Showing posts with label Pengalaman. Show all posts
Showing posts with label Pengalaman. Show all posts

..:: Safety Course ; COET & HUET With EBS

Saturday, April 03, 2010


Sebahagian kenangan bersama Trainer [tengah], Team Partner [2 dari kiri], & divers [paling kiri & kanan].

Read more...

..:: Apa Nasib Bayi Ini? ::..

Sunday, February 14, 2010

Utusan Malaysia Online - Berita Utama


KUALA KRAI 13 Feb. – Sepanjang minggu ini sudah ada empat kes buang bayi.
Tetapi yang berlaku hari ini paling kejam dan meruntun perasaan.

Dengan tali pusat yang masih segar dan uri melekat di tubuhnya, bayi lelaki berkulit cerah ini dicampakkan ke dalam tong sampah!

Di atasnya diletak timbunan rumput, kayu dan kepingan zink.

Paling memilukan, si kecil yang dipercayai baru berusia beberapa hari ini dibakar!
Badan bayi ini separuh rentung. Kakinya pula bercerai daripada badan.

Cuma yang tidak dapat dipastikan adakah bayi yang cukup sifat itu masih hidup ketika dibuang atau pun dibakar hidup-hidup.

Bayi malang itu ditemui dua petugas Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK), Mohd. Zain Pa'Su, 57; Mohd. Hilmi Rosli, 26, dan Abdul Rahman Hussin, 28, semasa hendak memungut sampah di bandar ini.

Mohd. Zain berkata, mereka memulakan tugas seperti biasa untuk memungut sampah dengan lori tetapi merasa pelik apabila melihat sebuah tong MDKK di Jalan Tengku Zainal Abdidin di sini, terbakar kira-kira pukul 11 pagi ini.

Katanya, selain itu, tong sampah tersebut turut dipenuhi rumput, kayu dan zink yang seolah-olah disusun secara bertingkat untuk menyembunyikan sesuatu.

“Jarang tong sampah itu terbakar tetapi kami tidak mengesyaki apa-apa. Disebabkan susah untuk mengangkat sampah kerana tong itu terbakar kami terpaksa memunggah.

“Namun alangkah terkejutnya apabila menemui mayat bayi lelaki dengan separuh badannya terbakar,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Abdul Rahim Che Ghani berkata, berdasarkan siasatan, tong sampah itu dipercayai dibakar sejak pagi semalam.

“Tetapi disebabkan semalam bukan waktu untuk memungut sampah tiada siapa menemui bayi malang itu sehingga kakitangan MDKK itu menjalankan tugas mereka pagi ini.

“Mereka kemudian membuat laporan kepada dua anggota polis bermotosikal yang melakukan rondaan di kawasan tersebut kira-kira pukul 11.25 pagi.

“Kita mengesyaki suspek sengaja membakar tong sampah ini untuk menghapuskan bahan bukti kerana bimbang ia akan diketahui umum,” katanya.

Ujarnya, pihak polis sedang menunggu laporan bedah siasat dari Hospital Kuala Krai untuk mengetahui punca kematian bayi ini.

Kata beliau, pihaknya juga percaya perbuatan itu dilakukan oleh remaja di sekitar bandar ini kerana tidak mungkin orang luar akan ke lokasi tersebut untuk membuang bayi.

“Saya memohon kerjasama orang ramai untuk melaporkan kepada polis sekiranya mempunyai maklumat mengenai kejadian ini.

“Kita juga meminta kerjasama dari klinik swasta sekiranya menerima kes melibatkan kelahiran atau sakit selepas melahirkan bayi,” katanya.

Tambah beliau, kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian.

Rabu lalu, seorang bayi yang masih bertali pusat ditemui mati di atas lantai di tepi pintu pagar sebuah masjid di Kampung Permatang Duyong Melaka. Ketika ditemui bayi itu dihurung semut.

Sehari sebelum itu, mayat bayi perempuan ditemui tertanam di Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan Isnin lalu, seorang bayi ditinggalkan di hadapan rumah seorang pegawai polis di Kedah

Read more...

..:: CAP AYAM ::..

Thursday, December 24, 2009

Cuti sekolah hampir ke penghujung. Satu masa yang cepat berlalu. Terlalu lama tidak singgah di alam maya blogger. Ruangan masa yang sukar untuk menutur bicara di ruangan ini. Seminggu lagi, tahun baru Mesihi akan menjelma, dan kehangatan Ma'al Hijrah akan terus sahaja dilupa.

Tahun ini hanya sekejap sahaja pulang ke kampung halaman. Seminggu di Kuala Terengganu dan seminggu lagi di Gurun, Kedah. Masa yang tidak ternilai bersama dua keluarga tercinta.

Kesibukan bukan penghalang kepada menulis sesuatu di ruangan ini. tetapi line 3G yang amat teruk dalam kebanyakan masa. bila di telefon ke Care line, jawapannya cukup mudah. Ramai yang menggunakan perkhidmatan lah, Tak terima aduan lah, dan macam-macam lagi. Kita semua tahun, jika 1300xxxxx punya nombor, bukan senang nak terus ke talian yang betul. Orang di sini menggelarkan perkhidmatan bergini dengan gelaran; CAP AYAM!

Ya, minggu depan akan bermula tahun 2009. Bertambah la umur ku...

Nukilan akan diteruskan, sahabat mohon maaf atas kelewatan untuk update...

Read more...

..:: Satu Penantian ::..

Monday, September 21, 2009


Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang dijangkakan pada 0915. Satu penantian yang sangat memenatkan. Penantian kepada Connecting Flight bukan perkara baru. Sudah biasa dengan menunggu pesawat untuk menghubungkan dari satu bandar ke satu bandar.

Tahun ini tahun ketiga beraya bersama Isteri Tersayang. Perkara paling menarik adalah tahun ini juga merupakan tahun pertama kami sempat berpuasa dan berbuka bersama. Dulu saya cukup teruja bila berpeluang untuk balik ke kampung berjumpa isteri. Walau sudah 2 tahun berkahwin, namun kami tinggal berjauhan.

Alhamdulillah, awal tahun dulu isteri mengikut saya ke Bumi Kenyalang. Entah apa rizeki pun, kami belum pasti lagi. Kehidupan perlu diteruskan. Isteri berhenti kerja, berkorban kerjaya untuk mengikut saya ke Miri. Satu pengorbanan yang tidak akan tercatat berapa harganya. Yang memberi rizki tidak akan mati, Dia yang maha mengetahui. Syukur, kerjayanya Allah telah hubungkan, rizki dari limpahan rahmat di bumi Miri.

Penantian saya selama hampir 2 tahun memberikan rizeki kami untuk bersama. Alhamdulillah, penantian sebegitu adalah hikmah dariNya. Sabar dan Ikhlas sahaja yang ada di dalam diri. Penantian yang akan ada penghujungnya.

Ya Allah, hanya satu lagi penantian yang telah lama diimpikan, kabulkanlah... Amien...

Read more...

..:: MYY to PEN via KUL ::..

Saturday, September 19, 2009

Penumpang untuk penerbangan Malaysia Airlines ke Kuala Lumpur bersedia untuk berlepas. Kebanyakannya adalah perantau yang berkhidmat di Bumi Kenyalang. Suara anak kecil yang berteriak gembira, suara tangisan juga berkumandang dengan pujukan sabar seorang ibu.

Terbayang di mata wajah-wajah yang tersayang. Terdetik lirik alunan lagu balik kampung ketika muzik menusuk telinga di dalam perut pesawat. Alunan yang cukup kesyahduan kepada perantau.


MYY - KUL - PEN [Miri ke Penang melalui Kuala Lumpur]

Malam ini berangkat ke Kuala Lumpur menaiki MH7053, esok pagi akan meneruskan perjalan ke Pulau Pinang. Tiket ke Alor Star sudah habis, terpaksa bertukar haluan ke Penang. Limo Aport sudah di confirm untuk membawa kami ke Gurun, Kedah. Perjalan yang tidak sabar untuk diselesaikan. Harap-harap jambatan Pulau Pinang tidak menghampakan.

Alhamdulillah, tahun ini kami dapat bersama, menaiki pesawat bersama dan pulang bersama. Dulu, terlalu lama kami tinggal berjauhan. Seorang di utara dan seorang di Borneo. Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan kami yang berjauhan. Pernah kami hanya berjumpa di KLIA untuk pulang ke kampung untuk beraya. Jika dikenang, ia merupakan pengalaman yang menguatkan erti sebuah keluarga.

Untuk semua sahabat dan taulan, Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Semoga kemenangan yang di laungkan dengan Takbir dan Tahmid akan menyemarakkan jiwa untuk terus berada di landasan yang betul.

Ini Adalah Kebaikan Dari Tuhanku...

Read more...

..:: Iftar di Offshore Tukau ::..

Tuesday, September 15, 2009

23 Ramadhan / 13 Sept 2009

Alhamdulillah, Ramadhan yang membawa rahmat membuktikan janji Allah. Insan kerdil yang tidak pernah terfikir untuk terpilih dikalangan yang telah terpilih. Perjalan pada hari ini akan membawa saya ke Platform terawal dalam sejarah pengeluaran minyak di negara Malaysia. bermula dengan pencarian oleh Shell dan seterusnya diambi alih oleh PETRONAS Carigali Operasi Sarawak.

Iftar di Plantar Minyak bukan asing bagi saya. Syukur, tidak pernah terfikir seorang Ustaz diberi peluang untuk bersama dengan saudara seIslam berada di tengah laut sana. Pengalaman yang cukup beerti dan ini semestinya kebaikan dari Tuhanku...

Lihatlah, sebahagian dari pengalaman seorang Hamba...

Sekali pandang sukar untuk membezakan antara Engineer dan Ustaz... Ini merupakan kali pertama ke Offshore menaiki kapal. Very challenging! jelas berbeza jika ke Offshore menaiki Helikopter. Gambar ni di bahagian belakang kapal.

Menunggu untuk menaiki Borcoss Firdaus 3, salah sebuah kapal yang disediakan. Borcoss Shipping merupakan salah sebuah syarikat perkapalan yang hebat bertapak di Bumi Miri.



Bumi Miri ditinggalkan, lautan menunggu untuk dilawati...

Sebahagian dari peralatan wajib menuju ke Plantar Minyak.

Kapal bergerak meninggalkan Miri jauh di belakang.

Ruang Solat di dalam kapal. Kewajipan yang tidak perlu dipertikaikan di mana dan bagaimana.

Berposing berlatar belakang TKQ-A platform bersama dengan deligasi kunjungan. Cari mana saya...

sebelum bergayut untuk berpindah dari kapal ke Plantar. Berdebar juga untuk bergayut. Alhamdulillah, laut tidak bergelora. Jika saya ke D35 dulu menaiki Helikoplter, tidak terasa gayatnye...

Bersama Field Manager, peminat Sodoku...

Tidakkah ianya cukup berbeza?

Bersantai selepas taklimat keselamatan dan ucapan selamat datang.

Masuknya waktu sembahyang maghrib di Laut Cina Selatan

Tazkirah pengisian rohani di tengah laut

Morei selepas Solat Terawikh

Makan pun kena posing...

Gambar kenangan bersama deligasi pentadbiran dan sebahagian dari kakitangan PETRONAS di Tukau Offshore.

Permandangan malam sebelum pulang. Bersama Tuan Haji Anuar salman dan Tuan Haji Abdullah.

Ini adalalah kebaikan dari Tuhanku...

Read more...

..:: Bersama Vice President, PETRONAS ::..

Monday, September 07, 2009

"Ustaz, jangan lupa 2 sept". En. Zailani ingatkan saya tentang program berbuka puasa dan penyampaian Duit Raya kepada Fakir Miskin, Ibu Tunggal, anak yatim dan sebahagian Asnaf yang lain.

"Baik, tak jadi masalah, diari dah confirm!" Jawab saya ringkas apabila mereka menghubungi untuk reconfrm".

Tahun ini mereka yang berhak akan merasa sebahagian dari zakat yang disampaikan. alhamdulillah sudah beberapa kali bersama Syarikat Minyak gergasi negara menguruskan pemberian dan menjalankan aktiviti agama dan kemsyarakatan. Walaupun dalam kesibukan mereka menguruskan Minyak Negara, mereka mampu bersama untuk meghulurkan bantuan.

Pepatah melayu berkata "Tangan yang memberi lebih baik dari menerima". Ya, tepat sekali. Yang memerlukan tidak perlu meminta-minta. Ini kerana yang mampu sepatutnya mencari untuk menyalurkan rizeki yang Allah berikan.

Saya tertarik dengan cara pembahagian duit raya kepada yang berhak. Kebiasaannya yang menerima akan beratur untuk bersalaman dan mendapat sampul raya mereka. Tetapi cukup sibolik apabila En. Md. Arif, Timbalan Presiden sendiri yang bangun dan pergi di tempat duduk penerima. Beliau berjalan dan memberikan sumbangan. Jarang kita melihat orang yang berada di kedudukan tersebut mampu untuk melakukan pemberian sebegitu rupa.

Saya sempat bersama dan duduk di meja utama. Tidak pernah saya impikan dan bayangkan sebelum ini yang saya mampu untuk duduk bersama orang-orang HEBAT! di sebelah saya YM Temenggong, sebelahnya Mantan Residen, dan ramai lagi yang Allah berikan kedudukan yang tinggi dalam dunia ini. Alhamdulillah, kerdilnya perasaan bila melihat mereka tanpa protokol.

Sejenak bersama mereka sehingga habis terawikh amat mengembirakan. Ini Adalah Kebaikan Dari Tuhanku...

Read more...

..:: Dakwah Keliling Di Kg Lajong, Niah ::..

Thursday, September 03, 2009

"Kenapa nama Lajong?". Saya bertanya kepada Abang Ramli, anak jati Kampung ini.

"Dulok Ustaz, Belakang dekat tepi sungei sia, ada orang nok di kubur. Nya mpun nama "Lajong". Pendek cerita mun orang mok datang sitok, sidak pada mok ke Lajong. Nya la diberik nama Lajong". Cerita Abang Ramli dengan penuh semangat tak kala stereng 4x4 di kawal dengan cermat.


Jalan selepas menyusuri Kuala Niah agak teruk. Dengan batu yang tidak rata dan bukan senang jika datang menggunakan kenderaan biasa. Ini sudah dinamakan nikmat kemajuan. Tetapi sayang, 52 tahun merdeka mereka masih belum mendapat kemudahan jalan raya yang sebaiknya. Mujur YB baru mereka perihatin dan jalan berbatu ini lebih baik dari menaiki bot untuk keluar ke jalan utama.

Perjalanan dari Miri ke Simpang Niah sekitar 1 jam, dan dari simpang ke kampung ini sekitar 1 jam perjalanan dengan pacuan 4 roda hanya boleh bergerak sekitar 20 km sejam. Bayangkan bagaimana mereka berulang alik keluar!

Rombongan dari Masjid Darul Istiqamah Kampung Luak dan beberapa orang JK Persatuan Imam-Imam Miri selamat sampai dan berbuka puasa di sana. Cukup hebat dan terharu apabila juadah berbuka puasa di bawa sendiri dan kami tidak mahu orang kampung menyediakan untuk kami. Kami datang untuk menyelesaikan amanah agama, dan bukan datang untuk disambut seperti orang Istana!

Selepas berbuka puasa dan menunaikan Solat Maghrib berjemaah, kami sempat bertukar-tukar pendapat bersama orang kampung. Mereka di sini terdiri dari 30 buah keluarga Islam yang menetap sejak dahulu lagi. Apbila hampir waktu isyak kedengaran suara kanak-kanak yang datang dan bersedia untuk bersama-sama Solat Terawikh nanti. Teringat zaman kanak-kanak yang menunggu solat terawikh untuk berebut hidangan Morei!

Saya sempat memberikan Tazkrah pendek selepas 4 Rakaat dan meneruskan 4 Rakaat lagi serta Witir selepasnya. Syukur, kehadiran amat memberangksangkan dan kanak-kanak tadi tidak berganjak. Yang amat menarik, mereka tidak bising seperti saya sewaktu seusia mereka. Munkin kesan Kem Bestari Solat yang di laksanakan di sekolah mereka!

Saya meneliti raut wajar sebilangan Pak Tua yang datang. Ramai juga dikalangan belia dan cukup terharu apabila seorang Muallaf datang untuk berterawikh. Sekali pandang, rupaya seperti orang melayu. Tetapi Tarmizi adalah seorang Iban yang memeluk Islam kerana keindahanyya. Cukup bersih air muka Tarmizi. Seorang Guru Kemahiran Hidup yang hanya setahun di hantar oleh Kementerian. Semoga beliau akan terus menyelami keindahan Islam yang sebenar dan memberi contoh kepada orang yang telah lama memeluk Islam.

Malam sudah larut, selepas singgah sebentar di rumah Penghulu kami semua pulang ke Miri. Walau agak mengantuk dan perjalanan 2 jam lebih akan menambahkan lagi keletihan. Keletihan sebenarnya hanya mainan, tetapi yang terindah bila dapat berjumpa dengan saudara seislam di sana yang sangat memerlukan sedikit bimbingan. Semoga akan dapat bersua lagi dengan mereka, dan semoga Allah meletakkan perjalanan ini sebagai bukti di mahsyar nanti. amien.


"Pada hari ini Kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksianlah kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan" Yasin : 65

Read more...

..:: Ramadhan Di Pertengahan ::..

Friday, August 28, 2009

"Daripada Abu Hurairah R.A. bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda apabila telah tiba bulan Ramadhan, maka terbukalah semua pintu rahmat dan ditutup semua pintu neraka serta tangan-tangan syaitan dirantai".

Dari Abu Hurairah R.A. Nabi Muhammad saw bersabda; “Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran pahala nescaya diampunkan baginya segala dosa yang terdahulu”

Ramadhan datang lagi, dinanti dan digamit. Hanya yang sudi untuk berjumpa dan menghayatinya. Hari ini hari ke 7 Ramadhan berlalu. Suasana yang menjadi muhasabah bila tahun demi tahun berlalu. Adakah tahun ini lebih baik dari yang lepas?

Nabi Muhammad saw bersabda dengan mafhumnya; Permulaanya rahmat, pertengahannya keampunan dan pengakhirannya di jauhkan dari api neraka. Bermakna permulaan rahmat itu sudah hampir ke penghujung, akan datang satu fasa yang memberi keampunan.

Bila Ramadhan menyusuri turutan waktu, kita bersama memperkatakannya. Alhamdulillah, syiar itu ada pada diri yang mempunyai fikrah kepada Nya. Tetapi ditakuti bila hari demi hari berlalu, Ramadhan kian sepi ibarat hamba yang tak sudi...

"Penuhkan saf hadapan, utamakan saf hadapan..."


Kalimah yang selalu dilafazkan tak kala bermulanya susunan Saf. Laungan ini juga dilaungkan bila 8 rakaat terawikh sudah berlabuh. Sewaktu itu, suara gerombolan manusia yang meninggalkan masjid agak kuat mengganggu para jemaah yang masih khusyuk meneruskan sehingga 20 rakaat. Kenapa suara itu terlalu kuat dan mengganggu jemaah yang masih di landasan saf mereka?

8 atau 20 rakaat tidak perlu diperdebatkan. hanya melainkan satu kumpulan yang merasa diri mereka terlalu Sunnah! Usah dipersoalkan 8 atau 20, tetapi soalkan betapa penghatan Terawikh itu menyelinap sanubari atau sekadar menjadi adat kebiasaan. Malang sekali bila ada yang datang hanya sekadar melepaskan batuk ditangga. Ibadat hanya sekadar melepaskan nafas yang tersekat. Bukankah bulan ini penuh barakah?

Masjid hanya tinggal 2 saf yang berbaki selepas 8 rakaat dilaksanakan. Hmmm... agaknya bila dah nak raya nanti, berapa orang yang tinggal...

Read more...

..:: Begitu Cepat Masa Berlalu ::..

Sunday, August 02, 2009

Sudah sekian kalinya. terlalu sikit jurang masa untuk mengadap laptop. Tiada masa yang sesuai untuk menulis dengan fikiran yang banyak perkara hendak diselesaikan. Alhamdulillah, dalam masa masa yang belum mahu beradu, laptop dibuka dan jari mula bergerak di papan kekunci. Nantikan tulisan yang seterusnya...

Read more...

..:: Terlalu Lama Tidak Menulis ::..

Friday, June 26, 2009

Sudah lama tidak menatap 'Blog Post' dan update blog. Beberapa minggu ini banyak tugasan yang perlu diselesaikan dan memerlukan banyak pengorbanan masa. Masa bekerja dan juga masa yang selepasnya.


Ramai sahabat yang bertanya kenapa tidak unpdate blog? Saya hanya menjawab, masa berkualiti untuk mengadap skrin laptop tidak kesampaian. Apabila pulang kerumah, laptop tidak mampu untuk dihadap. Kalau sebulan lepas, hampir tiap-tiap malam mengadap dan membuat apa yang patut.


Banyak juga mesej yang ditinggalkan oleh sahabat yang sudi bertandang, maaf dipinta kerana lambat membalas mesej. Bukan tak sudi, tetapi mesa yang cukup mencemburui.


Hari ini, semangat untuk menulis datang kembali. Terasa juga lambat Prosessor Otak berfikir memikirkan jawapan. Terasa juga lupa dengan olahan ayat yang memberi ruang untuk orang lain berfikir. Jika hanya menulis, tetapi tidak dapat memberi makna kepada orang lain, ini bermakna belum cukup untuk memberi sesuatu kepada Umat.


Pepatah arab ada menyebut "Kata-kata yang lembut boleh membentuk hati". Satu kalimah yang cukup diingati. Kadang-kadang penulisan memerlukan banyak pengalaman membaca dan mendegar. Apa sahaja yang dibaca dan didengar boleh dijadikan sebagai bahan untuk menulis.


InsyaAllah komitmen kepada penulisan akan terus diutamakan. Maaf sahabat-sahabat yang lambat diberikan perhatian. Jazaakumullah atas lawatan.

Read more...

..:: Bila Lama Tak Jumpa Mak ...::..

Saturday, June 06, 2009

Read more...

..:: Antara Sibuk ::..

Thursday, May 21, 2009

Pergerakan harian terlalu memenatkan. Tugasan wajib yang sememangnya tertunggu untuk dihisab dihadapan Allah nanti. Kadang-kadang hanya ada tidak sampai satu jam untuk bergerak ke destinasi program yang berikutnya.

Sibuk?

Sebenarnya, dalam kesibukan tersebut terbukti sebenarnya semuanya dipermudahkan.

Sampai dirumah biasanya sekitar 5.40 petang, selepas mengambil isteri dari tempat bekerja yang hanya tidak sampai 1 km dari sekolah. Sampai sahaja, terus berkemas untuk ke destinasi berikunya, ada saudara seIslam yang menunggu untuk mendengar apa yang perlu untuk akhirat mereka. Kadang-kadang sampai ke Masjid diwaktu maghrib ketika Imam hampir selesai menunaikan solat maghrib. Ini berlaku apabila jadual tazkirah di Masjid Lutong. Jauhnya sekitar 17 km dari Kg luak. Tempat yang saya menyewa sejak 4 tahun yang lepas. Jauh sebenarnya, tetapi itulah agenda mingguan yang telah dilalui semenjak 3 tahun yang lepas.

Letih?

Ikhlasnya, ya. Memang letih dan kebiasaannya akan cuba melelapkan mata sebaik sahaja sampai ke rumah sekitar jam 9 malam. Tetapi sebenarnya, tidak sempat lagi untuk terus terlelap, kebiasaannya ada urusan yang minta disegerakan. Kadang-kadang ada permintaan dari sahabat untuk membuat sesuatu. Contohnya; artikel dari sudut agama, kadang-kadang bagi menyiapakan teks ucapan, ada juga untuk teks Forum dan ada juga yang berkaitan keguruan.

Tension?

Ikhlasnya, Tidak. Saya lebih tension jika tiada tugas yang hendak dilakukan. Otak seperti beku dan menunggu untuk digelegakkan. Menunggu ketika untuk dirancakkan. Yang lebih tension bila datang penyakit "Blurrrr...". Ini jika terlebih tidur. Pasti Blur akan menyelinap kekusutan minda.

Cukup Tidur?

Ikhlasnya, Tidak. Tidur selewat 1 atau 2 pagi dan bangun seawal 4.45 pagi. Subuh kat Miri ni awal, jadi kena bangun awal. Semua waktu sembahyang pun awal, nak bezakan dengan semenanjung.

Dalam bab ini saya masukkan kata pengasas Genting. Bukan nak ikut judinya, tetapi nak ikut implimentasinya. Lim Goh Tong kata dalam bukunya "My Story"; "Tidur Lewat, Bangun Awal". Ini orang Cina punya pemikiran, tapi sebenarnya tak salah kita ambik yang jernih.

Tapi, kalau kita ingat apa yang nabi kata. Pasti akan mendekatkan diri kepada pencipta. Kan Nabi pernah kata dalam sabda Baginda;

Dari Abi Bakrah dia mendengar dari bapanya seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w; "Wahai Rasulullah siapakah manusia yang paling baik?". Jawab Baginda s.a.w; "Orang yang panjang umurnya dan banyak amalannya". Dia bertanya lagi; "siapakah manusia yang paling jahat?". "Orang yang panjang umurnya dan jahat pula amalannya". Riwayat Tirmizi.

Kata-kata motivasi untuk diri sebenarnya, nak jadi baik...

Bila tidur lewat, ada banyak amanah yang dapat dilaksanakan, sama ada yang hal guru, mahupun yang "Free Lance". Dan bangun awal pulak dapat mendisiplinkan diri dalam bekerja. Seawal 6.20 pagi saya sudah di sekolah. Dan seawal 6.30 pagi dapat bersama pelajar untuk Tasmik al-Quran. Budak-budak ni, bila tiap-tiap hari baca Quran, akhlak mereka tak susah nak kawal. Mudah nak bagi nasihat, dan yang sangat penting saya dapat membaca Al-Quran setiap hari!

Ada hasil?

Banyak hasil yang Allah bagi. Banyak perkara yang Allah permudahkan. Saya selalu ingat pesan Mak; "Kita buat baik, Orang Akan Buat Baik Dengan Kita". Itu pesan my Mum sejak dulu lagi. Ya, sangat tepat dan benar, Alhamdulillah sangat banyak Allah berikan kepada insan kerdil ini. Yang paling saya happy, saya dapat bawa isteri ke sini.

Kenapa Dengan Isteri?

Saya berjauhan dengan isteri 1 tahun setengah, sangat lama. Emm... nanti saya cerita bab berjauhan dengan Isteri...

Untuk Isteri, kerja dengan amanah ya. Bukan semua orang Allah berikan peluang yang berharga. Gunakan dengan sebaiknya.

Kesimpulan?

Nanti cerita lagi, sebenarnya Sibuk itu tak salah. Yang jangan dibuat, kita hanya menyibuk...

Read more...

..:: Saya Seorang Guru ::..

Saturday, May 16, 2009


Hari ni banyak dapat SMS, berbagai macam gaya bahasa dan intonasi. Walau berbeza sekali, yang sama adalah di penghujung ayat ada tercatat "Selamat Hari Guru".

"Dulu 'dia' pegang rotan, kau kata 'dia' garang. Bila 'dia' lambat masuk kelas kau kata 'dia' malas. Bila 'dia' marah kau kata 'dia' melampau. Kini, sebenarnya KAU adalah DIA!".

Ini adalah salah satu sms yang bertahun sudah diterima. hampir saban tahun sms ini akan diterima. Dan setiap kali diterima, ia kan membuatkan tersenyum sendirian. Namun begitu ia tetap menerbitkan rasa berfikir dan bermuhasabah...

'DIA' itu sebenarnya bukan 'KAU' bagi saya.

Sungguh tidak bersyukur jika kita pernah mengatakan 'DIA' itu sedemikian. Guru yang mengajarkan di dalam kelas, berpanas di bawah mentari untuk latihan sukan, melaungkan ayat-ayat nasihat jika microfon tidak berfungsi dan mebuatkan hilai tawa di dalam kelas.

Sungguh tidak adil dengan perkataan sedemikian.
Jika sekarang, 'KAU' adalah 'DIA' ini bermakna sewaktu dulu ilmu yang ditimba tidak BARAKAH, amalan yang diterima dari 'DIA' tidak pernah menyemai hati, dan yang paling hina, adakah kata-kata oleh 'KAU' tersebut tidak pernah dimaafkan oleh 'DIA'. Bukankah barakah sebagai pemanis hati?

Dengan kata lain, inilah penyebab orang yang bergelar Guru malu dengan kalimah tersebut!


Kepada semua yang pernah di ajar oleh guru,
gunakan kesempatan untuk mengenang jasa guru.

Kepada semua Guru,
jadilah guru biasa TETAPI usahanya LUAR BIASA!


SELAMAT HARI UNTUK CIKGU!

Read more...

..:: MTQ Peringkat Negeri dan Travelog Di Sibu ::..

Friday, May 01, 2009


Perjalanan dari Miri ke Sibu menggunakan Penerbangan MAS MH3635 dan Alhamdulillah telah selamat mendarat walaupun kami terpaksa menunggu hampir 15 minit sebelum keluar dari pesawat ATR yang memuatkan 62 anak kapal. Ini kerana hujan lebat yang turun dan dengan menggunakan pesawat Turbo Props, bridge ke terminal tidak dapat digunakan. Ia hanya digunakan untuk penerbangan yang berkapasiti besar.


Para hakim telah menginap di The paramount Hotel yang bersebelahan dengan Taman Rekreasi Sibu dan berada tidak jauh dari Pusat bandar. Walaupun sudah beberapa kali menjejaki di bandar ini, namun ianya tetap mengembirakan tak kala berjumpa dengan para hakim yang bijaksana dari bahagian yang lain. Tak percaya, tengok gambar tu. Hensem dan bergaya semuanya...

Ini adalah salah satu Masjid yang tersergam indah di bandar Sibu. Saya difahamkan ini adalah Masjid Pertama yang bertarikh Bulan Rejab 1355 Hijrah tarikh dibina. Cuba lihat di depan mihrab Masjid, terdapat tulisan yang mencatatkan Tarikh tersebut.

Benarlah kata-kata baginda saw ketika Raja Parsi mengoyakkan Surat Diplomatik Baginda tentang penerimaan Islam. Raja Parsi yang marah dengan ajakan Baginda kepada Islam telah menghina Baginda dan mencela Baginda. Nabi saw pernah berkata "Agama ini akan tersebar segenap tempat yang boleh ditunggangi kuda dan unta". Hebat, tahun 1355 menandakan lebih seratus tahun Islam bertapak di sini. Cuma harapan saya untuk melihat syiar ini terus berkembang dan dapat menutup da'yah Nasraniyyah di Bumi Borneo...


Bersama sahabat-sahabat di dalam dewan dalam majlis Penutupan Rasmi. lama tidak berjumpa dengan Sheikh Fakhri yang berbaju Batek Merah. Ustaz Hamim, guru Tarannum Miri juga tidak ketinggalan bersama. Terima kasih atas ilmu Harakat yang telah diajar semasa di Bilik Penginapan.





Bersama puteri-puteri kebanggaan Bonda Lily Hj Morni yang telah mendapat tempat kedua bagi Kategori Nasyid Sekolah Menengah. Kemenangan yang akan menutup mulut sebarang kontroversi di peringkat awal kemenangan di Bahagian Miri. Well Done!!! Hadiah untuk bonda yang bakal bersara...


















Bersama dengan sahabat-sahabat ketika bersiar-siar di sekitar Bandar Sibu, dari kiri Ustaz Muslim, Ustaz Fauzi Al-barami, Sheikh Abang Median Al-marudi, Sheikh Nik Syazmizi Al-Koolej dan penulis sendiri.













Read more...

..:: Ostomy Dalam Aspek Keagamaan ::..

Friday, April 17, 2009

16 April 2009, Hospital Miri

Hari ni dapat berjumpa dengan nurse-nurse di Hospital. Saya dijemput untuk memperkatakan tentang tajuk "STOMA CARE in ISLAMIC VIEW", dalam kata orang kampung saya Penjagaan Ostomy dalam Pandangan Agama.

Apakah Ostomi?

Dalam kamus perubatan dinamakan sebagai STOMA, manakala Ostomy adalah perkataan yang digunakan dalam bahasa Melayu, namun begitu jika kita mencari penggunaan Ostomy, kita jarang mendengar perkataan tersebut. Perkataan Stoma adalah perkataan rasmi untuk pembedahan ini.

Apakah Kolostomi?

Koostomi adalah satu nama yang dirujuk kepada Stoma atau Ostomy tadi dan penggunaan kalimah ini juga didapati di dalam Himpunan Fatwa Negara kita.

Apakah Beg Kolostomi?

Beg Kolostomi adalah satu bekas yang ditampal selepas pembedahan di perut. Pembedahan ini adalah bertujuan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh pesakit yang berkaitan tentang usus mahupun yang berkaitan tentang pembuangan najis.

Jadi, saya perlu bercakap tentang bagaimana agama memberikan kelonggaran kepada para pesakit. Pendengar saya pada hari ini juga bukan sahaja Nurse Islam, tetapi juga dari kalangan yang bukan beragama Islam. Saya ucapkan terima kasih kepada mereka yang sudi untuk memberikan tunjuk ajar kepada pesakit yang beragama Islam dalam urusan bersuci, berwuduk dan sebagainya.

Sebagai Rumusan untuk permasalahan ini, saya rujuk di dalam Fatwa Terkini Majlis Fatwa Kebangsaan;

Read more...

..:: Pengalaman Menggamit Rindu ::..

Sunday, April 12, 2009




"Encik dah mendaftar?" Seorang lelaki menyapa ketika kaki melangkah ke Dewan Masjid.

"Belum" Saya menjawab ringkas.

Lelaki tadi datang membawa helaian kertas pendaftaran. Tercatat senarai kehadiran bagi Kursus Haji Bersiri. Saya hanya memerhatikan kertas yang dibawa. Lelaki tadi komited dengan tugas keurusetiaan.

Tiba-tiba saya terus disapa.

"Alhamdulillah, Ustaz dah datang"

Beberapa orang yang lain datang dan menghulurkan tangan bersalaman. Saya masih memegang kertas kehadiran tadi, dan Urusetia tadi masih memerhatikan saya.

Seorang pegawai yang lain dengan segera memberitahu Urusetia tadi apabila beliau melihat saya memegang kertas kehadiran.

"Tok kita mpun penceramah Haji [Inilah penceramah Haji kita]" Ujar En Hasni, seorang Urusetia yang sedia kenal menganali. Urusetia tadi tiba-tiba tersenyum, dan saya juga tersenyum.

Saya tidak menyalahkan Urusetia tadi, lagipun saya memang tidak bercadang untuk diberikan sambutan yang hebat ketika datang. Cukuplah dengan kedatangan yang dapat membantu bakal-bakal haji pada tahun ini. Saya berbesar hati dapat bersama dengan bakal haji yang mengikuti Kursus Haji Bersiri [KHB] pada tahun ini.

Saya diberi amanah untuk menyampaikan Dua Slot, iaitu ADAB SEBELUM KE TANAH SUCI dan PENGENALAN TANAH SUCI. Bagi saya ini adalah pengalaman yang sangat besar. Peluang ini tidak akan saya lepas begitu sahaja, cuba bayangkan jika ilmu yang disampaikan akan membawa jemaah haji ke arah haji yang Mabrur...

Saya sebenarnya belum menyempurnakan haji, tetapi kenapa saya diberi peluang menyampaikan Ceramah Haji?

Sebenarnya begini, ketika di alam Menara Gading, saya telah terpilih untuk melawat sambil belajar ke Arab Saudi dan dalam waktu yang sama menunaikan Umrah di sana. Saya masih ingat dan tercatat di dalam Visa bertarikh 7 Jun 2002. Satu peluang yang bukan mudah untuk diperolehi. Menyusuri laluan ke Bukit Thur, melalui gunung-ganang sebelum sampai ke Thaif tempat Baginda saw pernah dilontar bati sehingga berdarah. Universiti Ummul Qura dilawati dan tidak terkecuali beberapa ketika di Multazam. Hebat kenangan tersebut. Dengan berkat usaha penganjur, kami berjaya merialisasikan harapan untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Alhamdulillah, kami berjaya menunaikan Umrah dengan perasaan yang sangat syukur.

Jadi dengan pengalaman pernah bersedia untuk ke Tanah Suci, sudah pasti saya dapat menyampaikan pengalaman pesediaan sebelum ke tanah Suci. Alhamdulillah, walau belum mampu untuk menunaikan haji, namun Allah telah memberi peluang melihat keagungannya di Makkah Al-Mukarramah. Bukan setakat sampai, tetapi Allah bukakan peluang untuk saya bersama dengan bakal haji pula. Hebat rencana Allah...

Peserta kelihatan takut ketika saya bercakap tentang apa yang perlu diselesaikan sebelum menyempurnakan haji, saya bertanya, Tuan-tuan dan Puan-puan Takut?

Mereka kebanyakannya mengangguk... Kenapa ya?

Saya dengan nada berseloroh berkata "Ini mesti baca Mastika banyak sangat". Mereka ketawa apabila saya mengatakan demikian.

Sebenarnya begini, ada yang mahu ketanah suci, tetapi takut dengan bayang-bayang. Ada yang sudah mampu untuk ke sana, tetapi takut jika pulang masih ditakuk lama. Sudah bersedia untuk ke sana, tetapi masih sayang dengan dunia di sini yang masih belum selesai...

Pengalaman pada hari ini sangat memberikan makna, satu lambaian yang menggamit rindu pada Nya. Satu lafaz talbiah yang meruntun hati untuk ke sana. Laungan takbir yang berkumandang menggamit suasana shahdu tak kala Imam melafazkan Surah Al-Fatihah di dalam Masjid yang penuh dengan kemuliaan.

Ya Allah, permudahkan urusan hamba mu ini untuk menyahut seruan Mu...

Read more...

..:: Kursus Photoshop ::..

Sunday, April 05, 2009

Alhamdulillah...
Bertempat di Eastwood Golf & Country Club Kusrus ini telah berjaya dilaksanakan oleh Task Force. Jutaan terima kasih kepada Sifu Pratchai atas usaha yang Mantap Ini. Terima kasih juga untuk Ustaz Nik atas pengurusan yang hebat.
Untuk tatapan, Ini adalah hasil tersebut. Karya yang bertajuk " Aku Di Mana?"...

Read more...

..:: HASIL KREATIF DESIGNER AMATUR ::..

Friday, March 06, 2009


Seminggu yang lepas saya dihubungi oleh Staf Petronas. Ini berkaitan tentang persediaan mereka untuk menyertai perarakan Maulidul Rasul di bahagian Miri. Saya bersedia untuk berjumpa dan berbincang, tetapi sangat terkejut apabila diminta untuk menyediakan banner mereka.

Saya bukanlah seorang yang Pro dalam hal design, tetapi sekadar sekelumit ilmu tentang fotoshop dan banyak design yang saya buat untuk sekolah dan masjid surau. Itupun sebab ada sifu Pratchai kat sini. Oleh kerana kesuntukan masa, dan kebetulan sekolah saya juga akan menyertai perarakan, jadi saya bersetuju. sebab itu banner sekolah dan Petronas sama warna backgroudnya, cuma yang membezakan adalah gambar bagi latar belakang.

Sebut pasal Petronas, sudah pasti ada lambang Twin Tower dan juga offshorenya. Gambar platform tu yang saya sempat capture masa dijemput untuk ceramah di D35 Offshore. Merasalah naik Helicopter masa tu. Rasa juga kebanggaan sebagai seorang pendidik yang diberikan peluang untuk terbang ke telaga minyak.Terima kasih jugak untuk warga SK Sayed Othman atas usaha menghias. Sebenarnya, Petronas dah banyak bantu kami dalam menjalankan program di sekolah. Seperti Kem Bestari Solat, Solat Hajat UPSR dan macam-macam lagi. sampailah masa kami menolong mereka. We give and take kata omputeh...

Pengalaman ini amat bermakna, buat banner untuk Company yang sangat besar! tak bangga ke jadi seorang Ustaz? Bukan nak riak, tapi sekadar terfikir bahawa Ustaz perlu terbuka untuk menguasai teknologi. Cuma yang penting, pengalaman mesti ditimba. Jangan berkira, insyaAllah ada khair nya. Yang utama Azam untuk Fotoshop; Mesti masterkan skill!

Read more...

Sumbangan Dari Astronautic Technology [M] Sdn Bhd

Saturday, February 14, 2009

..:: Klik Di Sini Untuk Album ::..

Syukur Alhamdulillah, kali ini Masjid An-Nur Tanjung batu menjadi pilihan Astronautic Technology [M] Sdn Bhd [ATSB®] untuk menerima sumbangan berupa wang tunai untuk digunakan dalam aktiviti Masjid. Program ini sangat bererti kerana masyarakat Islam terutama di Bandaraya Miri sangat dahagakan sokongan dari saudara seIslam yang lain.

ATSB diwakili oleh CEO nya sendiri iaitu Ybhg. Dato' Dr. Ahmad Sabirin Arshad dan En. Nazlisham Abdul Majid, Pengarah Kanan Kewangan / Pengurusan Transformasi. Kedatangan tetamu ini disambut dengan penuh rasa syukur, walaupun para tetamu kelihatan agak keletihan kerana perjalan yang jauh. Maklumlah mereka dalam perjalanan dari Kuching ke Bintulu, seterusnya ke Miri dan akan meneruskan perjalanan ke Limbang. Destinasi mereka yang terakhir adalah di Negeri Sabah. Perjalanan mereka bermatlamat ingin berjumpa dengan saudara seIslam dan akan meneliti apakah bentuk pertolongan yang dapat disampaikan.

Pihak JK Masjid telah membuat persediaan untuk menerima tetamu dari jauh ini. Pengerusi Masjid dan JK yang lain sangat gembira dengan kedatangan mereka. Boleh dikatakan semua JK hadir dan tidak ketinggalan Ayahnda Ketua Kaum dan Ketua Kampung juga hadir memberikan sokongan.

Para Ahli jemaah terpegun melihat satu gambar yang dihadiahkan sebagai cenderamata iaitu RazakSAT yang akan dilancarkan pada April nanti. Kami mendoakan pelancaran satelit tersebut berjaya dan akan terus mencatat sejarah yang cemerlang.

Astronautic Technology [M] Sdn Bhd yang merupakan salah satu syarikat yang bertanggungjawab dalam melaksanakan Misi Angkasa Negara termasuk pelancaran Satelit ke Orbit. Dengan beberapa kejayaan yang ditempa dalam arena teknologi angkasa seperti pengahantaran RazakSAT®, sepanjang 13 tahun penglibatan dalam teknologi ini, ATSB® telah membuktikan kemajuan yang sangat tinggi dalam merialisasikan agenda tersebut.

Sedikit rujukan yang dipetik dari http://www.atsb.my/;

Imagine. Inspire. Innovate.

Astronautic Technology (M) Sdn Bhd, ATSB®, is the pioneer and leader in the design and manufacture of satellites in Malaysia. Our maiden satellite, TiungSAT-1, was successfully launched in 2000 and our next satellite, the high-resolution RazakSAT®, is scheduled to be launched in the near future.

The skills and technologies acquired have also enabled us to venture into related technologies. Our clients presently include the national space, remote sensing, meteorological and atomic agencies, the aerospace and maritime industries, and others in Malaysia as well as abroad.

We aspire to be at the front of space and related technology development while creating value for the advancement of society. Our mission is to engage in innovative and advanced technologies that provide value-added applications for our customers globally.

At ATSB®, we seek to Imagine. Inspire. Innovate. In everything we do.

Semoga ATSB® terus maju dan semoga Allah memberikan rahmat kepada kita semua. Semoga jumpa lagi di masa akan datang. Alhamdulillah.


Read more...

  © Blogger template Foam by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP