..:: MYY to PEN via KUL ::..

Saturday, September 19, 2009

Penumpang untuk penerbangan Malaysia Airlines ke Kuala Lumpur bersedia untuk berlepas. Kebanyakannya adalah perantau yang berkhidmat di Bumi Kenyalang. Suara anak kecil yang berteriak gembira, suara tangisan juga berkumandang dengan pujukan sabar seorang ibu.

Terbayang di mata wajah-wajah yang tersayang. Terdetik lirik alunan lagu balik kampung ketika muzik menusuk telinga di dalam perut pesawat. Alunan yang cukup kesyahduan kepada perantau.


MYY - KUL - PEN [Miri ke Penang melalui Kuala Lumpur]

Malam ini berangkat ke Kuala Lumpur menaiki MH7053, esok pagi akan meneruskan perjalan ke Pulau Pinang. Tiket ke Alor Star sudah habis, terpaksa bertukar haluan ke Penang. Limo Aport sudah di confirm untuk membawa kami ke Gurun, Kedah. Perjalan yang tidak sabar untuk diselesaikan. Harap-harap jambatan Pulau Pinang tidak menghampakan.

Alhamdulillah, tahun ini kami dapat bersama, menaiki pesawat bersama dan pulang bersama. Dulu, terlalu lama kami tinggal berjauhan. Seorang di utara dan seorang di Borneo. Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan kami yang berjauhan. Pernah kami hanya berjumpa di KLIA untuk pulang ke kampung untuk beraya. Jika dikenang, ia merupakan pengalaman yang menguatkan erti sebuah keluarga.

Untuk semua sahabat dan taulan, Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Semoga kemenangan yang di laungkan dengan Takbir dan Tahmid akan menyemarakkan jiwa untuk terus berada di landasan yang betul.

Ini Adalah Kebaikan Dari Tuhanku...

1 comments:

sonata anak kancil September 21, 2009 7:21 PM  

selamat hari raya - maaf zahir & batin - semoga berbahagia sentiasa di samping isteri & keluarga tersayang....

Post a Comment

  © Blogger template Foam by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP