..:: Apa Sebenarnya Di Hati ::..

Saturday, March 28, 2009

Kawan,
Mengapa ada bimbang jika seseorang dilebihkan?
Mengapa perlu takut jika diri tidak diperhatikan?
Mengapa terasa terasing jika diri tidak ditanyakan?

Kawan,

Tidak perlu takut jika berada di bawah, malah teruskan dengan tawadduk jika kita dipandang rendah. Jangan terasa direndahkan jika usaha tidak diperhatikan, ingatlah sesuatu urusan bukan untuk diperhatikan, tetapi untuk menjadi bukti bagi yang Maha Pemerhati. Usah bimbang jika kita terasa diasingkan.

Bukannkah kita perlu muhasabah jika kita seolah-olah diasingkan dari yang lain?

Apabila perasaan bimbang jika diri tidak dihargai, sang hitam akan datang menemani. Bukan untuk menolong ke jalan yang diredhai, tetapi sayang akan dibenci ilahi.

Kawan, kalau kita tak mampu menjadi haruan, jadilah sepat...
Tetapi pastikan sepat yang terlincah di dalam paya...

Kawan, jika kita tak dapat menjadi meranti di puncak...
jadilah aur ditebing, takkan runtuh dek air yang menghempas tebing...

Kawan, bukan semua boleh menjadi ketua...
lazimnya mengikut sahaja, pasti ada sesuatu untuk semua...
kerana ada tugas yang berat dan ada tugas yang ringan, antaranya dibuat mana yang lebih utama...

Kawan, pun kecilnya kita, jangan sekali lupa, Allah catatkan sesuatu yang bermakna untuk kita. Bukan miskin tidak berguna, malah bukan kaya yang didewa, tetapi kita perlu tahu siapa kita!

"Siapa yang mengenal dirinya, dia akan mengenal tuhanNya"

Bukankan kita tahu kata-kata ini? kita pernah belajar untuk memahaminya...

Kawan,

Mengusai diri sendiri diibaratkan seperti peperangan, jika tidak mengenal musuh yang sebenar, jangan diharap ia dikalahkan. Jika di dalam diri tidak berjaya diperhalusi dengan baik, sudah pasti ia akan mengusai diri dengan perkara negatif. Perkara nagatif sudah pasti disulami dengan cakaran syaitan yang mengidamkan kawan untuk ke neraka.

Kawan,

Ingatlah, kita sebenarnya kawan...

Read more...

Ceramah Syukur & Terima Kasih

Thursday, March 26, 2009

Sekitar Program bersama Anak Yatim di Kompleks Hamidah, Miri. Program ini adalah anjuran Petronas Gas Berhad bersempena dengan 25 Tahun mereka.
Klik Pada Gambar Untuk Lihat Album

Read more...

..:: SEKITAR SAMBUTAN MAULIDUL RASUL ::..

Monday, March 09, 2009

Selawat dan Salam kepada baginda saw, yang diutuskan oleh Allah swt ke seluruh alam untuk membawa rahmat. Sambutan yang diadakan sebagai acara tahunan di Miri telah berjaya mengumpul banyak penyertaan pada tahun ini.

Walaupun dalam suasana hujan, namun para hadirin tidak berganjak dan terus menunggu hujan berhenti. Perarakan diteruskan dan Alhamdulillah Program yang dianjurkan oleh Pejabat Residen Bahagian Miri ini berjaya menghimpunkan umat Islam di Miri. Sebenarnya inilah masa yang sangat sesuai untuk mengumpulkan umat Islam, dan insyaAllah mereka dapat mengingati tentang Rasulullah saw.

Gambar di bawah adalah sekitar sambutan tersebut. Ini gambar sekolah kami la...



Walaupun hujan, syiar mesti ditonjolkan...

Sepanduk yang cukup bermakna bagi Designer Amatur...

Inilah generasi khaira Ummah. Cantik tak uniform Tasmik kami?

Sebahagian dari Muslimah pilihan dengan sedondon mereka...

Nangga apa kitak ya?

Read more...

..:: HASIL KREATIF DESIGNER AMATUR ::..

Friday, March 06, 2009


Seminggu yang lepas saya dihubungi oleh Staf Petronas. Ini berkaitan tentang persediaan mereka untuk menyertai perarakan Maulidul Rasul di bahagian Miri. Saya bersedia untuk berjumpa dan berbincang, tetapi sangat terkejut apabila diminta untuk menyediakan banner mereka.

Saya bukanlah seorang yang Pro dalam hal design, tetapi sekadar sekelumit ilmu tentang fotoshop dan banyak design yang saya buat untuk sekolah dan masjid surau. Itupun sebab ada sifu Pratchai kat sini. Oleh kerana kesuntukan masa, dan kebetulan sekolah saya juga akan menyertai perarakan, jadi saya bersetuju. sebab itu banner sekolah dan Petronas sama warna backgroudnya, cuma yang membezakan adalah gambar bagi latar belakang.

Sebut pasal Petronas, sudah pasti ada lambang Twin Tower dan juga offshorenya. Gambar platform tu yang saya sempat capture masa dijemput untuk ceramah di D35 Offshore. Merasalah naik Helicopter masa tu. Rasa juga kebanggaan sebagai seorang pendidik yang diberikan peluang untuk terbang ke telaga minyak.Terima kasih jugak untuk warga SK Sayed Othman atas usaha menghias. Sebenarnya, Petronas dah banyak bantu kami dalam menjalankan program di sekolah. Seperti Kem Bestari Solat, Solat Hajat UPSR dan macam-macam lagi. sampailah masa kami menolong mereka. We give and take kata omputeh...

Pengalaman ini amat bermakna, buat banner untuk Company yang sangat besar! tak bangga ke jadi seorang Ustaz? Bukan nak riak, tapi sekadar terfikir bahawa Ustaz perlu terbuka untuk menguasai teknologi. Cuma yang penting, pengalaman mesti ditimba. Jangan berkira, insyaAllah ada khair nya. Yang utama Azam untuk Fotoshop; Mesti masterkan skill!

Read more...

..:: BENARKAH KATA-KATA INI? ::..

Sunday, March 01, 2009


"Orang yang berilmu ibarat tin yang penuh dengan isian, jika digoncang sudah pasti tidak akan mengeluarkan bunyi. Manakala perumpamaan bagi orang yang kurang berilmu seperti Tin yang tidak penuh isiannya tetapi bila digoncang sudah pasti akan bising bunyinya".

Bagaimana pandagan kita? Adakah ini akan menjadi galang ganti kepada penghakiman seseorang? Adakah orang yang tinggi ilmunya benar-benar akan bersifat seperti Tin yang penuh?

Soalan yang sukar untuk ditafsirkan dan dijawab dengan penuh adab, keadilan dan keilmuan. Rata-rata bila menyebut tentang ilmu dan keilmuan, suasana akan menjadi pasif. Tidak ada orang yang berilmu akan mengaku dirinya berilmu. Malah tidak ada satu sejarah yang mengatakan ada orang yang berilmu yang mengaku dirinya berilmu. Malah Nabi Sulaiman sendiri dengan ilmu yang dianugerahkan Allah kepadanya pun tidak mengaku bahawa ilmu itu adalah haknya. Dan dijawab dengan mengatakan "Ini adalah kebaikan dari Tuhan ku".

Jadi bagaimana memungkinkan persoalan ilmu orang yang berilmu atau alim? Menyampaikan ilmu adalah salah satu beban kepada seseorang. Sebagai contoh persoalan, berapakah ayat yang telah disampaikan kepada pendengar? Sudahkah para ilmuan menyampaikan walaupun satu ayat? Sukar sebenarnya memperkatakan hal ini dan seseolah akan menyentuh pribadi dan ketinggian ilmu seseorang.

Cuma malang dirasakan apabila ada pihak yang kadang-kadang meletakkan piawaian ilmu kepada seseorang. Saya pernah berada di dalam satu majlis ilmu sebagai seorang Pengacara Majlis tersebut, yang dihadiri bekas seorang Mufti [ketika itu beliau seorang Mufti di sebuah negeri di Utara Semenanjung] yang saya rasa perlu membuang sedikit ego dalam menyatakan pendapat. Saya rasakan bukan hanya saya yang berpendapat demikian. Ini kerana rata-rata jemaah datang menyatakan ketidak puas hatian mereka terhadapa beberapa ungkapan kepada orang lain dan juga agama lain. Ini kerana Masjid tersebut adalah bersebelahan dengan sebuah Gereja Anglican.

Saya masih terngiang apabila beliau dengan piawaian ilmunya meletakkan orang yang bertaraf Ustaz hanya layak diberikan Kelas F. Seperti Kelas yang terakhir yang diberikan untuk seorang kontraktor binaan. Cuma munkin dia lupa bahawa Kelas F juga ada ilmu dan harga diri, tidak sepertinya yang kurang harga diri apabila memburukkan Ustaz-Ustaz TV yang dianggap sebagai pembohong! Saya mengatakan demikian bukan sebab saya juga seorang ustaz, tetapi tidak elok rasanya dikhalayak mengatakan demikian. Bagaimana dengan Para Ambiya' dan Sahabat? Adakah perlu ditanya berapa Shahadah yang mereka dapat? Bukan setakat itu sahaja, beliau dengan nada biasanya dimana-mana menghentam Tok-Tok guru pondok dengan Sifat 20. Bukan setakat itu, malah diTAJSIMkan lagi tangan Allah! Setakat membid'ahkan orang tu biasalah dan menjadi amalan bekas Sohibus Samahah tersebut...

Soalan saya, adakah ini juga dinamakan sebagai seseorang yang mempunyai ilmu yang tinggi? adakah perlu diwujudkan satu piawaian yang membenarkan ilmu disampaikan? Apa komen anda?

Bersambung…

Read more...

  © Blogger template Foam by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP