..:: Satu Penantian ::..
..:: MYY to PEN via KUL ::..
Penumpang untuk penerbangan Malaysia Airlines ke Kuala Lumpur bersedia untuk berlepas. Kebanyakannya adalah perantau yang berkhidmat di Bumi Kenyalang. Suara anak kecil yang berteriak gembira, suara tangisan juga berkumandang dengan pujukan sabar seorang ibu.
MYY - KUL - PEN [Miri ke Penang melalui Kuala Lumpur]
Malam ini berangkat ke Kuala Lumpur menaiki MH7053, esok pagi akan meneruskan perjalan ke Pulau Pinang. Tiket ke Alor Star sudah habis, terpaksa bertukar haluan ke Penang. Limo Aport sudah di confirm untuk membawa kami ke Gurun, Kedah. Perjalan yang tidak sabar untuk diselesaikan. Harap-harap jambatan Pulau Pinang tidak menghampakan.
Alhamdulillah, tahun ini kami dapat bersama, menaiki pesawat bersama dan pulang bersama. Dulu, terlalu lama kami tinggal berjauhan. Seorang di utara dan seorang di Borneo. Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan kami yang berjauhan. Pernah kami hanya berjumpa di KLIA untuk pulang ke kampung untuk beraya. Jika dikenang, ia merupakan pengalaman yang menguatkan erti sebuah keluarga.
Ini Adalah Kebaikan Dari Tuhanku...
..:: Iftar di Offshore Tukau ::..
Alhamdulillah, Ramadhan yang membawa rahmat membuktikan janji Allah. Insan kerdil yang tidak pernah terfikir untuk terpilih dikalangan yang telah terpilih. Perjalan pada hari ini akan membawa saya ke Platform terawal dalam sejarah pengeluaran minyak di negara Malaysia. bermula dengan pencarian oleh Shell dan seterusnya diambi alih oleh PETRONAS Carigali Operasi Sarawak.
Iftar di Plantar Minyak bukan asing bagi saya. Syukur, tidak pernah terfikir seorang Ustaz diberi peluang untuk bersama dengan saudara seIslam berada di tengah laut sana. Pengalaman yang cukup beerti dan ini semestinya kebaikan dari Tuhanku...
Lihatlah, sebahagian dari pengalaman seorang Hamba...
Sekali pandang sukar untuk membezakan antara Engineer dan Ustaz... Ini merupakan kali pertama ke Offshore menaiki kapal. Very challenging! jelas berbeza jika ke Offshore menaiki Helikopter. Gambar ni di bahagian belakang kapal.
Menunggu untuk menaiki Borcoss Firdaus 3, salah sebuah kapal yang disediakan. Borcoss Shipping merupakan salah sebuah syarikat perkapalan yang hebat bertapak di Bumi Miri.
Bumi Miri ditinggalkan, lautan menunggu untuk dilawati...
Sebahagian dari peralatan wajib menuju ke Plantar Minyak.
Kapal bergerak meninggalkan Miri jauh di belakang.
Ruang Solat di dalam kapal. Kewajipan yang tidak perlu dipertikaikan di mana dan bagaimana.
Berposing berlatar belakang TKQ-A platform bersama dengan deligasi kunjungan. Cari mana saya...
sebelum bergayut untuk berpindah dari kapal ke Plantar. Berdebar juga untuk bergayut. Alhamdulillah, laut tidak bergelora. Jika saya ke D35 dulu menaiki Helikoplter, tidak terasa gayatnye.....:: Bersama Vice President, PETRONAS ::..
"Ustaz, jangan lupa 2 sept". En. Zailani ingatkan saya tentang program berbuka puasa dan penyampaian Duit Raya kepada Fakir Miskin, Ibu Tunggal, anak yatim dan sebahagian Asnaf yang lain.Diari Ramadhan
- 14 Sept I 24 Ramadhan I 11.45 am I Tazkirah Ramadhan I PETRONAS Carigali, SKO
- 11 Sept / 21 Ramadhan / Ceramah Nilai Islam / Jabatan Akauntan Negara / 3.00-4.30 pm
- 10 Sept / 20 Ramadhan / Sarawak Plantataian Berhad / Ladang 3
- 9 Sept / 19 Ramadhan / FORUM Ramadhan / Selepas Solat Terawikh / JAKIM, Putrajaya
- 7 Sept / 17 Ramadhan / 11.45 am / Tazkirah Ramadhan / PETRONAS Carigali, SKO
- 5 Sept / 15 Ramadhan / Berbuka Puasa & Solat Terawikh di TM Berhad
- 4 Sept / 14 Ramadhan / Berbuka Puasa & Solat Terawikh di SPRM, Miri
- 4 Sept / 14 Ramadhan / Ceramah Nilai Islam / Jabatan Akauntan Negara / 3.00-4.30 pm
- 3 Sept / 13 Ramadhan / Berbuka Puasa & Solat Terawikh / Dakwah Keliling Lajong, Miri
- 2 Sept / 12 Ramadhan / Berbuka Puasa & Solat Terawikh / PETRONAS Carigali / Masjid Al-Taqwa
- 31 Ogos / 10 Ramadhan / Solat Terawikh di Kem Seri Miri / RAMD
- 30 Ogos / 9 Ramadhan / Solat Terawikh di Masjid An-Nur, Tanjung Batu
- 30 Ogos / 9 Ramadhan / Kuliyah Subuh Masjid Darul Istiqamah
- 29 Ogos / 8 Ramadhan / Moderator Forum / Yayasan AMAL & JAIS
- 28 Ogos / 7 Ramadhan / Berbuka Puasa dan Solat Terawikh di Nurses' House / Hospital Miri
- 28 Ogos / 7 Ramadhan / Ceramah Nilai Islam / Jabatan Akauntan Negara / 3.00-4.30 pm
- 28 Ogos / 7 Ramadhan / Menyampaikan Khutbah Jumaat di Masjid Darul Istiqamah
- 27 Ogos / 6 Ramadhan / Solat Terawikh di Masjid Darul Ehsan, Piasau Miri
- 25 Ogos / 4 Ramadhan / Solat Terawikh di Surau Darul Falah, Lembah Hijau Miri
- 24 Ogos / 3 Ramadhan / Solat Terawikh di Penjara Pusat Miri
- 24 Ogos / 3 Ramadhan / 11.45 am / Tazkirah Ramadhan / PETRONAS Carigali, SKO
- 23 Ogos / 2 Ramadhan / Kuliyah Subuh / Masjid Darul Istiqamah Kg. Luak / 6.00 - 9.00 pm / Berbuka Puasa dan Solat Terawikh
- 21 Ogos / 30 Sya'ban / Ceramah Nilai Islam / Jabatan Akauntan Negara / 3.00-4.30 pm
SAHABAT BLOGGER
-
Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia denga...3 days ago
-
1 week ago
-
Khusus buat abang Pendi di UDM. Atas permintaan kitak di ctok kamek paparkan beberapa keping gambar Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Negeri Sarawak Anjura...4 weeks ago
-
وَلَا تُلۡقُواْ بِأَيۡدِيكُمۡ إِلَى ٱلتَّہۡلُكَةِۛ وَأَحۡسِنُوٓاْۛ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُحۡسِنِينَ Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu...1 month ago
Pena & Tinta
Categories
Download
SAHABAT j-QAF
-
Cuti ujung tahun dh mula 2-3 ari lepas.blh dkatakan semua guru semenanjung yg berkhidmat di semporna dah pun balik ke kg halaman masing2...SELAMAT BERCUTI...2 days ago
-
Assalamualaikum... Bermulanya cuti sekolah tak menjarakkan diri ana dari sekolah. Entah la, sekolah bagaikan rumah kedua buat ana. Kalau ana tak di rumah, ...3 days ago
-
Salam... Hari ni hari terakhir khidmat saya di SKTM. Surat yang diterima daripada JPS dua hari yang lepas, bakal mencipta suasana baru. Ya, permohonan pert...5 days ago
-
Kita mengakui dalam i'tiqad aqidah ahli sunnah wal jamaah bahawa semua perkara adalah bersumberkan daripada Allah yang bersifat Wahdaniah. Dan setiap perka...1 week ago
-
Agak lama juga saya tidak berkesempatan untuk menulis entri terbaru di blog. Kesibukan dengan pelbagai aktiviti dan program akhir tahun adalah alasan yang ...1 week ago
-
Oleh Abu Naufal Ainnur Raihana Binti Ahmad Tarmizi nama diberi. Dilahirkan pada pagi 20 Oktober 2009 pada jam 3.37 pagi. Inilah antara gambar yang sempat d...4 weeks ago
-
3 months ago











