Mengapa Perlu Berkira?

Friday, February 20, 2009


Soalan yang biasa bermain di fikiran. Tak kala kerja perlu dibereskan. Tak kira sama ada kerja yang menjadi wajib atau rutin seharian. Kenapa perlu berkira sangat?

Biasanya orang akan berkata, kalau kita tidak berkira, nanti suatu masa kita akan selalu dipergunakan! Asyik kita sahaja yag menjadi mangsa. Kita sahaja yang melakukan sesuatu kerja. Betul ke?

Sebenarnya manusia sangat berkira dalam urusan seharian. Buka setakat kewajipan yang mesti dilunaskan tetapi juga urusan agama juga kita perlu setlekan! Manusia jarang berfikir begitu banyak yang telah dikurniakan kepada hambaNya. Begitu banyak...

Jika bercakap tentang urusan kerja contohnya, orang akan bertanya, amanah sangatkah kita sehingga boleh bertanya sedemikian kepada orang lain? Malah yang lebih teruk soalan kita itu akan dijadikan sebagai bahan untuk memulakan pergaduhan. Sayang sekali, kenapa tidak dilihat kepada positifnya soalan, tetapi hanya melihat kepada negatifnya persoalan!

Jawapan kita mestilah tepat! Kita jawab kita nak mencari Redha Allah! Kita berani menegur kerana ia perlu ditegur. Bukan kah seorang sahabat adalah yang berani mengatakan yang HAK?Kita sedar tiada seorang manusia melainkan para Rasul dan pesuruhnya dapat diketegorikan sebagai Amanah dan Ma'sum dalam urusan sehariannya!

Hatta sahabat sekali tidak mampu menyatakan seikhlas munkin dengan khusyuk dalam ibadat mereka. Tetapi kenapa kita selalu mempersoalkan akan amanah dan keikhlasan?

Jika sudah urusan amanah dan agama pun kita berkira, bagaimana keihklasan mahu dijana?

BERKIRA DALAM URUSAN KERJA

Berkira dalam urusan kerja banyak kreterianya, dari segi masa dan segalanya hatta sehingga bilangan minit yang dibayar untuk kita. Begitu details jika kita mempercaturkan segalanya. Tetapi percaturan perlu supaya tidak sampai "Check Mate" sebelum sempat ditanya nanti.

Kebanyakan kita ambil mudah tentang waktu datang kerja, ambil mudah waktu pulangnya kerja, ambik mudah waktu yang nama kita tercatat untuk bertugas, ambil mudah waktu terimanya gaji dan sayang sekali kita terlalu mudah menidakkan amanah yang dipikul!

Sebab itu ramai yang tak kisah datang lewat ke tempat kerja, tidak kisah tentang masa yang dihabiskan diluar kawasab bekerja, malang lagi sentiasa salahkan anak kerana terlewat ke tempat kerja. Pernah ke kita minta maaf kepada anak tentang tuduhan yang dilemparkan kepada anak tersebut?

Berbaloikah dengan wang ringgit yang diterima, tetapi dalam waktu yang sama kita terlalu berkira dalam amanah yang diberikan?

BERKIRA DALAM URUSAN AGAMA

Dalam urusan agama, akan ramai yang mengaku hero. Saya masih teringat sewaktu di menara gading. Ramai yang bercakap tentang Daulah dan Perundangan Islam. Sangat hebat bila bercakap diatas pentas sewaktu relay untuk pemilihan MPP. Lebih hebat lagi apabila mengikut lagak dan gaya sebutan idola mereka di pentas siasah. Tidak kira yang arus perdana sehingga lah sampai ke arus yang bertentangan. Jiwa mereka hampir sama!

Jika saya masih ingat, dan sudah pasti saya tidak lupa waktu itu. Saya berpendapat mereka sepatutnya yang mengisi suasana suram masjid dan surau sekarang ini. Tak kira sama ada sekadar Musalla atau balai saf! tetapi saya kira, telaah saya menjadi hampas! Malah saya fikir, kata-kata tentang daulah dulu hanya seperti langau yang ....

Sudah ramai yang saya melihat kuku yang dulunya sentiasa mencakar, tetapi hilang bila mendapat jawatan. Dulunya semua yang dilakukan oleh sebelah pihak dan pihak yang lain semuanya salah. seperti bercakap dipentas relay pemilihan MPP, seolah tiada yang betul dilakukan oleh pihak yang lain.

Saya masih ingat kawan baik boleh bertukar menjadi seteru yang kekal. Sayang sekali, dulu ramai kawan yang boleh dipanggil sebagai Yang Mulia, tetapi sekarang menjadi Yang Dialpa...

Ingatlah kawan, jika sekadar bercakap, bukit tak akan bergerak. Tidak dipecahkan ruyung, sagu pun tak dapat! Saya cukup berbangga bila melihat kawan-kawan yang bukan aliran agama di awalnya, bukan yang belajar Bahasa arab pada mulanya, tetapi berjuang dimedan agama. Sanggup ke sana dan ke sini demi melihat saudara seIslamnya dibela. Syabas kepada mereka!

Kenapa sangat berkira tentang urusan agama? Dulu bercakap tentang daulah, tetapi sekarang kenapa tidak cuba untuk menyemarakkan Tazkirah? Berapa ramai yang sanggup memberikan menyampaikan Tazkirah? Dulu boleh bercakap tentang siasah, kenapa sekarang tak sanggup nak berkhutbah? Adakah sudah lupa siasah dan daulah?

(Sebahagian coretan ini ditulis apabila melihat suasana kerja yang terlalu banyak persoalan serta suasana suram yang berlaku di Masjid dan Surau. Yang datang ke Masjid hanya yang terlalu bersedia untuk ke sana. Saya mencari dimana golongan 'Alim dan Ulama' yang sepatutnya mewarnai suasana suram ini. Saya cukup kagum dengan kesungguhan para Profesional dan sebahagian yang tua yang begitu ramai mahu mengimarahkan Masjid dan Surau, tetapi sedih sekali bila melihat tidak ramai ahli agama yang mahu bersama. Kenapa dijauhi rumah ibadah kita wahai orang agama? Kita orang yang memahami Lafaz Am dan Khas yang tercatat di dalam Al-Quran.... Berkiralah... Sampai masanya, perkiraan itu akan tiba... ia suatu yang pati...)

1 comments:

Anonymous,  February 24, 2009 11:31 AM  

Biasala Syeikh...”Rakyat rusak gara-gara rusaknya penguasa. Rusaknya penguasa terjadi akibat rusaknya ulama. Dan ulama rusak gara-gara cinta harta dan kedudukan. Siapa telah dikuasai kecintaan pada dunia, tidak akan sanggup ber-amar ma’ruf nahi munkar pada rakyat, apalagi kepada penguasa.” (Imam al-Ghazali, dalam Ihya’ Ulumuddin).

Post a Comment

  © Blogger template Foam by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP