..:: Antara Sibuk ::..

Thursday, May 21, 2009

Pergerakan harian terlalu memenatkan. Tugasan wajib yang sememangnya tertunggu untuk dihisab dihadapan Allah nanti. Kadang-kadang hanya ada tidak sampai satu jam untuk bergerak ke destinasi program yang berikutnya.

Sibuk?

Sebenarnya, dalam kesibukan tersebut terbukti sebenarnya semuanya dipermudahkan.

Sampai dirumah biasanya sekitar 5.40 petang, selepas mengambil isteri dari tempat bekerja yang hanya tidak sampai 1 km dari sekolah. Sampai sahaja, terus berkemas untuk ke destinasi berikunya, ada saudara seIslam yang menunggu untuk mendengar apa yang perlu untuk akhirat mereka. Kadang-kadang sampai ke Masjid diwaktu maghrib ketika Imam hampir selesai menunaikan solat maghrib. Ini berlaku apabila jadual tazkirah di Masjid Lutong. Jauhnya sekitar 17 km dari Kg luak. Tempat yang saya menyewa sejak 4 tahun yang lepas. Jauh sebenarnya, tetapi itulah agenda mingguan yang telah dilalui semenjak 3 tahun yang lepas.

Letih?

Ikhlasnya, ya. Memang letih dan kebiasaannya akan cuba melelapkan mata sebaik sahaja sampai ke rumah sekitar jam 9 malam. Tetapi sebenarnya, tidak sempat lagi untuk terus terlelap, kebiasaannya ada urusan yang minta disegerakan. Kadang-kadang ada permintaan dari sahabat untuk membuat sesuatu. Contohnya; artikel dari sudut agama, kadang-kadang bagi menyiapakan teks ucapan, ada juga untuk teks Forum dan ada juga yang berkaitan keguruan.

Tension?

Ikhlasnya, Tidak. Saya lebih tension jika tiada tugas yang hendak dilakukan. Otak seperti beku dan menunggu untuk digelegakkan. Menunggu ketika untuk dirancakkan. Yang lebih tension bila datang penyakit "Blurrrr...". Ini jika terlebih tidur. Pasti Blur akan menyelinap kekusutan minda.

Cukup Tidur?

Ikhlasnya, Tidak. Tidur selewat 1 atau 2 pagi dan bangun seawal 4.45 pagi. Subuh kat Miri ni awal, jadi kena bangun awal. Semua waktu sembahyang pun awal, nak bezakan dengan semenanjung.

Dalam bab ini saya masukkan kata pengasas Genting. Bukan nak ikut judinya, tetapi nak ikut implimentasinya. Lim Goh Tong kata dalam bukunya "My Story"; "Tidur Lewat, Bangun Awal". Ini orang Cina punya pemikiran, tapi sebenarnya tak salah kita ambik yang jernih.

Tapi, kalau kita ingat apa yang nabi kata. Pasti akan mendekatkan diri kepada pencipta. Kan Nabi pernah kata dalam sabda Baginda;

Dari Abi Bakrah dia mendengar dari bapanya seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w; "Wahai Rasulullah siapakah manusia yang paling baik?". Jawab Baginda s.a.w; "Orang yang panjang umurnya dan banyak amalannya". Dia bertanya lagi; "siapakah manusia yang paling jahat?". "Orang yang panjang umurnya dan jahat pula amalannya". Riwayat Tirmizi.

Kata-kata motivasi untuk diri sebenarnya, nak jadi baik...

Bila tidur lewat, ada banyak amanah yang dapat dilaksanakan, sama ada yang hal guru, mahupun yang "Free Lance". Dan bangun awal pulak dapat mendisiplinkan diri dalam bekerja. Seawal 6.20 pagi saya sudah di sekolah. Dan seawal 6.30 pagi dapat bersama pelajar untuk Tasmik al-Quran. Budak-budak ni, bila tiap-tiap hari baca Quran, akhlak mereka tak susah nak kawal. Mudah nak bagi nasihat, dan yang sangat penting saya dapat membaca Al-Quran setiap hari!

Ada hasil?

Banyak hasil yang Allah bagi. Banyak perkara yang Allah permudahkan. Saya selalu ingat pesan Mak; "Kita buat baik, Orang Akan Buat Baik Dengan Kita". Itu pesan my Mum sejak dulu lagi. Ya, sangat tepat dan benar, Alhamdulillah sangat banyak Allah berikan kepada insan kerdil ini. Yang paling saya happy, saya dapat bawa isteri ke sini.

Kenapa Dengan Isteri?

Saya berjauhan dengan isteri 1 tahun setengah, sangat lama. Emm... nanti saya cerita bab berjauhan dengan Isteri...

Untuk Isteri, kerja dengan amanah ya. Bukan semua orang Allah berikan peluang yang berharga. Gunakan dengan sebaiknya.

Kesimpulan?

Nanti cerita lagi, sebenarnya Sibuk itu tak salah. Yang jangan dibuat, kita hanya menyibuk...

Read more...

..:: Saya Seorang Guru ::..

Saturday, May 16, 2009


Hari ni banyak dapat SMS, berbagai macam gaya bahasa dan intonasi. Walau berbeza sekali, yang sama adalah di penghujung ayat ada tercatat "Selamat Hari Guru".

"Dulu 'dia' pegang rotan, kau kata 'dia' garang. Bila 'dia' lambat masuk kelas kau kata 'dia' malas. Bila 'dia' marah kau kata 'dia' melampau. Kini, sebenarnya KAU adalah DIA!".

Ini adalah salah satu sms yang bertahun sudah diterima. hampir saban tahun sms ini akan diterima. Dan setiap kali diterima, ia kan membuatkan tersenyum sendirian. Namun begitu ia tetap menerbitkan rasa berfikir dan bermuhasabah...

'DIA' itu sebenarnya bukan 'KAU' bagi saya.

Sungguh tidak bersyukur jika kita pernah mengatakan 'DIA' itu sedemikian. Guru yang mengajarkan di dalam kelas, berpanas di bawah mentari untuk latihan sukan, melaungkan ayat-ayat nasihat jika microfon tidak berfungsi dan mebuatkan hilai tawa di dalam kelas.

Sungguh tidak adil dengan perkataan sedemikian.
Jika sekarang, 'KAU' adalah 'DIA' ini bermakna sewaktu dulu ilmu yang ditimba tidak BARAKAH, amalan yang diterima dari 'DIA' tidak pernah menyemai hati, dan yang paling hina, adakah kata-kata oleh 'KAU' tersebut tidak pernah dimaafkan oleh 'DIA'. Bukankah barakah sebagai pemanis hati?

Dengan kata lain, inilah penyebab orang yang bergelar Guru malu dengan kalimah tersebut!


Kepada semua yang pernah di ajar oleh guru,
gunakan kesempatan untuk mengenang jasa guru.

Kepada semua Guru,
jadilah guru biasa TETAPI usahanya LUAR BIASA!


SELAMAT HARI UNTUK CIKGU!

Read more...

..:: MTQ Peringkat Negeri dan Travelog Di Sibu ::..

Friday, May 01, 2009


Perjalanan dari Miri ke Sibu menggunakan Penerbangan MAS MH3635 dan Alhamdulillah telah selamat mendarat walaupun kami terpaksa menunggu hampir 15 minit sebelum keluar dari pesawat ATR yang memuatkan 62 anak kapal. Ini kerana hujan lebat yang turun dan dengan menggunakan pesawat Turbo Props, bridge ke terminal tidak dapat digunakan. Ia hanya digunakan untuk penerbangan yang berkapasiti besar.


Para hakim telah menginap di The paramount Hotel yang bersebelahan dengan Taman Rekreasi Sibu dan berada tidak jauh dari Pusat bandar. Walaupun sudah beberapa kali menjejaki di bandar ini, namun ianya tetap mengembirakan tak kala berjumpa dengan para hakim yang bijaksana dari bahagian yang lain. Tak percaya, tengok gambar tu. Hensem dan bergaya semuanya...

Ini adalah salah satu Masjid yang tersergam indah di bandar Sibu. Saya difahamkan ini adalah Masjid Pertama yang bertarikh Bulan Rejab 1355 Hijrah tarikh dibina. Cuba lihat di depan mihrab Masjid, terdapat tulisan yang mencatatkan Tarikh tersebut.

Benarlah kata-kata baginda saw ketika Raja Parsi mengoyakkan Surat Diplomatik Baginda tentang penerimaan Islam. Raja Parsi yang marah dengan ajakan Baginda kepada Islam telah menghina Baginda dan mencela Baginda. Nabi saw pernah berkata "Agama ini akan tersebar segenap tempat yang boleh ditunggangi kuda dan unta". Hebat, tahun 1355 menandakan lebih seratus tahun Islam bertapak di sini. Cuma harapan saya untuk melihat syiar ini terus berkembang dan dapat menutup da'yah Nasraniyyah di Bumi Borneo...


Bersama sahabat-sahabat di dalam dewan dalam majlis Penutupan Rasmi. lama tidak berjumpa dengan Sheikh Fakhri yang berbaju Batek Merah. Ustaz Hamim, guru Tarannum Miri juga tidak ketinggalan bersama. Terima kasih atas ilmu Harakat yang telah diajar semasa di Bilik Penginapan.





Bersama puteri-puteri kebanggaan Bonda Lily Hj Morni yang telah mendapat tempat kedua bagi Kategori Nasyid Sekolah Menengah. Kemenangan yang akan menutup mulut sebarang kontroversi di peringkat awal kemenangan di Bahagian Miri. Well Done!!! Hadiah untuk bonda yang bakal bersara...


















Bersama dengan sahabat-sahabat ketika bersiar-siar di sekitar Bandar Sibu, dari kiri Ustaz Muslim, Ustaz Fauzi Al-barami, Sheikh Abang Median Al-marudi, Sheikh Nik Syazmizi Al-Koolej dan penulis sendiri.













Read more...

  © Blogger template Foam by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP