Hampir Kefaqiran Membawa Kepada Kekufuran...

Monday, October 08, 2007

7 Oktober 2007 / 25 Ramadhan 1428 H

Hampir kefakiran itu membawa kepada kekufuran…

Itulah mafhum hadith Nabi saw yang paling tepat bagi menceritakan perjalanan dan pengalaman pada hari ini. Kampung Wireless dan Kampung sungai baung di lawati oleh kami yan terletak tidak sampai satu km dari tempat saya bertugas. Dua MPV melawati setiap rumah dan kami menapak menuju kerumah yang telah di tetapkan.
Untuk apa?

Hari ini akan diadakan Program Sambut Raya Bersama Mu yang dianjurkan oleh Badan Pekerja Islam Petrolium yang di anggotai oleh pekerja-pekerja Islam Petronas dan Shell dan program ini dibantu oleh saya sebagai wakil pihak sekolah dan dari Jawatankuasa Bertindak Kecemerlangan Pelajar Islam Task Force Pejabat Pelajaran Gabungan Miri.





Badan ini akan mengambil data-data penting seperti bilangan ahli keluarga dan isi rumah, jumlah pendapatan, pekerjaan ketua keluarga, bantuan jangka panjang yang dirasakan perlu dan apa-apa yang munkin dapat di bantu oleh badan ini. Sungguh murni harapan yang ingin disapaikan oleh ahli-ahli badan ini, hanya Allah sahaja yang akan membalasnya.
Jam menujukkan pukul 2 tepat dan kami bergerak bersama bermula di Masjid At-Taqwa Miri. Perjalanan ke Kg Wireless & Kg Sungai Baung hanya mengambil masa tidak sampai 10 minit. oleh kerana lokasi inilah yang menjadikan masjid At-Taqwa menjadi tempat perjumpaan dan perbincangan sebelum bergerak.


Saudara Shahir menjadi ketua deligasi yang akan berjumpa denagn setiap keluarga nanti. Kg Wireless dihampiri dan kami bergerak menyusuri jambatan kecil yang dibina untuk menghubungkan setiap rumah. Sangat terkejut dan sayu hati kami bila melihat Kg yang terletak di dalam sebuah bandaraya ini hanyalah merupakan sebuah perkampungan pinggir sungai yang serba kekurangan. Sebelum menghampiri rumah-rumah yang dipilih, saya telah memaklumkan kepada para ahli kumpulan supaya berlapang dada dan terimahlah apa yang bakal dilihat adalah gambaran ujian dunia yang perlu kita tempuhi dan insafi.

Sebanyak 3 keluarga dari kampung ini akan kami lawati dan tibalah kami di rumah yang pertama. Di atas kertas sebagaimana yang telah saya buat rumusan berdasarkan apa yang dibekakan oleh Pn Nurmila Abdullah, Penolong Kanan Kokurikulum. Alangkah terkejut apabila bancian dibuat terhadap keluarga pertama ini apabila rumah kecil yang disewa ini didiami oleh hampir 14 anggota yang terdiri dari 4 keluarga. Sebagai mana yang saya sebutkan tadi, di diatas kertas sebenarnya hanya mempunyai 4 ahli keluarga termasuk ibu dan ayah. Tetapi sekarang ini kami berhadapan dengan sekumpulan keluarga yang tinggal bersama sebumbung dengan keadaaan rumah yang tidak sesuai untuk bilangan sebanyak itu.

Ikhlas saya katakan perjalan rumah kerumah sehinggalah sampai ke rumah yang terakhir yang kami ziarahi. Rumah yang kami lawati kebanyakannya daif dan sangat memerlukan pertolongan. Terdapat sebuah keluarga yang rumah disewa sebanyak RM160 sebulan hanya mempunyai ruang tamu. tanpa bilik dan disitulah tempat mereka tidur, makan dan sebagaianya. alangkah tersentuhnya hati bila melihat anak didik yang saya hadapi setiap hari masih berada dalam kedaan demikian. Saya dapat melihat lipatan tilam yang sudah nipis yang masih lagi digunakan, dengan sesekali tiupan angin yang membawa bau Lumpur kuala sungai dan kekadang kurang menyenangkan bila tiupan tersebut belarutan. Keadaan ini munkin sudah sebati dengan mereka, tetapi sampai bila?

Saya masih ingat rumah ketiga yang sangat daif bagi pengalamatan saya, sebuah rumah yang sangat kecil dan didiami oleh hampir 17 belas orang ahli keluaraga. Tertanya saya, dimana kanak-kanak ini belajar? Bila mereka akan belajar?
Dengan keadaan ini, hemat saya inilah punca kebayakan anak didik saya tidak mampu menyaingi antara satu sama lain dalam bidang pembelajaran.
Apabila bancian yang dibuat, terdapat beberapa orang ibu pelajar adalah merupakan saudara baru. Saya tidak dapat pastikan sejauh mana mereka mendalami ilmu agama yang suci ini. Tertanya di sudut hati saya, apakah yang telah dipelajari saudara baru ini dalam mengharungi keawajipan beragama? Adakah hanya tukar agama dan selepas itu kahwin dan akirnya lahirlah anak-anak yang tidak dihiasi sulaman agama? Adakah mereka yang bersalah? Kalau bukan mereka yang bersalah, siapa pula?

Istilah convert yang bermain difikiran saya ini sangat besar. Saya muhasabah sendiri, adakah cukup dengan mengajar di sekolah dan beberapa buah masjid sudah mampu untuk mengubah masyarakat? Terkadang terfikir, adakah cukup beberapa orang, tetapi dimana orang lain yang memahami Fiqh Aulawiyyat? ataupun sinis saya sebutkan di sini yang memahami risalah ta'lim karangan Hassan Al-Banna?

Saya sebagai wakil sekolah diminta untuk memberikan nasihat kepada setiap keluarga ini. "Pak cik, Mak Cik dan ahli keluarga semua, bantuan yang diberikan ini kadang-kadang banyak dan munkin sangat sedikit. Munkin tahun depan tidak ada bantuan. Jadi, sebagai bantuan yang pak ck makcik dapat gunakan sampai akhirnya adalah anak-anak yang berjaya. Lihatlah masa depan anak-anak ini, merekalah sebagai pewaris yang akan membela keluarga pakcik dan makcik" itu antara nasihat saya.

Munkin saya agak emosi dalam hal ini, tetapi inilah hakikatnya. seorang ibu mentiskan airmata apabila sahabat saya Shahir menghulurkan bungkusan bantuan tersebut.
Sebagai kesimpulan yang dapat saya bawakan adalah, kita merenung firman Allah swt dalam surah At-Taubah ayat 112 yang bermaksud ;

Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji, yang melawat[Maksudnya: melawat untuk mencari ilmu pengetahuan atau berjihad. ada pula yang menafsirkan dengan orang yang berpuasa], yang ruku', yang sujud, yang menyuruh berbuat ma'ruf dan mencegah berbuat munkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah. dan gembirakanlah orang-orang mukmin itu.

1 comments:

Anonymous,  October 23, 2007 9:32 AM  

Mudah-mudahan usaha yang dilakukan berterusan. tahniah kepada para penyumbang! Tahun depan ada lagi?

Post a Comment

  © Blogger template Foam by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP