..:: Satu Penantian ::..
Monday, September 21, 2009
Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang dijangkakan pada 0915. Satu penantian yang sangat memenatkan. Penantian kepada Connecting Flight bukan perkara baru. Sudah biasa dengan menunggu pesawat untuk menghubungkan dari satu bandar ke satu bandar.
Tahun ini tahun ketiga beraya bersama Isteri Tersayang. Perkara paling menarik adalah tahun ini juga merupakan tahun pertama kami sempat berpuasa dan berbuka bersama. Dulu saya cukup teruja bila berpeluang untuk balik ke kampung berjumpa isteri. Walau sudah 2 tahun berkahwin, namun kami tinggal berjauhan.
Alhamdulillah, awal tahun dulu isteri mengikut saya ke Bumi Kenyalang. Entah apa rizeki pun, kami belum pasti lagi. Kehidupan perlu diteruskan. Isteri berhenti kerja, berkorban kerjaya untuk mengikut saya ke Miri. Satu pengorbanan yang tidak akan tercatat berapa harganya. Yang memberi rizki tidak akan mati, Dia yang maha mengetahui. Syukur, kerjayanya Allah telah hubungkan, rizki dari limpahan rahmat di bumi Miri.
Penantian saya selama hampir 2 tahun memberikan rizeki kami untuk bersama. Alhamdulillah, penantian sebegitu adalah hikmah dariNya. Sabar dan Ikhlas sahaja yang ada di dalam diri. Penantian yang akan ada penghujungnya.
Ya Allah, hanya satu lagi penantian yang telah lama diimpikan, kabulkanlah... Amien...
0 comments:
Post a Comment