Sekali Sekala Sembang Politik...
Saturday, January 17, 2009
Hari ini adalah penentu pemilihan pemimpin untuk mewakili suara penduduk Kuala Terengganu. Tempat Asal saya tetapi hanya berbeza dengan kawasan persempadanan dan saya berada di dalam kawasan Kuala Nerus. Hanya dipisahkan dengan Sungai Terengganu. Pun begitu, ia sama sekali tidak terpisah dengan adanya jambatan yang menghubungkan antara dua tanah itu.
Pilihanraya adalah satu proses demokrasi yang dicanangkan oleh semua parti yang bertanding. Sama ada mengikut arus pemerintah atau arus aliran pakatan. Cuma yang menjadi hangat apabila pilihan penduduk di sana tidak dapat dibaca oleh mata penganalisis politik. Dalam semua media arus politik bertanding mengatakan “Peluang sama rata”. Ya ka?
Orang Terengganu kite’ bukan pengundi ikutan yang hanya menerima apa sahaja. Rata-rata mereka adalah yang berpendidikan dan kebanyakan juga pengundi adalah yang berada di luar kawasan dan juga mejoriti adalah penduduk asal. Namun, bila Hari PilihanRAYA yang diadakan, sudah pasti semuanya akan cuba untuk menunaikan tanggungjawab. Malah ramai kawan-kawan yang berada di borneo pulang untuk menyatakan hak. Walau sehari, tetap balik! Mana tak balik kan? Dapat sponsor tiket percuma! Siapa yang bagi? Tak tahu la pulak…
Sebut kembali pasal menang kalah, sebagai contoh, pada tahun 1999, menyaksikan Calon Pas yang menang mejoriti yang cukup hebat bagi kawasan KT yang dahulunya sinonim dengan Umno. Tetapi Pilihanraya selepasnya, Allayarham telah berjaya mendapat kembali Kerusi Panas tersebut. Ini sangat jelas bahawa orang KT bukan berpegang kepada apa yang di depan mata. Tetapi mereka bertanya hati sendiri sebelum memangkah!
Orang KT akan turun mengundi sekitar 80,000 orang. Jumlah yang sangat besar dan tiada undi penentu dari bangsa lain. Orang KT dapat hidup dengan aman dengan semua kaum. Kenapa? Sebab tidak ada orang yang bersifat seperti Talam Dua Muka. Kalau ada, munkin mereka bukan yang jenis berani, tetapi hanya sekadar mengada-ngada!
Soal calon sangat penting bagi dua Parti bertanding. Orang KT dengan jelas nak orang tempatan. Tapi calon Pas yang kalah masa Trajedi Tsunami dulu bukan sebarang calon. Tapi munkin orang KT nak calon “Orang kampung dia!”. Kalau sebut pasal Pengundi Hantu pulak, saya no komen. Cuma kita perlu ingat, sesuatu berita yang bila dah lama kita dengar, ia munkin menjadi semakin tepu… Saya sangat yakin Orang KT tahu siapa yang nak dipangkah.
Cuma yan perlu semua ahli politik sedar, rakyat keseluruhannya mahukan pemimpin yang selalu turun padang. Bukan setakat hanya datang sekali sekala untuk sekadar bertandang. Tak kira sama ada kerajaan atau pembangkang. Ini jelas berlaku kepada kedua-dua puak, bila time pilihanraya semua akan 'Turun Padang'. Kalau nak tahu, padang tu dah lama tunggu orang turun, jadi tak payah nak tunggu siap sebelum nak bertanya khabar. Hanya yang diminta oleh rakyat adalah satu harapan dan masa depan yang jelas. Tak kira siapa yang menang! Emmm, Tanya pulak pasal Siapa yang saya sokong?
Jawapan?
Undi Adalah Rahsia!
Biarlah jadi rahsia…
0 comments:
Post a Comment