..:: Bersama Vice President, PETRONAS ::..

Monday, September 07, 2009

"Ustaz, jangan lupa 2 sept". En. Zailani ingatkan saya tentang program berbuka puasa dan penyampaian Duit Raya kepada Fakir Miskin, Ibu Tunggal, anak yatim dan sebahagian Asnaf yang lain.

"Baik, tak jadi masalah, diari dah confirm!" Jawab saya ringkas apabila mereka menghubungi untuk reconfrm".

Tahun ini mereka yang berhak akan merasa sebahagian dari zakat yang disampaikan. alhamdulillah sudah beberapa kali bersama Syarikat Minyak gergasi negara menguruskan pemberian dan menjalankan aktiviti agama dan kemsyarakatan. Walaupun dalam kesibukan mereka menguruskan Minyak Negara, mereka mampu bersama untuk meghulurkan bantuan.

Pepatah melayu berkata "Tangan yang memberi lebih baik dari menerima". Ya, tepat sekali. Yang memerlukan tidak perlu meminta-minta. Ini kerana yang mampu sepatutnya mencari untuk menyalurkan rizeki yang Allah berikan.

Saya tertarik dengan cara pembahagian duit raya kepada yang berhak. Kebiasaannya yang menerima akan beratur untuk bersalaman dan mendapat sampul raya mereka. Tetapi cukup sibolik apabila En. Md. Arif, Timbalan Presiden sendiri yang bangun dan pergi di tempat duduk penerima. Beliau berjalan dan memberikan sumbangan. Jarang kita melihat orang yang berada di kedudukan tersebut mampu untuk melakukan pemberian sebegitu rupa.

Saya sempat bersama dan duduk di meja utama. Tidak pernah saya impikan dan bayangkan sebelum ini yang saya mampu untuk duduk bersama orang-orang HEBAT! di sebelah saya YM Temenggong, sebelahnya Mantan Residen, dan ramai lagi yang Allah berikan kedudukan yang tinggi dalam dunia ini. Alhamdulillah, kerdilnya perasaan bila melihat mereka tanpa protokol.

Sejenak bersama mereka sehingga habis terawikh amat mengembirakan. Ini Adalah Kebaikan Dari Tuhanku...

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Foam by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP