Bangau Oh Bangau, Mengapa.....

Thursday, December 11, 2008

Bangau Oh Bangau mengapa engkau kurus
Macamana aku tak kurus, rumput panjang sangat
Rumput Oh Rumput, Kenapa engkau panjang?

Macamana aku tak panjang, kerbau tak makan aku…
[Sambung sendirilah ye sampai habis…]

Hari-hari yang berlalu juga meninggalkan banyak suasana duka. Bermula dengan runtuhan tanah yang mengorbankan dan disusuli dengan hingar bingar tuduh-menuduh antara satu sama lain. Ada yang mengatakan tidak mahu bertanggungjawab dan ada pihak yang mengatakan ini bukan dibawah bidang kuasa mereka. Bahagian ini salah menyalahi dan ada yang terus menunding jari.

Salah siapa dan siapa yang bertanggungjawab.

Maka cerita Bangau Oh bangau yang atas tadi akan terus berkumandang. Kalau budak sekolah memang seronok nyanyi lagu ni. Tapi yang sedihnya dalam waktu yang sama tangisan tidak pernah suram. Wajar atau tidak pada waktu ini saling menyalahi? Ada yang mahu bertindak dengan pengadilan mahkamah dan lebih teruk dengan kata-kata yang kesat.

Tetapi sebenarnya, dalam beberapa bulan nanti derita mereka akan tidak kedengaran lagi. Yang akan didengar dan diperhatikan malah juga direbutkan adalah jualan hartanah di pinggir bukit akan terus rancak.

Percayalah!

Kan orang kita mudah lupa!

Tapi sebenarnya siapa yang untung?

Cuba teka?

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Foam by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP