..:: Antara RM50 dan Seringgit ::..

Sunday, June 28, 2009

Duit seringgit telah bertemu dengan lima puluh ringgit Dan bertanya:

"Oit, lama tak nampak, mana ko pergi?"
Lima puluh menjawab " Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola,
Naik STAR Cruise, GI KK naik AirAsia, lepak One Utama, konsert AF,
M'sian Idol.. Tempat2 cam tuh lah. He, ko camner lak?"

Duit singgit menjawab perlahan seraya menunduk,
"Hmm..biasa lah.. Balik-balik tempat yg sama…………'SURAU…., MASJID……., SURAU………"

BEZA RM50 DAN RM 1

Saya mendapat email di atas dari sahabat yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat MA di UKM. Bila sekali baca, ia hanya senyuman biasa. Sekadar beranggapan tentang hebatnya diciptakan sebagai RM50 atau diberikan kekayaan. Tetapi sebenarnya banyak lagi pentafsiran yang dapat dilihat. Cuba baca sekali lagi dan cuba fikir dengan lebih mendalam. Kenapa RM1 hanya tertunduk lesu?

Kekerapan kita ke Masjid akan dapat melihat perbezaan antara keduanya. Jarang dilihat RM50 diselitkan di dalam Tabung Masjid. Jarang juga yang merah diselitkan dan kalau ada pun, munkin jarang-jarang. Tetapi yang selalu dilihat warnanya biru juga, tetapi nilainya berbeza. Yang selalu dimasukkan adalah yang RM1. Betul tak?

Not yang besar hanya untuk yang hebat dan besar serta menampakkan "Prosperity". Jika dilihat hanya benda yang murah dan tidak ber'branded', sudah pasti sukar untuk membuat penampilan. Adat manusia, yang hebat itulah dipandang tetapi kita lupa bahawa yang hebat itu sebenarnya beban. Mintak jauh dari Allah dengan bebanan yang tidak tertanggung nanti.

DERMA MASJID

Penulis beberapa kali terlibat dalam projek mengumpul dana bagi pembinaan sesuatu Masjid dan sebagainya. Tetapi penulis naik malu dan sangat segan apabila berjumpa dengan saudara seIslam yang sangat berkira untuk mewakafkan sedikit hasrat untuk ke jalan Allah. Tidak dinafikan ramai yang bermurah hati, namun terasa sedikit sedih apabila alasan yang diberikan dari sesetengah yang hanya menampakkan kekurangan kita dalam penghayatan beragama.

Sebagai contoh, orang sanggup berkongsi dengan beberapa orang untuk mencukupkan RM50 bagi satu kaki persegi Wakaf Masjid. Kita memahami munkin mereka masih ada tangungjawab yang perlu diselasaikan. Namun, yang disedihkan apabila ada yang hanya sanggup memberikan beberapa keping RM1 untuk mencukupkan satu kaki persegi tadi. Cuba bayangkan dari pendapatan yang diperolehi dari setiap bulan, RM50 itu bukan terlalu banyak, dan bukan hari-hari perlu diberikan. Cuba kita bermuhasabah dalam perbelanjaan harian, antara RM50 dan RM1, dimana mejoriti ia dibelanjakan.

Benarlah kata-kata RM1,

"Hmm..biasa lah.. Balik-balik tempat yg sama…………'SURAU…., MASJID……., SURAU………"

Penulis hanya berpendapat dan menulis berdasarkan pengalaman dan tidak maksudkan sesiapa. Penulis tidak nafikan ramai yang membantu dalam membelanjakan harta ke jalan Allah. Tetapi penulis sedikit terkilan dengan jawapan-jawapan yang tidak sepatutnya diberikan jika melibatkan agama.

1 comments:

Suhaimi al-Bahanjiey June 29, 2009 1:56 PM  

setuju sangat dengan isu ni,cuma nilai RM1 tu lebih besar dari mana2 not asalkan diniatkan kerana Allah dan RM50 tidak bernilai pun untuk kebahagian di akhirat.wassalam

Post a Comment

  © Blogger template Foam by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP