Ceramah; Anak Sebagai Ujian & Amanah
Saturday, February 07, 2009
Hari ini saya bersama dengan Ibubapa pelajar SK Kuala Baram, Miri dalam Program Keibubapaan yang dianjurkan oleh PIBG sekolah tersebut. Sekolah ini agak jauh dan dipisahkan dengan Sungai Baram yang menjadi pemisah kepada sebahagian tanah Miri dan Negara Jiran Brunei Darul Salam.
Sebenarnya tidak layak untuk saya bercakap tentang keibu bapaan. Apatah lagi belum ada pengalaman dalam mendakap seorang bayi. Semoga Allah memberikan saya peluang untuk merasai kurniaan tersebut. Amien.
Sebagai harapan kenalan-kenalan di sana, saya abercakap dalam skop seorang anak yang mengharapkan sesuatu dari ibu dan bapa. Jadi semua kita adalah anak, dan anak tahu apa yang diinginkan oleh seorang anak!
Bukan semua pasangan mempunyai anak, Malah nabi-nabi terdahulu juga diuji perkara yang sama. Nabi Allah Zakaria A.S mempunyai anak ketika berumur 120 tahun, malah dinukilkan di dalam al-Quran sehingga putih rambutnya. Dengan kurniaan inilah doa sentiasa di panjat oleh sesiapa yang berumah tangga untuk zuriat penyambung generasi. Jadi saya menganjurkan kepada ibubapa supaya bersyukur dengan kurniaan yang diberikan Allah. Jagalah dengan sebaiknya kurniaan tersebut.
Saya menganjurkan kepada ibubapa tentang beberapa perkara dalam mendidik anak, dan sebenarnya ikhlas dikatakan inilah yang dilakukan oleh kebanyakan ibubapa. InsyaAllah hasilnya adalah mampu untuk menghasilkan ummah cemerlang. Antara nasihat yang terkandung dalam konteks ini ialah;
PERTAMA : Anak-Anak Adalah Penerus Perjuangan
Perjuangan hidup amat mencabar. Seorang ayah akan melakukan apa sahaja untuk anak dan keluarga. Ini dapat dibuktikan dengan jelas tentang suasana keluarga yang dibina. Anak inilah yang menjadi penyambung kepada kesinambungan tersebut.
KEDUA : Tumpuan Untk Membina Sahsiah Anak.
Sahsia adalah refleksi kepada seseorang. Anak yang baik menggambarkan sebuah keluarga yang bahagia. Manakala rosak akhlak menggambarkan sebuah keluarga yang penuh dengan kecelaruan. Seorang anak mesti melakukan sesuatu yang boleh memberikan kegembiraan kepada keluarga.
KETIGA : Latih Anak Untuk Cintakan Ilmu
Bagaimana? Anak hanya melihat apa yang dicintai oleh ibubapanya. Jika ibubapa selalu pentingkan ilmu, sudah pasti anak akan mengikut perlakukan tersebut. Justeru itu, ibubapa perlu menunjukkan minat mendalam dalam mencari ilmu. Ilmu dunia jangan diluakan dan ilmu akhirat jangan sekali ditinggalkan.
KEEMPAT : Jaga Makanan dan Permakanan
Makanan yang baik di sini bukan setakat yang baik, tetapi halal mengikut syara'. Kesedaran ini perlu ditingkatkan demi untuk membesarkan anak dengan sumber yang halal. Walaupun ibubapa yang hadir adalah dari berbagai agama dan bangsa, tetapi mereka faham tentang konsep halal yang dimaksudkan. Orang bukan Islam pun tidak mahu makanan dari bersumberkan dari hasil curi dan sebagainya.
Setelah hampir 1jam 30 minit, saya merasakan ada tarikan dari ibubapa yang hadir. Saya melihat redup hiba bila saya mengimbau mereka tentang kesedihan mereka membesarkan anak. Bangun malam untuk membuat susu dan sebagainya. Rata-rata mereka memahami apa yang dimaksudkan dan mudah-mudahan usaha PIBG dengan sokongan sekolah ini akan berjaya mewujudkan suasana cemerlang di Kuala Baram.
1 comments:
Assalamualaikum. Tahniah atas usaha dakwah yang amat bermakna dan bernilai ini. Bumi Sarawak masih ketandusan ilmu-ilmu agama. Perjuangan dan dakwah tidak kenal negeri asal usul. Yang penting niat ikhlas dan mendapat mardhotillah. Teruskan anak-anak...
Kami sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagian semua.
Sabar anak.. Insya Allah akan ada rezeki menimang cahaya mata dan mendidik zuriat sendiri. Cuma masa dan ketikanya belum sampai... Kami sentiasa mendoakan! Pasti ada hikmahNya...
Semoga kita semua mendapat taufik hidayah ALLAH berpanjangan, berkekalan dunia akhirat. Syukran. Jazakumullah ahsanal jaza'.
Post a Comment