Palestin Dihati, Masjid An-Nur. Tanjung Batu
Monday, January 19, 2009
BILA USTAZ DI TANYA
Malam tadi saya menghadiri Program Bersama Mu Palestin yang dianjurkan oleh Masjid An-nur, Tanjung Batu. Salah satu Masjid yang menjadi penggerak kepada aktiviti Islam di sekitar Kawasan Pujut, Bandaraya Miri. Alhamdulilah dengan kesungguhan mereka, ramai jemaah yang hadir dan lebih menarik ramai yang membawa anak-anak untuk menyaksikan tayangan tersebut. Pihak masjid sangat bersungguh dengan menyewa LCD dari luar dan menyediakan sedikit juadah untuk jemaah yang hadir.
Terdetik di hati untuk melihat pihak yang sepatutnya tampil untuk memberi kemudahan LCD dan Skrin LCD kepada pihak masjid. Munkin usaha ini dapat diberi perhatian oleh pihak-pihak tertentu untuk menarik lagi minat masyarakat dalam menghadiri program agama.
Lebih menarik, saya diajukan dengan berbagai pertanyaan yang memerlukan jawapan rapi selepas menyampaikan Ceramah dan Slaid Show. Antara soalan mereka;

- Ustaz, bila sidak Palestin ya mok menang? (Bila mereka orang Palestin akan menang?)
- Ustaz, kan Allah akan menguniakan kemenangan kepada Orang Islam di Palestin, tapi bila?
- Bagaimana Allah akan memenangkan mereka Ustaz, sedangkan kita dapai seolah-olah mereka cukup berkuasa dengan senjata dan kelengkapan?
Soalan-soalan begini perlu dijawab dengan bukti dan dalil yang lengkap, bagi melengkapkan keyakinan dan pemahaman jemaah dalam menhadapi isu ini. Jemaah memerlukan pemahaman dan perlu diberi faham dengan mendalam. Ini kerana, dengan kayakinan mereka, sudah pasti budaya mengambil tahu dikalangan umat islam kan terus subur.
JANJI ALLAH ITU PASTI
JANJI ALLAH ITU PASTI
Hadith Baginda saw ada menyebut;
عن أبى أمامة الباهلى قال قال رسول الله ”لا تزال طائفة من أمتي على الذين ظاهرين لعدوهم قاهرين لا يضرهم من خالفهم ولا ما أصابهم من ولاء حتى يأتيهم أمر الله وهم كذلك“ قالوا يا رسول الله أين هم، قال: ”بيت المقدس وأكناف بيت المقدس“
“Sentiasa akan ada sekelompok dari umatku yg sentiasa berjuang bersama-sama kebenaran, mencabar dan menentang musuh-musuh mereka. Musuh-musush mereka tidak dapat memberi mudarat kepada mereka sehingga Allah mendatangkan keputusannya. Mereka tetap dalam keadaan demikian.” Maka para sahabat bertanya,”Dimanakah mereka?” Jawab Rasulullah.” Di Baitul Maqdis dan sekitarnya” (Riwayat Bukhari)
Ini adalah janji tentang apa yang berlaku sekarang. Hadith ini jelas tentang keadaan yang berlaku seperti mana yang di sabdakan. Ini adalah salah satu tanda bahawa Allah akan memberikan kemenangan kepada mereka.
Dalam riwayat Muslim ada menyebut tentang bagaimana makhluk Allah akan menolong umat Islam. Kita melihat batu yang dilontarkan, dan batu juga akan menolong mengkhabarkan kepada para pejuang tentang di mana Yahudi.
ا تقوم الساعة حتى يقاتل المسلمون اليهود فيقتلهم المسلمون حتى يختبىء اليهودي من وراء الحجر والشجر فيقول الحجر او الشجر يا مسلم يا عبدالله هذا يهودي خلفي فتعال فاقتله
Tidak akan berlaku hari kiamat hinggalah orang Islam memerangi orang Yahudi, lalu orang Islam berjaya membunuh mereka hinggalah orang Yahudi bersembunyi di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu berkata: Wahai Muslim, wahai hamba Allah, ini orang Yahudi di belakangku, marilah ke sini dan bunuhlah dia.
YAKIN
Akhirnya persoalan mereka terjawab, dan jelas terpancar dari wajah mereka dengan keyakinan bahawa Allah akan menolong Umat Islam. Program berakhir dengan Qunut Nazilah yang diaminkan oleh para jemaah.
Satu tanggungjawab sudah diselesaikan.
Ya Allah, perkenankanlah permintaan kami…
0 comments:
Post a Comment