..:: Antara Sibuk ::..

Thursday, May 21, 2009

Pergerakan harian terlalu memenatkan. Tugasan wajib yang sememangnya tertunggu untuk dihisab dihadapan Allah nanti. Kadang-kadang hanya ada tidak sampai satu jam untuk bergerak ke destinasi program yang berikutnya.

Sibuk?

Sebenarnya, dalam kesibukan tersebut terbukti sebenarnya semuanya dipermudahkan.

Sampai dirumah biasanya sekitar 5.40 petang, selepas mengambil isteri dari tempat bekerja yang hanya tidak sampai 1 km dari sekolah. Sampai sahaja, terus berkemas untuk ke destinasi berikunya, ada saudara seIslam yang menunggu untuk mendengar apa yang perlu untuk akhirat mereka. Kadang-kadang sampai ke Masjid diwaktu maghrib ketika Imam hampir selesai menunaikan solat maghrib. Ini berlaku apabila jadual tazkirah di Masjid Lutong. Jauhnya sekitar 17 km dari Kg luak. Tempat yang saya menyewa sejak 4 tahun yang lepas. Jauh sebenarnya, tetapi itulah agenda mingguan yang telah dilalui semenjak 3 tahun yang lepas.

Letih?

Ikhlasnya, ya. Memang letih dan kebiasaannya akan cuba melelapkan mata sebaik sahaja sampai ke rumah sekitar jam 9 malam. Tetapi sebenarnya, tidak sempat lagi untuk terus terlelap, kebiasaannya ada urusan yang minta disegerakan. Kadang-kadang ada permintaan dari sahabat untuk membuat sesuatu. Contohnya; artikel dari sudut agama, kadang-kadang bagi menyiapakan teks ucapan, ada juga untuk teks Forum dan ada juga yang berkaitan keguruan.

Tension?

Ikhlasnya, Tidak. Saya lebih tension jika tiada tugas yang hendak dilakukan. Otak seperti beku dan menunggu untuk digelegakkan. Menunggu ketika untuk dirancakkan. Yang lebih tension bila datang penyakit "Blurrrr...". Ini jika terlebih tidur. Pasti Blur akan menyelinap kekusutan minda.

Cukup Tidur?

Ikhlasnya, Tidak. Tidur selewat 1 atau 2 pagi dan bangun seawal 4.45 pagi. Subuh kat Miri ni awal, jadi kena bangun awal. Semua waktu sembahyang pun awal, nak bezakan dengan semenanjung.

Dalam bab ini saya masukkan kata pengasas Genting. Bukan nak ikut judinya, tetapi nak ikut implimentasinya. Lim Goh Tong kata dalam bukunya "My Story"; "Tidur Lewat, Bangun Awal". Ini orang Cina punya pemikiran, tapi sebenarnya tak salah kita ambik yang jernih.

Tapi, kalau kita ingat apa yang nabi kata. Pasti akan mendekatkan diri kepada pencipta. Kan Nabi pernah kata dalam sabda Baginda;

Dari Abi Bakrah dia mendengar dari bapanya seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w; "Wahai Rasulullah siapakah manusia yang paling baik?". Jawab Baginda s.a.w; "Orang yang panjang umurnya dan banyak amalannya". Dia bertanya lagi; "siapakah manusia yang paling jahat?". "Orang yang panjang umurnya dan jahat pula amalannya". Riwayat Tirmizi.

Kata-kata motivasi untuk diri sebenarnya, nak jadi baik...

Bila tidur lewat, ada banyak amanah yang dapat dilaksanakan, sama ada yang hal guru, mahupun yang "Free Lance". Dan bangun awal pulak dapat mendisiplinkan diri dalam bekerja. Seawal 6.20 pagi saya sudah di sekolah. Dan seawal 6.30 pagi dapat bersama pelajar untuk Tasmik al-Quran. Budak-budak ni, bila tiap-tiap hari baca Quran, akhlak mereka tak susah nak kawal. Mudah nak bagi nasihat, dan yang sangat penting saya dapat membaca Al-Quran setiap hari!

Ada hasil?

Banyak hasil yang Allah bagi. Banyak perkara yang Allah permudahkan. Saya selalu ingat pesan Mak; "Kita buat baik, Orang Akan Buat Baik Dengan Kita". Itu pesan my Mum sejak dulu lagi. Ya, sangat tepat dan benar, Alhamdulillah sangat banyak Allah berikan kepada insan kerdil ini. Yang paling saya happy, saya dapat bawa isteri ke sini.

Kenapa Dengan Isteri?

Saya berjauhan dengan isteri 1 tahun setengah, sangat lama. Emm... nanti saya cerita bab berjauhan dengan Isteri...

Untuk Isteri, kerja dengan amanah ya. Bukan semua orang Allah berikan peluang yang berharga. Gunakan dengan sebaiknya.

Kesimpulan?

Nanti cerita lagi, sebenarnya Sibuk itu tak salah. Yang jangan dibuat, kita hanya menyibuk...

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Foam by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP