MUALLAF Menyinggung Umat Islam?

Tuesday, December 09, 2008

“MEMANG patut tak lepas di Malaysia,” komen spontan sebaik kami selesai menonton filem Muallaf di The Picturehouse, The Cathay singapura semasa hari pertama tayangan pada 29 November lalu”

Dipetik dari Sisipan Pancaindera, Ahad 7 Disember 2008, ms 22 Hiburan. Oleh Kamil Maslih dan Arif Nizam Abdullah (yang menonton Muallaf di Singapura baru-baru ini)


Antara adegan yang terdapat dalam Muallaf;
  1. Rohana mempunyai hobi misteri apabila gemar menyebut nombor tertentu yang dibaca daripada Kitab Injil dan Tao Te Ching selain al-Quran.
  2. Ayah Rohana dan Rohani tidak rasa berdosa minum arak namun dalam waktu yang sama enggan bersalaman dengan bukan Islam yang baru memegang anjing.
  3. Rohani dan Rohana membaca terjemahan dalam bahasa Inggeris surah Al-Baqarah untuk gadis bukan Islam yang sedang berada dalam keadaan koma di hospital.
  4. Brian semasa kanak-kanak ditangkap bapanya ketika melakukan onanai smbil melihat majalah porno. Sebagai hukuman, dia dibawa ke luar rumah dan dibogelkan di tepi jalan oleh bapanya yang merupakan penganut Kristian Katolik.
  5. Brian mencium bra wanita dan meletakkan di atas kepala dan turut berkeinginan mencium seluar dalam wanita.
  6. Laungan azan yang berlatarkan muzik opera.
  7. Dialog antara Rohani dan Rohana mengenai masyarakat yang takut dengan apa yang mereka tidak tahu dan tidak faham dengan agama.
  8. Lagu Amazing Grace menjadi lagu latar dalam filem ini.
  9. Kemurnian hati pelayan wanita kelab malam bukan Islam yang sanggup menolong Rohani kesempitan Wang.
  10. Brother Anthony memohon doa di gereja ketika Rohana diculik oleh pengawal bapanya.

Komen Saya

Saya terkejut dengan pandangan yang dikemukan dalam Sisipan pancaindera ini. Penulis sisipan berani mengutarakan pandangan demi Islam. Munkin lebih elok jika diselitkan dengan bukti Nas yang menunjukkan bahawa Islam itu adalah agama di sisi Allah. Munkin sepatutnya wartawan hiburan perlu didedahkan bagaimana untuk menentukan Nas.


Bila melihat seorang perempuan yang berkepala botak di dada akhbar (Rujuk ms 22 Hiburan), yang sememangnya luar biasa dan pelik bagi seorang wanita timur (yang munkin juga “sound stupid” jika berbahasa melayu) jika melakukan perbuatan demikian.

Apabila membaca baris demi baris hingga noktah akhir, dapat dirumuskan dengan beberapa persoalan;

  • Jika filem ini ada unsur menyinggung, bagi saya penulis sisipan ini WAJIB memanjangkan persoalan ini kepada badan berwajib seperti Jawantankuasa Fatwa Kebangsaan. Ini untuk mengelakkan perkara lebih buruk yang boleh mengliberalkan pandangan umat Islam. Cuba bayangkan jika cerita mudah diperolehi di pasaran mahupun yang mengupload ke internet, kesannya sangat besar.

  • Jika Pengarah filem ini secara benar melakukan kontroversi dalam pembikinan dan penayangan filem ini, tidak adakah satu garis panduan yang dapat menghukum sekiranya dia didapati menyinggung orang Islam? Ingat, cerita ini menjalani penggambaran di Bandaraya Ipoh. Sudah pasti dalam negara kita.

  • Kenapa filem kontroversi yang tersadai (seperti yang dicatatkan; dalam bahasa halusnya tidak dululuskan tayangan di Malaysia) di Lembaga Penafisan Filem (LPF) dapat ditayangkan di luar negara. Adakah LPF tidak ada hak untuk menyekat?

  • Kenapa perlu gunakan pendekatan “mencium bra”? Munkin masyarakat kita taboo dalam hal ini, tapi saya sangat percaya masyarakat Kristian pun tidak setuju jika perlakuan ini ditunjukkan terutama bagi menggambarkan sesuatu gejala. Saya mempunyai ramai kawan kristian, diaorang pun tak suka benda yang boleh merosakkan minda!

  • Kenapa masih ada yang menyamakan agama? Sekiranya sememangnya menyinggung dengan menyamakan agama, ini cukup tidak bermaruah yang dilakukan oleh orang kita sendiri.

  • Apa itu Islam Liberal?
    Secara umumnya idea dan kelompok ini telah didokong dikalangan golongan tinggi dan mereka ini sedang merancang untuk membawa misi baru pemahaman agama yang sebenarnya berteraskan idea dan usaha orientalis barat. Idea dan kefahaman yang karut ini tidak hanya menyentuh aspek syariah dan akhlak malah tidak kurang juga ia melibatkan pertikaian kredibiliti Aqidah Islam yang telah pun disepakati ulama. [Nota simpanan]

  • Kenapa Islam liberal (sekiranya tepat) menjadi elemen penting kepada Pengarah Filem ini? Tidak ada unsur lainkah?

  • Jika agama itu plural dan berbagainya sama, maka apa hukum syahadahnya?

Kesimpulan


Banyak perkara lain yang dapat dilakukan untuk berkarya dan memanifestasikan pandangan dan juga bakat. Tetapi perlu diingat, Islam bukan agama yang boleh dipermainkan. Islam itu tinggi, dan tidak ada yang lebih tinggi melainkannya.

Akhir kalam, Teringat saya dengan satu pesanan “Jangan Korbankan Islam, tapi Berkorbanlah untuk Islam”


Untuk pembaca, apa pandangan anda?

Klik untuk baca penuh;

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1207&pub=utusan_malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_37.htm&arc=hive

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Foam by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP