

I carved it on all the fronts

With bold handwriting rising all headlines


May name follows me lives with me and natures me


It ignites the fire in my soul and pilses through my veins


The caves of mountain knows me


I did my best then asked the nation to be


Salahuddin is calling from deep inside me


All of my arabs identity calls for revenge and freedom


And my flag that were foided up
on the hills of Hittien

And the voice of Mu’azzin al-Aqsa alarmed and calling for help


And thousands and thounsands of prisoners


Are calling on the nation and chanting


Tell them to al-Quds


To a war denouncing oppression and destroying Zionism


Rewarding Palestinians flag in the skies


And repeating my words


Palestinian… Palestinian… Palestinian…

Read more...

PALESTINE in my HEART, PETRONAS Carigali, Miri

Saturday, January 24, 2009

Palestine In My Heart telah berjaya di lancarkan di auditorium Petronas Carigali, Miri. Program ini adalah susulan Road Show yang dilaksanakan oleh Yayasan Amal, Unit Miri dengan kerjasama NGO dan beberapa badan kerajaan. Sekalung Tahniah untuk saudara Muhtar Suhaili atas inisiatif dan kesungguhan.

Dengan bahasa Inggeris sebagai medium perantaraan, sedikit terasa butterfly in my stomach speaking di permulaan dalam persembahan saya. Maklumlah lidah melayu yang sangat kemelayuan! Selain itu pendengar yang hadir terdiri dari Staff Petronas dan Shell serta pendengar yang lain. Bercakap dihadapan pendengar yang sangat mahir dalam menggunakan Bahasa Inggeris lebih membuatkan saya lebih gementar. Tetapi kalau bukan sekarang kita berlatih dan mencuba, bila lagi?

Saya membuat presentation berdasarkan beberapa unsur berikut;
  • Sejarah palestin dan bagaimana perkembangan Dunia Islam
  • Perbandingan agama antara Islam, Yahudi dan juga Kristian [Saya merujuk kepada beberapa orang kawan beragama Kristian yang saya anggap pious dalam urusan agama mereka]
  • Perbezaan antara Israel dan Yahudi.
  • Ketuhanan Yang satu
  • Selamatkan Gaza dan Yahudi yang melakukan kerosakan
  • Propaganada Yahudi dan bagaimana kekuatan mereka dijana.

Matlamat Menghalalkan Cara? [Dirujuk Presentation Aman Malaysia Presentation, 2007.]

Dalam kitab anutan mereka ada tercatat bahawa mereka dapat melakukan apa sahaja. “Jews May Rob and Kill Non- Jews”. Satu kepastian untuk menghalalkan cara dan diikuti dengan bangga oleh Kaum Yahudi. Satu soalan dan kesedihan, bagaimana TUHAN mereka mengajar mereka?

Dalam petikan dari Sanhedrin 57a meneyebut “When a Jew murders a gentile ("Cuthean"), there will be no death penalty”. Ada juga meyebut What a Jew steals from a gentile he may keep.

Cuba bayangkan bagaimana apa sahaja yang dijumpai dan apa sahaja yang dimahukan hatta membunuh nyawa yang selain dari Yahudi adalah dibolehkan dan apa sahaja adalah hak milik mereka. Kenapa? Kerana mereka adalah Yahudi.

MISHNAH + GEMARA = TALMUD

Kitab Talmud dianggap sebagai interpretasi Taurat. Setelah 150 tahun, Rabi Yudas menghimpunkan wahyu2 yang tercicir – dinamakan Mishnah (tafsir & pelengkap Taurat) Diubahsuai di biara2 Palestin & Babylonia – kitab Gemara. Mishnah + Gemara = Talmud, bererti Kitab ajaran agama & keperibadian Yahudi.

Cuba bayangkan apabila kitab anutan adalah satu inerpretasi dari kitab lain. Malah mereka mengumpulkan wahyu yang tercicir. Bagaimana boleh wahyu dicicirkan?

Jelas sekali bahawa al-Quran yang berada di tangan kita adalah yang terhebat. Tidak ada penambahan dari mula hingga akhir. Dan dijamin oleh Allah sehingga hari kiamat.

Siapa Israel? Siapa Yahudi? Siapa Tuhan Mereka?

Apabila menyebut tentang tuhan bagi Yahudi, saya telah mengkaji dari sudut Yahudi dan Israel. Berikut adalah kenyataan dari sesawang [Bukan sesawang picisan] mereka;

“The people of Israel (also called the "Jewish People") trace their origin to Abraham, who established the belief that there is only one God, the creator of the universe (see Old Testament). Abraham, his son Yitshak (Isaac), and grandson Jacob (Israel), are referred to as the patriarchs of the Israelites. All three patriarchs lived in the Land of Canaan, that later came to be known as the Land of Israel.”. Rujuk [www.science.co.il/Israel-history.asp]

Siapa Tuhan Yang satu [ONLY ONE GOD?]

Jelas dan sangat jelas, mereka telah menyimpang dari ajaran sebenar! Tuhan tidak pernah mengarahkan pembunuhan kejam. Tidak pernah tuhan mengajar untuk meninggikan bangsa sendiri dan menghalalkan cara untuk menguasai. Tetapi dengan terang, mereka adalah bangsa yang Zalim dan sebenarnya Holocoust!

Read more...

Maka nikmat Tuhan yang manakah kamu dustakan?

Tuesday, January 13, 2009

Sudah seminggu saya cuba uploadkan beberapa keping gambar untuk tatapan pembaca. Bukan setakat itu sahaja, yang nak di publish pun, tak dapat di upload. Error On Page dan banyak lagi term di alam maya yang keluar. Sehingga saya terpaksa beberapa kali mengulangi perbuatan yang sama dan dengan penuh hampa, petak dialog tetap memaparkan “Fail to complete your request” . Walaupun di cari solution, namun masalah yang dihadapi dalam mengupload gambar juga dihadapi oleh ramai blogger yang saya surf dalam forum google ni. Rasa macam dah nak start cari web hosting pulak. Ini munkin kelemahan yang dhadapi apabila menggunakan sesuatu yang ‘Free’.

Menyebut pasal free, biasanya jarang benar yang menghargainya. Jarang sekali ingin terus berterima kasih. Maklumlah, free. Tidak perlu modal untuk mendapatkannya. Dengan menggunakan sedikit masa, sudah pasti akan dapat apa yang free tu.Tak kira lah, pasal minum free ke, makan free…

Sebab itu kebanyakan manusia tidak bersyukur dengan apa yang percuma. Sebagai contoh, udara yang Maha Kuasa berikan. Nikmat minuman yang menghilangkan dahaga, juga nikmat cahaya yang menerangi seluruh alam. Tidak terkira nikmat urat menyelirat seluruh rongga dengan perjalanan darah yang bersilang perjalanan putih dan merah. Jelas sekali, manusia jarang mengucapkan syukur pada pemberian percuma.

Kalau dulu, kepada yang biasa terbang dengan pernerbangan premium, sudah pasti akan terbiasa dengan layanan istimewa, yang menggambarkan Hospitality Malaysia. Tetapi jika kekadang sekali terpaksa menggunakan “Everyone Can Fly” baru mereka tahu nikmatnya tidak perlu beratur panjang untuk masuk ke cabin. Jika tambang murah, terpaksa dibayar untuk memilih tempat duduk awal. Bila dah kena beratur, berebut, berat bagasi yang terpasa di bayar dengan paksa rela dan sebagainya. Baru lah manusia rasa seronoknya dan nikmatnya menikmati khidmat yang percuma.

Sebut pasal nikmat, kita tentu ingat dalam Surah Ar-Rahman Allah swt telah menukilkan ayat yang menggunakan lafaf istifhamiyyah [Pertanyaan dengan dimulakan huruf ‘Hamzah’]. Beberapa kali diulang dengan pertanyaan. “Maka nikmat yang manakah engkau dustakan?”.

Allah yang maha pemurah, yang menajarkan ilmu al-Quran, Dia menciptakan manusia, Mengajarnya pandai berbicara, Matahari dan bulan (beredar) menurut perhitungan, Dan tumbuh-tumbuhan dan pohon-pohonan kedua-duanya tunduk kepada NyaDan Allah telah meninggikan langit dan Dia meletakkan neraca (keadilan), Dan Allah telah meratakan bumi untuk makhluk(Nya), Di bumi itu ada buah-buahan dan pohon kurma yang mempunyai kelopak mayang, Dan biji-bijian yang berkulit dan bunga-bunga yang harum baunya.

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

Bila dah rasa macam nak frust.. Mmm, Wahai diriku, bersyukurlah…

Read more...

I Am Not Afraid To Stand Alone

Monday, January 12, 2009

Klik Tajuk Lagu Untuk Video dari http://www.islamonline.net/

I Am Not Afraid To Stand Alone

I am not afraid to stand alone
I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
I am not afraid to stand alone
Everything is gonna be alright
I am not afraid to stand alone
Going keep my head up high

I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
Everything is going be alright
Going to keep my head up high

Single mother raising her children
And Now she's a Muslim
Started praying and wearing a headscarf
It was a healing for her heart

Struggling with no one to lean on
But with prayer she would be strong
Had a job but then she was laid off
Got a better education and it paid off

She was called for a job that she dreamed of
Close by, great pay -she was in love --
They brought her in -- told her shes the 1 pick
You got the job, but you gotta lose the outfit"

It's a tough position that you put me in
Cause look at my condition, and my two children
But I'll continue looking for a job again
Cause my faith and my religion I will never bend

Peer pressure, they were insisting
And I was resisting
Some days.... I felt I would give in
Just wanted to fit in

I know.....when I'm praying and fasting'
They be teasing and laughing
So I called to my Lord for the power
For the strength every day, every hour...

one day there's a new Muslim teacher
Single mom and the people respect her
Just seeing.... her strength I get stronger
They can break my will no longer

You don't see me sweatin' when they're jokes cracking
Never see me cussing' with my pants saggin'
I aint never running Yo I'm still standing,
sorry I aint jumping on your band wagon, cause...

Now, I'm a tough one, who can bear their blows
The rest play dumb, they don't dare say no
Scared of being shunned, but its clear they know
I aint never gonna run, I aint scared no more....

Man, these sisters be resolute
Never stressed when the rest say they wasn't cute
And the get the respect of the other youth
Come best with the dress yo and thats the truth

These sisters are strong gonna hand it down
So me I'm a brotha gotta stand my ground
No fear, I'm tough I'm the man in town
Peer pressure no more, its my planet now

Others may fall, but I'm hold my own
With Allahs help I'll be strong as stone
And I'll be the one to let Al Islam be shown
Cause I am not afraid yo to stand alone

I am not afraid to stand alone
I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
I am not afraid to stand alone
Everything is gonna be alright
I am not afraid to stand alone
Going keep my head up high

I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
Everything is going be alright
Going to keep my head up high

Native Deen, USA

Read more...

Antara Subuh dan Zionist

Thursday, January 08, 2009

Azan

Suara bilal mengalunkan tarhim berkumandang dan memecah sunyi pagi. Satu alunan yang pastinya menguji orang yang sanggup mendengarnya dan bersedia untuk ke ‘Rumah Itu’. Sekejap lagi suara panggilan ke Rumah Itu pula akan berkumandang.

Mata berkedip untuk membuat keputusan samaada menarik gebar atau menyahut seruan. Subuh sekarang pukul 5.11 pagi, satu masa yang cukup liat untuk mata. Kalau di semenannjung, subuh akan masuk sekitar jam 6.15 pagi. Cuba bayangkan hampir sejam lebih awal untuk bangun tidur!

Bila dah lama bercuti di semenanjung, ‘timing’ masa pagi amat susah. Memerlukan banyak mujahadah membuka dalam diri. Masa yang memerlukan satu adunan rapi antara hati dan diri sendiri.

Azan sudah berkumandang dengan suara yang sayup kedengaran. Adakah hari ini akan terus menyahut panggilan ke Rumah Itu?

Berjemaah

Subuh jarang diperkatakan dalam kehidupan dalam ibadah harian. Munkin solat subuh berjemaah adalah satu ibadat ‘private’ yang sepatut atau perlu dirahsiakan. Satu waktu yang banyak fadhilatnya dan terpulang untuk dilakukan berjemaah di rumah atau sebaliknya. Solat subuh adalah bersama dengan pengorbanan untuk membangunkan diri dan bersujud di awal pagi. Solat berjemaah yang jarang dibincangkan… Kenapa ya?

Bila pergi ke Rumah Itu di awal pagi, terasa kesunyian dalam perjalanan di waktu pagi amat mendamaikan. Udara yang masih belum dinodai oleh asap yang beterbangan. Suatu suasana yang jarang bagi kita menghayati nya.

Zionist

Sekarang dunia bingit dengan laungan anti Israel, laungan menandakan kebencian kepada semangat Zionist. Satu semangat yang berkobar dan menanti masa untuk padam. Kebiasaannya semangat ini akan luntur sekitar tiga bulan. Selepas itu akan berkuranganlah semangat yang berkobar tadi. Kata-kata ini bukanlah menidakkan semangat, tetapi ia sangat terbukti dengan amalan seharian umat kita. Tapi yang pasti perjuangan belum selesai, teruskan sehingga ianya pasti selesai!

Saya tertarik satu slaid dalam ceramah bersamamu Palestin yang menyebut tentang kata-kata seorang Rabi Yahudi. Rabi mengatakan “Janganlah Umat Islam Bermimpi Untuk Mengalahkan Yahudi, Sehingga Bilangan Mereka Yang Solat Subuh berjemaah Di Masjid Menyamai Bilangan Yang Datang Untuk Solat Jumaat".

Kata-katanya sangat jelas kan? Jawapannya ada pada kita, Cuma perlu di tanya bagaimana perancangan kita untuk mengalahkan mereka. Cukup hanya sekadar bisikan dan bingitan kosong? Bagi saya, secara logiknya sukar untuk merialisasikan semangat yang berkobar tadi jika Rumah Itu kosong di waktu pagi! Jadi kita tanyalah diri kita sendiri…

Read more...

Gaza; Adakah Ini Sahaja Yang Mampu Dilakukan?

Saturday, January 03, 2009

Klik untuk lihat gambar

Seminggu hampir berlalu dan tangisan hiba di Gaza masih tiada penentu. Tangisan yang mengerikan diselangi dengan bunyian dentuman penghancur bumi Ambiya’. Satu tanah yang menjadi simbol Isra’ sudah dimamah kerakusan teknologi gila yang menghancurkan.

Ketika artikel ini ditulis, lebih 400 nyawa saudara seISLAM sudah hancur. Nyawa yang nilainya tidak langsung dipandang oleh senjata pemusnah. Tentera Israel sudah memulakan serangan darat dan menggunakan kekuatan kereta kebal serta mengerah tentera tambahan. Di pihak Palestin pula masih mendongak noktah. Persoalannya, apa yang mampu dilakukan oleh kita sebenarnya?

Laungan di sana dan di sini bingit kedengaran. Suara yang melantun dan kembali kepada yang berkata. Seolah-olah bola getah yang dilontar ke dinding dan kembali kepada pemiliknya. Jika dapat disama tarafkan, seperti menanti bulan jatuh ke riba! Entah bila masanya akan tiba Salehuddin yang kedua akan muncul…

Dari segi angka rasmi sehingga September 2000 sahaja dan tidak termasuk sehingga hari ini, bumi Palestin sudah kehilangan 1050 kanak-kanak, 4876 telah terkorban, manakala yang cedera di mamah serpihan letupan dan kekejaman adalah 33,034 orang! Jumlah ini adalah yang tercatat, tetapi yang hilang tanpa berita entah berapa. Nak tahu berapa yang sudah dijelkan oleh Israel? Ianya berjumlah 10,756!

Tetapi apa yang boleh dilakukan?


gambar dari yahoo.com, di ubahsuai ke porta oleh nassrullah.blogspot.com. Terima kasih kepada www.saudarakita.org/BIC

Read more...

2 Hijrah; Palestin yang terus berdarah!

Tuesday, December 30, 2008

Hari ini merupakan hari ketiga pencabulan hak yang telah dilakukan oleh Israel ke atas umat Muhammad s.a.w di Gaza. Satu bahagian Negara yang cukup damai berpuluh tahun sebelumnya bertukar menjadi medan pembunuhan manusia.
Lebih 300 orang terbunuh dan beratus lagi yang cedera. Kehilangan tempat tinggal belum lagi tercatat jumlahnya. Ini adalah satu-satunya rantaian pertembungan tamadun berpanjangan yang paling lama semenjak negara haram Yahudi bertapak melalui Perjanjian Balfour 1948. Britain dengan tipu dayanya yang memberikan hak kepada Yahudi untuk menubuhkan sebuah negara.

Serangan udara ini mendapat reaksi yang cukup hebat. Malah semua negara pun membantah dan menunjukkan kebencian kepada Israel. Malah Venezuela sebuah negara latin yang dokrinnya adalah Kristian juga mengecam pencabulan hak oleh Israel. Presiden Libya mengatakan bahawa Negara Arab pengecut! Sebenarnya memang sudah lama pak-pak arab tu pengecut! Dan kita sedia maklum orang arab [bukan semua] “Mereka bersepakat untuk tidak bersepakat!”.

Kuunuu Asraaraa

Walau semua seolah-olah hanya berani mengutuk, tetapi hanya beberapa orang yang berani mengatakan hak. Antaranya Sheikh Hassan Nassrallah, pemimpin Shi’ah di Lubnan yang dengan tegas menyatakan pendirian. Ketika beliau berucap berlatar belakangkan satu kalimah “Kuunun Asraaraa كونو أسراراً” Walau tanpa mengistiharkan perang, tetapi Israel cukup sedar sebenarnya mereka pernah kalah kepada tentera yang berbendera kuning ini.
Gaza yang hanya menempatkan sebahagian umat Islam telah lama dilumpuhkan oleh Regim Yahudi. Makanan, ubat-ubatan malah segalanya di sekat dan segala pergerakan perlu mendapat kebenaran Yahudi. Sedih sekali rakyat Palestine seperti menumpang di tanah sendiri.

Uncle Sam

Berita mengatakan bahawa hero yang boleh memainkan peranan adalah satu, iaitu Amerika. Malangnya Negara Uncle Sam ini dengan jelas bersetuju dengan mengatakan serangan udara itu adalah untuk menyekat pergerakan Hamas. Olmert dan Menteri Luarnya, Livni berbangga dengan jawapan mereka bila diasak oleh pemberita. Yang jelas, motar yang dilancarkan Hamas perlu dibalas dengan serangan yang sewajarnya.

Sebenarnya, Amerika tidak akan berganjak dari pendirian mereka terhadap Israel. Israel adalah sahabat baik yang perlu ditatang dengan sebaiknya. Malah pertukaran Presiden Januari nanti juga tidak akan mengubah apa-apa.

Obama

Barrack Husein Obama selepas memenangi jawatan Presiden, telah mengumumkan perlantikan anggota dewan perwakilan dari Illinois, Rahm Emanuel sebagai ketua staff Rumah Putih. Emanuel merupakan anak seorang Doktor yang berhijrah dari Israel! [Dewan Masyarakat, Dec 2008, ms 23]. Maka bertepuk riuhlah satu Israel dengan pilihan tepat Presiden harapan ini.

Kesimpulan

Umat Islam jangan berharap Obama akan mendengar semua rintihan. Jika didengar sekalipun, ia belum tentu membuahkan hasil. Jelas di sini, walau siapa pun yang memegang kuasa, Israel tetap di hati mereka. Sebagai umat islam, jangan terlalu berharap dengan sekongkolan mereka.
Kesimpulan hanya satu, fahami ayat ini dan ketahui apa yang perlu dilakukan. Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 120 yang bermaksud;

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.
Gambar asal dari yahoo.com dan diubah suai dalam porta oleh nassrullah.blogspot.com

Read more...

Hijrah; Sangat Menguntungkan!

Sunday, December 28, 2008

Ahlan wa sahlan! Hijrah 1430 kembali menukarkan angka dan pengertian sebenarnya. Hijrah yang menuntut satu perubahan, satu langkah terkedepan yang boleh membawa kita ke arah yang lebih baik. Satu pergerakan demi survival umat mutakhir yang menuntut satu perubahan.

Mmm.. Tahun Baru Hijrah datang lagi. Apa azam baru tahun ni ya? Kenapa mesti ada azam baru plak? Azam lama macamna? Dah setle semua? Ni lah soalan-soalan yang tak mampu nak dijawab walau tanya diri sendiri. Tapi sebenarnya dalam hati tahu apa yang perlu dijawab.

Satu Kisah Hijrah Baginda

Teringat penulis satu kisah sewaktu sahabat Baginda s.a.w ingin berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah. Satu kisah pengajaran tentang tuntutan hijrah yang melangkau sempadan pemikiran dan pengorbanan manusia. Jom kita baca cerita yang dirujuk dari Kitab Ar-Rahiq Al-Makhtum, Karangan Safiyyu Al-Rahman Al-Mubarakfuri dalm Bab Permulaan Hijrah;

Ceritanya begini; apabila seorang sahabat nabi yang bernama Suhayb hendak berhijrah, orang-orang kafir Quraish berkata kepadanya;

“Dahulu kamu datang kepada kami sebagai seoang yang miskin hina. Kemudian kamu mendapat harta yang banyak dan mencapai kedudukan yang kamu nikmati sekarang. Kemudian kamu hendak keluar membawa harta dan jiwa kamu begitu sahaja? Ini tidak boleh!”.

Lalu Suhayb menjawab; “Apa pandangan kamu jika aku serahkan semua hartaku kepada kamu, maka adakah kamu akan lepaskan aku pergi?”.

Mereka menjawab; “Baiklah”.

Jawab Suhayb; “kalau begitu aku serahkan semua hartaku menjadi milik kamu”.

Berita ini sampai ke pengetahuan Rasulullah s.a.w lalu baginda bersabda; “Sungguh untung Suhayb, sungguh untung Suhayb”.

الرحيق المختوم، بحث في السيرة النبوية على صاحبها أفضل الصلاة والسلام
Satu Keuntungan

Nabi saw berkata, “Sungguh untung Suhayb, sungguh untung Suhayb”. Apabila kata-kata yang diulang, sudah pasti ia menunjukkan satu kesunggujhan. Bermakna berhijrah sangat menguntungkan! Untung dari segi apa? Sudah pasti keuntungan apabila menegakkan agama Allah setelah menyahut seruan untuk melakukan Hijrah. Ketika itu, Hijrah ke Madinah bukanlah satu permainan, tetapi merupakan satu taruhan nyawa yang tidak mengenal untung nasibnya.

Jika dihitung pada keuntungan, sudah pasti ia menjadi satu keputusan yang mengembirakan. Kalau orang berniaga, bila sebut pasal untung, sanggup lakukan apa sahaja dan kemana sahaja. Kenapa? Sebab keuntungan yang pasti membahagiakan hidupnya.

Kalau seseorang yang kurang bersungguh bekerja, dia berhijrah untuk lebih rajin. Untungnya akan mendapat satu mekanisma kerja yang lebih baik. Jika seseorang penuntut umpamanya, berhijrah ke arah yang lebih positif dalam menguasai pembelajaran, sudah pasti untungnya akan menaikkan CGPA. Ini adalah beberapa contoh tentang keuntungan yang berbentuk subjektif bagi kita untuk meneruskan hidup yang sentiasa mencabar.

Sukar untuk bercakap tentang Hijrah yang dituntut. Ini disebabkan perlu ada contoh yang terbaik dari diri penulis dahulu sebelum memberikan cadangan dan tunjuk ajar. Penulis tidak mahu menjadi “ketam yang mengajar anaknya berjalan betul”. Tetapi penulis mahu menjadi “begitulah acuan, begitulah kuihnya”.Tetapi difikirkan kembali apa salahnya berkata sesuatu dan dalam waktu yang sama, cuba untuk mengubah diri ke arah yang lebih baik insyaAllah.

Bersempena Tahun Hijrah 1430, penulis berazam untuk melakukan yang lebih baik dari tahun sebelumya. Lebih bersungguh dalam bekerja dari tahun yang sebelumnya. Lebih bersabar dangan ujian yang pernah ditempuhi dari tahun sebelumnya, dan lebih bersyukur dengan nikmat yang telah diberkan oleh Nya.

Kepada saudara seISLAM sekelian, Selamat Tahun Baru 1430 Hijrah.

Read more...

Redha Yang Indah

Thursday, December 25, 2008

Dalam hidup manusia, berbagai ujian yang dilalui dan ditempuhi. Ujian yang kadang kala menyesakkan nafas untuk menghadapinya. Ia seperti menjerut halqum dan juga uratan reih. Luahan rasa yang hanya di dalam hati sahaja mampu untuk menggambarkannya. Hati menangis munkin tiada siapa yang tahu. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Masalah hanya dapat diatasi dengan menghadapi masalah tersebut. Kita tidak dapat lari dari ketentuan Ilahi yang datang untuk menguji. Kekecewaan akan terus bersarang sekiranya cuba lari dari masalah. Lari dari masalah bukan penyelesai kepada musibah yang melanda.

Kegagalan dalam sesuatu lapangan kerjaya, kenaikan pangkat, perolehan pendapatan, perniagaan malahan gagal dalam percintaan, keluarga dan sebagainya adalah beberapa contoh kekecewaan yang bermain di minda manusia. Kita tidak dapat terlepas dari suasana begini. Kadang-kadang kita mendapat apa yang diminta dan dihajati, tapi munkin kebanyakannya kita gagal untuk mendapat apa yang dipinta. Hilai tawa munkin bertukar dengan tangisan hiba.

Kebanyakan manusia akan terus sedih dan terkilan dengan kegagalan. Tidak dinafikan perkara ini normal bagi manusia yang mempunyai naluri dan perasaan. Keadaan inilah yang membezakan antara yang ditaqdirkan dan yang menentukan dan penentu taqdir. Dialah sebagai Al-Khaaliq yang menciptakan.

Ya, munkin berkata dan memberi nasihat lebih mudah jika dibandingkan dengan orang yang menghadapi masalah. Tetapi perlu ingat jangan dilihat pada negatifnya, tetapi ingatlah kepada positifnya.

Allah swt menukilkan kalamnya tentang kurniaan kepada sesiapa yang dikehendaki dalam surah Al-Baqarah ayat 105 yang bermaksud;

“Dan Allah menentukan siapa yang dikehendaki-Nya (untuk diberi) rahmat-Nya (kenabian); dan Allah mempunyai kurnia yang besar”.

Hmm, terfikir sejenak apabila membaca mafhum ayat ini. Tapi, bagaimana dengan sesetengah orang yang seringkali gagal dalam mendapatkan sesuatu? Adakah dia diciptakan bukan untuk mendapat kejayaan yang diimpikan?
Kita renung lagi ayat yang diturunkan oleh Allah dalam surah az-Zumar ayat 53 ini;

Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Ayat ini untuk memberikan motivasi kepada kita bahawa jangan berputus asa. Tidak perlu curiga apa yang Allah janjikan kepada kita. Jangan kita berputus asa dari rahmat Allah. Walau sekecewa sekal pun, Redha dan syukur dengan ketentuannya adalah jawapannya.

Allah berfirman ketika menceritakan kisah Nabi sulaiman a.s di dalam Surah An-Naml ayat 40 yang sebahagiannya bermaksud;

Dan barangsiapa yang bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri dan barangsiapa yang ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Mulia."

Di dalam surah Az-zuhrf ayat 32 pula Allah mengatakan;

Apakah mereka yang memberi rahmat Tuhanmu? Kami telah menentukan antara mereka penghidupan mereka dalam kehidupan dunia, dan kami telah meninggikan sebahagian mereka atas sebagian yang lain beberapa derajat, agar sebagian mereka dapat mempergunakan sebagian yang lain. Dan rahmat Tuhanmu lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan.

Oleh itu Redha yang indah hanya bila difahami dan diamati. Kepada yang pernah kecewa kepada sesuatu keputusan yang memeritkan atau munkin yang dikecewakan. Ingatlah Redha itu indah bagi yang menghiasinya di hati.

“Ya Allah, kami redha dengan ketentuan Mu yang maha mengetahui. Bimbinglah kami jalan yang engkau redhai. Berikanlah kami barakah disebalik ketentuan Mu ini. Berkatilah usaha kami. Kami redha dengan rahmat Mu yang dijanjikan untuk kami. Wahai Tuhan yang mengabulkan permintaan kami ini, kami redha Ya Allah…”.

Read more...

  © Blogger template Foam by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP