..:: BENARKAH KATA-KATA INI? ::..

Sunday, March 01, 2009


"Orang yang berilmu ibarat tin yang penuh dengan isian, jika digoncang sudah pasti tidak akan mengeluarkan bunyi. Manakala perumpamaan bagi orang yang kurang berilmu seperti Tin yang tidak penuh isiannya tetapi bila digoncang sudah pasti akan bising bunyinya".

Bagaimana pandagan kita? Adakah ini akan menjadi galang ganti kepada penghakiman seseorang? Adakah orang yang tinggi ilmunya benar-benar akan bersifat seperti Tin yang penuh?

Soalan yang sukar untuk ditafsirkan dan dijawab dengan penuh adab, keadilan dan keilmuan. Rata-rata bila menyebut tentang ilmu dan keilmuan, suasana akan menjadi pasif. Tidak ada orang yang berilmu akan mengaku dirinya berilmu. Malah tidak ada satu sejarah yang mengatakan ada orang yang berilmu yang mengaku dirinya berilmu. Malah Nabi Sulaiman sendiri dengan ilmu yang dianugerahkan Allah kepadanya pun tidak mengaku bahawa ilmu itu adalah haknya. Dan dijawab dengan mengatakan "Ini adalah kebaikan dari Tuhan ku".

Jadi bagaimana memungkinkan persoalan ilmu orang yang berilmu atau alim? Menyampaikan ilmu adalah salah satu beban kepada seseorang. Sebagai contoh persoalan, berapakah ayat yang telah disampaikan kepada pendengar? Sudahkah para ilmuan menyampaikan walaupun satu ayat? Sukar sebenarnya memperkatakan hal ini dan seseolah akan menyentuh pribadi dan ketinggian ilmu seseorang.

Cuma malang dirasakan apabila ada pihak yang kadang-kadang meletakkan piawaian ilmu kepada seseorang. Saya pernah berada di dalam satu majlis ilmu sebagai seorang Pengacara Majlis tersebut, yang dihadiri bekas seorang Mufti [ketika itu beliau seorang Mufti di sebuah negeri di Utara Semenanjung] yang saya rasa perlu membuang sedikit ego dalam menyatakan pendapat. Saya rasakan bukan hanya saya yang berpendapat demikian. Ini kerana rata-rata jemaah datang menyatakan ketidak puas hatian mereka terhadapa beberapa ungkapan kepada orang lain dan juga agama lain. Ini kerana Masjid tersebut adalah bersebelahan dengan sebuah Gereja Anglican.

Saya masih terngiang apabila beliau dengan piawaian ilmunya meletakkan orang yang bertaraf Ustaz hanya layak diberikan Kelas F. Seperti Kelas yang terakhir yang diberikan untuk seorang kontraktor binaan. Cuma munkin dia lupa bahawa Kelas F juga ada ilmu dan harga diri, tidak sepertinya yang kurang harga diri apabila memburukkan Ustaz-Ustaz TV yang dianggap sebagai pembohong! Saya mengatakan demikian bukan sebab saya juga seorang ustaz, tetapi tidak elok rasanya dikhalayak mengatakan demikian. Bagaimana dengan Para Ambiya' dan Sahabat? Adakah perlu ditanya berapa Shahadah yang mereka dapat? Bukan setakat itu sahaja, beliau dengan nada biasanya dimana-mana menghentam Tok-Tok guru pondok dengan Sifat 20. Bukan setakat itu, malah diTAJSIMkan lagi tangan Allah! Setakat membid'ahkan orang tu biasalah dan menjadi amalan bekas Sohibus Samahah tersebut...

Soalan saya, adakah ini juga dinamakan sebagai seseorang yang mempunyai ilmu yang tinggi? adakah perlu diwujudkan satu piawaian yang membenarkan ilmu disampaikan? Apa komen anda?

Bersambung…

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Foam by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP