..:: Azan; Satu Toleransi? ::..

Sunday, September 06, 2009


Beberapa hari ini cukup sesak nafas bila melihat dan mendengar masalah yang melibatkan anutan dan toleransi. Saya membuat rujukan dari Harakah dan Akhbar arus perdana serta beberapa laman web yang berdaftar. Bukan laman yang berbentuk picisan dan tidak ada nilai amanah di dalam penghasilan kata-kata mereka.

Saya menilai tentang kekalutan yang telah berlaku tentang isu pemindahan Kuil di Seksyen 22 vs 23. Saya menilai dari bentuk bukti tulisan yang dipaparkan oleh kedua laman web tersebut. Terkilan sedikit apabila ada yang mempersendakan dialog yang sepatutnya mendapat keputusan yang sebaiknya.

Harakah tidak menyiarkan kata-kata ini ;

" Keadaan menjadi lebih tegang dan hampir mencetuskan pergaduhan apabila seorang penduduk yang mewakili masyarakat India, R. Gunaretinam, 27, bangun dan menegaskan persetujuan 48 keluarga India di situ berhubung pembinaan kuil tersebut.

Ini kerana, katanya, kebanyakan rumah di bandar raya itu mempunyai surau dan masjid.

Dia kemudian mendakwa orang Melayu di Seksyen 23 tidak peka dengan sensitiviti masyarakat India di situ yang didakwanya bertoleransi dengan orang Islam berhubung isu azan lima kali sehari.

Dakwaan Gunaretinam itu telah mencetuskan kemarahan penduduk beragama Islam sehingga ada yang dilihat bertindak mengangkat kerusi yang akhirnya menyebabkan Abdul Khalid terpaksa bangun dan menghentikan perbincangan sambil meminta penduduk bertenang".

Klik di sini
>><<

Manakala di dalam utusan tidak menyebut perkara ini "
Woi, kaulah pengkhiana-pengkhianat agama lah! cemuhnya.

Cemuhan itu disorak oleh beberapa individu lain yang dipercayaai dari kenalan rapat Azmir.

Beliau juga mengancam akan membunuh Khalid Samad jika pergi ke kawasannya, Seksyen 23.

Beliau juga menghina dan mencemuh Khalid Ibrahim, MB yang dipilih oleh rakyat Selangor melalui pilihan raya yang sah itu.


K. Raja yang ditemui selepas selesai dialog berkata, "Persatuan Penduduk itu bukan mewakili semua pihak. Persatuan tidak pernah panggil kita (penganut Hindu) berbincang. Bagaimana (mereka) boleh kata itu mewakili (penduduk) Seksyen 23."

Ditanya mengapa tidak turut serta dalam dialog itu, beliau berkata, "Dia orang emosional, tidak ada toleransi dan hormat Menteri Besar, Khalid (Samad) dan YB yang lain. Macam mana kita nak berdislog? Ekstrem lah, saya pun tidak pernah jumpa (tindakan) seperti ini."


Klik di sini
>><<

KOMENTAR SAYA

Boleh hidup atau tidak sebuah keluarga Islam tinggal di dalam satu kawasan bukan Islam?

Bagaimana pula jika sebuah keluarga bukan Islam tinggal di dalam kawasan orang Islam? Boleh hidup atau tidak?

Ini adalah satu senario yang berbeza. Saya peringkat awal dahulu tinggal di dalam kawasan perumahan bukan Islam di miri ini. Kiri dan kanan merupakan penduduk bukan Islam. Anjing belaan mereka berkeliaran di hadapan rumah. Sekali imbas seperti kami serumah sewa yang membelanya. Gereja dengan lampu salib berwarna merah menusuk mata jika dipandang. Lama kelamaan, keadaan ini sangat menyesakkan.

Toleransi Azan

Dari segi bahasa azan berarti pengumuman, permakluman atau pemberitahuan. Azan di dalam al-Qur'an bermaksud proclamation dalam bahasa Inggeris, atau pengisytiharan dalam bahasa kita Sebagaimana ungkapan yang digunakan ayat Al-Qur'an Al-Kariem berikut ini:

وَأَذَانٌ مِنَ اللهِ وَرَسُولِهِ إِلَى النَّاسِ يَومَ الحَجِّ الأَكبَرِ أَنَّ اللهَ بَرِىءٌ مِنَ المُشرِكِينَ...

Yang bermaksud : Dan suatu permakluman daripada Allah dan Rasul-Nya kepada umat manusia pada hari haji akbar bahwa sesungguhnya Allah dan RasulNya berlepas diri dari orang-orang musyrikin... (At-Taubah: 3)

Selain itu, azan juga bermakna seruan atau panggilan. Makna ini digunakan ketika Nabi Ibrahim as diperintahkan untuk memberitahukan kepada manusia untuk melakukan ibadah haji.

وَأَذِّن فِي النَّاسِ بِالحَجِّ يَأتُوكَ رِجَالاً وَعَلَى كُلِّ ضَامِرٍ يَأتِينَ مِن كُلِّ فَجِّ عَمِيقٍ

Yang bermaksud : Dan panggillah manusia untuk mengerjakan haji, niscaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, dan mengendarai unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh. (Al-Hajj: 27)

Azan pertama kali adalah ketika Rasulullah SAW telah tiba hijrah di Madinah. Saat itu setelah selesai pembangunan majis Nabawi, muncullah berbagai pendapat tentang cara bagaiman memanggil orang untuk menunaikan solat jamaah di masjid. Ada orang yang mengusulkan penggunaan terompet, lonceng juga dengan alat lainnya.

Namun semua idea itu tertolak, salah satunya karena ada unsur persamaan dengan agama lain. Sementara itu, sebahagian sohabah mendapatkan mimpi tentang azan, termasuk salah satunya Umar bin Al-Khattab ra. Ketika mimpi-mimpi itu diceritakan kepada Rasulullah SAW, beliau pun membenarkan mimpi itu dan menegaskan bahwa Allah SWT telah memerintahkan penggunaan azan untuk memanggil solat berjamaah di masjid.

Dan di antara hadith-hadith yang sampai kepada kita tentang mimpi dan pembenaran dari Rasulullah SAW adalah hadits berikut ini yang bermaksud:

Dari Abdullah bin Zaid tentang mimpi mengenai azan di mana Rasulullah SAW memberi respon, "Itu adalah mimpi yang benar, Insya Allah. Pergilah kepada Bilal dan sampaikan apa yang kamu lihat dalam mimpi. Sesungguhnya Bilal itu suaranya lebih terdengar dari suaramu." (HR Ahmad dan Abu Daud).

Sebagai seorang bukan Islam, jangan sekali-kali menyentuh dan mempersoalkan tentang azan yang dikumandangkan. Azan adalah lambang kepada Satu Perjanjian dan Perlembagaan Negara yang jelas tentang Islam sebagai agama Rasmi negara kita. Dalam waktu yang sama tidak menghalang agama lain untuk mengamalakan kepercayaan agama masing-masing.

Jangan dipersoalkan tentang toleransi dalam azan yang dikumandangkan. Orang Islam cukup bertoleransi dalam memberi peluang kepada orang lain untuk mengamalkan ajaran agama mereka. Jangan sakiti hati umat Islam demi mengatakan ia berkaitan tentang TOLERANSI!

Bagi orang Islam juga, jangan berkata kesat kepada anutan agama lain. Jelas sekali di dalam Quran menjelaskan perkara ini. Jangan membangkitkan kemarahan sesama kita. Hiduplah dengan aman. Demi sebuah kehidupan yang syumul yang disarankan oleh Allah swt.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Foam by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP