Kuala Terengganu Kite'

Sunday, January 18, 2009

Malam tadi sms diterima bertalu-talu, berita tentang keputusan Pilihanraya di Kuala Terengganu. Tanah tumpah darahku! Pagi tadi semasa menghadiri Kuliyah subuh jemputan anjuran Petronas pun, kawan-kawan sibuk bertanyakan saya. Jadi, Parlimen tak rasmi pun dibuka dengan saya bertindak seperti seorang Speaker Dewan! [Doakan saya ye..]

Seperti yang diumumkan oleh SPR, PAS berjaya merampas kerusi tersebut dari Barisan Nasional. Jadi sudah habis senario politik yang memanaskan KT dengan kehadiran berbagai pihak. Dengan berbagai kemelut dan lemparan kata. Dengan dosa juga bagi yang kata mengata.

Saya meminjam satu cerita tentang keadaan orang Terengganu kite’.Sebenarnya, keadaan di Kuala Terengganu seperti niat dua jejaka ingin meminang anak Dara. Cantik pulak tu, dengan kata lain Bandaraya Pesisir Pantai. Cuma jika sebut pasal meminang, PAS dan Barisan Nasional seperti lelaki yang berkenan kepada seorang Dara.

Jadi, bukan sebab tak suka dengan mana pilihan, tetapi mereka membuat pelihan untuk hidup bersama. Walau dah kenal keluarga si Dara, adat melayu mesti diturutkan. Jadi BN datang meminang walau dah kenal hati budi sekian lama, tetapi si Dara tetap memilih jejaka lain. Ini bermakna bukan benci, tapi munkin ada sesuatu yang kurang berkenan di hati. Munkin pernah si jejaka yang tidak berjaya pernah melukakan hati atau salah yang tidak disedari….

Muhasabahnya, yang menang perlu buktikan kepercayaan dan amanah. Berhujah di Dewan nanti dengan bernas. Manakala yang telah kalah, usah diungkit apa yang terbuku. Teruskan agenda yang ditawar dan diwarkan sebelum pilihanraya untuk membantu orang Terengganu kite’!. Tak salah tolong orang kita, walau tak duduk di meja Dewan yang mulia…
Untuk bacaan umum, klik;
Utusan Malaysia : Klik Di Sini
Harakah Daily : Klik Di Sini

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Foam by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP