Sahabat, Di Mana Saudara Baru Kita...

Tuesday, October 23, 2007

Sahabat yang budiman,

Hari ini saya terpanggil untuk membicarakan tentang saudara baru seIslam kita. Tidak kira sama ada yang memeluk agama Allah ini setelah mendapat hidayah dari Azzawajalla, atau munkin disebabkan suatu alasan yang munasabah untuk menukar agama supaya cita-cita di hati tercapai.

Yang saya maksudkan di sini adalah kerana mahu berkahwin semata-mata atau hanya ikutan disebabkan oleh ibubapa yang bertukar agama. Perlu diingatkan, saya lebih cenderong mengulas persoalan ini demi memikirkan nasib mereka yang sangat memerlukan perhatian kita.

Setelah pulang berhari raya saya mengunjungi sebuah kedai di pasaraya untuk mengambil barang yang diservis, wakil kedai tersebut salah seorangnya merupakan saudara baru yang memeluk agama Islam semasa dia masih bersekolah. Sewaktu saya membeli barangan dari kedai tersebut, pernah dia menceritakan kepada saya yang dia masih ingat sewaktu bersama keluarga ke Majlis Islam untuk mengucapkan syahadah. Seluruh ahli keluarganya memeluk Islam dan wanita tersebut mempunyai nama baru sebagai tanda dia sudah menjadi Muslimah.

Sebenarnya satu soalan secara berseloroh ditanyakan kepadanya tentang hari raya dan Alhamdulillah beliau menjawab dengan baik dan ikhlas;

"Huda, (bukan nama asal) tak pergi solat hari raya?" Soal saya bersahaja sewaktu beliau menyerahkan barang kepada saya.

"Sik pergi". Huda menjawab ringkas.

Dengan jawapan tadi, saya faham yang soalan seterusnya tidak perlu diutarakan, ini kerana dia tunduk sahaja bila menjawab. Saya membuat pemeriksaan terhadap barangan saya dan ingin berlalu. Tetapi saya berkesempatan untuk memberikan alamat blog saya sekiranya dia ingin bertanyakan sesuatu tentang agama. Saya rasa itu sudah memadai dengan sedikit usaha saya untuk dia terus ingat tentang ke mana dia perlu kembali dan destinasi yang sebenarnya.

Sahabat budiman, berapa ramai sebenarnya saudara baru kita ya?

Soalan ini sangat luas dan tiada jawapan khusus untuk diterjemahkan dengan jawapan! Tetapi yang penting sebenarnya adalah berapa ramai yang kita kenal yang berdekatan dengan kita sebagai seorang anggota saudara baru. Pernah tanya tentang mereka?

Sahabat budiman, SIAPA yang perlu dipersalahkan rasanya bila saudara baru kita hanya sekadar nama?

Soalan ini tidak perlu dijawab kerana jawapannya tidak lain hanyalah menjadi cerita "Bangau oh Bangau"! Bermula badan bangau yang kurus sehinggalah perut sakit yang memakan nasi basi! Semua orang akan menunding jari orang itu dan ini akan bersalah! Akhirnya akan jadilah seperti suatu bangsa yang "Bersepakat Untuk Tidak Bersepakat"! Tidak lain hanya menyalahkan satu sama lain dan hasilnya zero!

Saudara baru entah kemana dan musuh baru pula yang tiba!

Sahabat yang budiman, sebenarnya kita perlu kembali kepada satu untaian kata persoalan. Kita bertanya kepada diri kita apa yang telah kita sumbangkan kepada saudara baru kita? Banyak atau sedikit, ia tidak perlu dipersoalkan. Tetapi yang perlu ditanya buat atau tidak?

Sahabat yang budiman, dasar taqwa merupakan elemen yang menjadi satu bukti kepada kejayaan di dunia dan diakhirat. Atas dasar inilah saudara kita perlu dibantu dan perlu diambil tahu. Taqwa akan lebih cantik sekiranya dasar yang ada dalam hati kita terus berfungsi dan memikirkan masalah ummah ini.

Fikirlah wahai sahabat budiman...

3 comments:

Anonymous,  October 28, 2007 11:13 PM  

Us, ana rasa isu ini dipandang sepi oleh kebanyakan orang. Agama seperti hak individu dan tidak perlu dibincangkan. Sebab itu kita tak tahu di mana saudara kita. Harap us terus dengan sambungan yang menyentuh tentang cadangan yang dapat kita lakukan untuk membantu mendekatkan saudara kita ke jalan yang sebenarnya. tq

Anonymous,  November 01, 2007 4:08 PM  

Salam, nak tahu berapa jumlah sedara baru kita, kena rujuk rekod di Majlis Islam......salam syawal

Anonymous,  June 18, 2008 7:24 PM  

Salam ziarah....

Apa kaba tek Ustaz? Lamak sik jumpa =)

mujahidnusantara85.blogspot.com

Post a Comment

  © Blogger template Foam by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP