Surau Al-Falah; RM 1388.05 Berjaya Dikumpul

Saturday, January 31, 2009


Klik gambar untuk besarkan dan muat turun

Sekalung penghargaan untuk AJK Surau Al-Falah, Lembah Hijau Miri kerana berjaya menjalankan satu program bagi mengumpul sumbangan untuk saudara kita di Palestin. Program yang dilaksanakn selepas waktu subuh ini juga memperlihatkan kesungguhan jemaah dalam melaksanakan satu tuntutan.

Walaupun cuaca hujan dan agak lebat, namun ahli jemaah berjaya memenuhi ruang yang ada di surau terbabit. Ketika saya sampai di perkarangan Surau 10 minit sebelum azan berkumandang, keadaan tersebut seperti waktu siang. Ahli jemaah yang sudah bersedia untuk solat subuh dan mendengar Ceramah Bersamamu Palestin. Satu suasana yang cukup membuatkan saya lebih bersemangat.

Program ini adalah salah satu pemankin kepada road show bersamamu Palestin yang dianjurkan oleh Yayasan Amal, Unit Miri bagi menambahkan lagi dana untuk bantuan terutama di Gaza. Kepada Ketua Kaum, Pengerusi Surau, Tuan Imam, Bilal, Ahli Jemaah dan 'orang kuat' Surau Al-Falah Tuan Haji Ibrahim Abang serta crew saya mengucapkan tahniah dan syabas atas usaha ini.

Dengan kehadiran ahli jemaah yang menyokong program tersebut menunjukkan bahawa memang tepat, Orang Islam itu bersaudara. Teruskan dengan program yang dirancang, insyaAllah syiar di bumi Miri akan terus subur.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Foam by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP