..:: MERDEKAkah kita? ::..

Sunday, August 30, 2009

52 tahun dulu, ketika Tun Abdul Rahman sibuk ke hulu dan ke hilir untuk merencanakan Kemerdekaan. Pada masa itu Tun H.S Lee juga bersama dalam deligasi. Masa itu juga Tun Sambanthan antara penguat kepada kemerdekaan. Pada Masa itu, walau UMNO, PAS, MCA dan MIC bersama dalam menempuh dan mencorakkan Malaysia. Peliknya masa itu ia tidak pula dinamakan sebagai "Racisme".

Ini kerana, pada masa itu semuanya melakukan demi sebuah negara Merdeka. Beberapa tahun selepas itu Negara Melayu Kecil Singapura keluar dari Malaysia. Pada masa itu seorang lelaki bernama Lee Kuan Yew dengan mengesat air mata di kaca TV sedih dengan terpisahnya singapura dan Malaysia. Tangisan yang penuh makna walau merdeka mereka sudah terhidang.

52 tahun sudah berlalu, 1 Malaysia dicanangkan. Perbezaan kaum makin terserlah dan berkecamuk. Semalam isu "KUIL" yang hendak dipindahkan telah memenuhi dada akhbar dan siaran TV. Ada laporan mengatakan 50 orang terlibat dan di dalam akhbar arus perdana mengatakan 200 orang. Yang mana satu betul, saya kurang pasti. Ini kerana nombor yang dipaparkan sekarang sukar untuk dipercayai.

"...Kuil sebesar Putrajaya" ini adalah sedikit ambilan dari banner yang mereka bawa menuju ke Pejabat Menteri Besar Selangor. Isu Kepala Lembu juga dihangatkan dengan sentimen kegamaan dan perkauman. Begitu rendah pemikiran rakyat Malaysia tentang beragama dan kebebasan beragama. Jangan provokasi tersebut menyebabkan Islam dilebel sebagai penghasut. Islam tidak pernah menghalalkan kita menghina anutan agama lain. Bila berlaku kes-kes melibatkan lembu, teringat saya bila ahli Angkatan Muda PKR hantar lembu ke SPRM sewaktu dulu. Hantar lembu macam ni tak menghina ke? Nak tengok lembu tu, klik sini. [link]

Siaran 501 memaparkan, beberapa orang wakil rakyat Selangor berbincang dengan pihak Polis tentang perkara tersebut. Hebat, kenapa mahu juga berjumpa dengan Polis? Sekadar pertanyaan, semasa ramai-ramai yang bertakbir memenuhi jalan TAR untuk hapuskan ISA, semua tak dengar kata Polis. Tapi hari mahu pula berbincang dengan Polis. OOOOps.. Munkin mereka tak sampai hati nak cadangkan supaya yang membawa Kepala Lembu itu dimasukkan ke dalam ISA. Takut nanti orang kata jilat ludah sendiri.

Saya tidak berniat untuk mengatakan kepada sesiapa, tetapi jika tak kena pada pandangan. saya akan memberikan pandangan. Jika bercakap pasal politik, hanya menghabiskan air liur dan terlalu rugi membuang masa, tetapi berapa masa agaknya kita bercakap pasal Islam? Kita sudah terlalu membazirkan masa bercakap pasal politik. Yang pasti orang lain yang untung, yang terpinggir itulah bangsa kita. Tak kira lah sama ada arus perdana, Erdogan ataupun bukan Erdogan...

Saya melihat senarai YB yang berjumpa dengan pihak polis. Kaca TV menunjukkan YB Shah Alam dalam senarai teratas. Cuma yang Hairan bin Ajaib seorang YB yang pada suatu masa meminta dipulangkan arak yang dirampas pun ada. Dengan kata lain, Parti dialah yang mahu PAS ambil tindakan ke atas YB Dr. Hassan Ali apabila membuat kenyataan tentang arak! [link] Arak belum selesai, Kuil pulak tak terjaga. Betul ke YB nak jaga rakyat? Atau menonjolkan diri sebagai seorang penyangak? Teringat saya kata-kata YB Zul Kulim tentang keceluparan beberapa kerat YB dan pemimpin DAP...[link] YB Zul memang Merdeka sebab YB tahu mana yang haram, mana yang halal! [link] Dr Riduan Tee Abdullah pun tahu erti merdeka sebab beliau tahu untung nasib di Negara Merdeka!

9 hari telah berpuasa dan Ramadhan sudah hampir kepertengahan, Al-quran yang diturunkan telah menyemai toleransi dalam kehidupan bernegara dan berbangsa. Ajaran syumul yang kita anuti sejak berjanji di alam rahim sebelum melihat indahnya dunia ini. Yang pasti, ajaran ini mahukan Umat Islam menghormati setiap agama yang lain. Toleransi semenjak 52 tahun dahulu sememangnya terguna pakai dan telah membentuk keamanan dan kedamaian. Tidakkah kita terfikir hikmah yang Allah berikan?

Merdekakah kita bila hanya memikirkan perasaan orang lain, dalam waktu yang sama orang tidak memandang pengorbanan kita?

Merdekakah kita bila orang lain yang menentukan amalan ibadat agama kita?

Merdekakah kita bila mahu melihat orang lain hancur dengan tuduhan dari mulut kita?

Merdekakah kita bila tidak bersyukur dengan nikmat kurniaNya?

Merdekakah kita bila terus melenting apabila dicuit dengan kata nista?

Merdekakah kita bila tidak mengaku orang Islam itu saudara kita?

Untuk Malaysia, Selamat Hari Merdeka. Allahumma Irhamna Jamie'a.


[Tulisan ini tidak berkaitan dengan mana-mana fahaman politik. Hanya nukilan yang terbuku di hati bila memandang kepada umat kita yang telah hilang harga diri dan kemerdekaan. Sebarang kesulitan pada penyataan di atas amat dikesali]

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Foam by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP