Majlis Tilawah Al-Quran Saudara Kita

Saturday, January 10, 2009

Miri, 12-13 Muharram 1430 H bersamaan 9-10 Januari telah berlangsung Majlis Tilawah Al-Quran bagi Saudara Kita. Urusetia Saudara Kita [USK] telah menjalankan amanah dengan kerjasama Masjid Darul Istiqamah, Kampung luak Miri dan juga dengan kerjasama beberapa Badan Kerajaan dan NGO.

Program yang julung kali diadakan ini adalah bertujuan memberikan pendedahan kepada saudara baru yang mempelajari al-Quran serta ilmu agama yang lain. Pembelajaran mereka dilaksanakan yang bertempat di Urusetia Saudara Kita. Antara tenaga pengajar terdiri dari Imam-imam yang bertugas sekitar Miri dan juga orang perseorangan yang sanggup membantu. Sekalung tahniah juga untuk Persatuan Imam-Imam yang bertungkus lumus mendidik mereka sehingga dapat mengenal Al-Quran dan membacanya di khalayak dengan berani dan meyakinkan.

Program dua hari ini diserikan dengan Perasmian Pembukaan oleh YB Tuan Haji Ahmad Lai Bin Bujang. Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Sibuti telah memberikan galakan bagi meneruskan program yang sangat memberi makna ini lebih-lebih lagi cabaran bagi saudara baru amat mencabar.

Ujar beliau, semangat dan dedikasi yang perlu ditonjolkan oleh semua dalam memberikan tunjuk ajar kepada saudara baru amat perlu, lantaran kondisi semasa yang memerlukan perhatian yang lebih dari Umat Islam khususnya di Bandaraya Miri. Beliau juga berharap program ini diberi kesinambungan bagi membantu saudara kita untuk terus terdidik dalam menghayati ajaran Islam yang syumul.

Majlis yang berlangsung dua hari ini juga mendapat perhatian YB Datuk Ir. Haji Daud Bin Abdul Rahman. Menteri Muda Di Pejabat Ketua Menteri [Hal Ehwal Islam] dan Menteri Muda Pembanggunan Perindustrian. Beliau yang sangat dikenali dan ramah bersama masyarakan menyarankan agar program in diteruskan sebagai kesinambungan terhadap perkembangan Islam.

Usaha dari semua dalam merialisasikan harapan perlu dimanfaat sewajarnya bagi memperkembangkan lagi syiar Islam. Beliau juga berharap umat Islam yang lahirnya dalam Islam menunjukkan contoh yang baik dan memberi sokongan kepada saudara baru dalam menempuhi hidup yang kian mencabar.

Sekalung Tahniah juga untuk Ybhg. Pemanca Tuan Haji Abang Mohamad Bin Datuk Sri Haji Abang Othman, Penasihat Masjid, Pengerusi dan JK Masjid Darul Istiqamah yang berungkus lumus menyediakan kemudahan dan kawasan masjid yang kondusif. Juga kepada Jabatan Agama Islam Sarawak, Bahagian Miri yang memberi ruang kepada masyarakat menggunakan khidmat Pegawai-pegawai untuk menghakimi perserta.

Semoga Program yang dirancang ini dikira sebagai ibadat dan mendapat Redha Allah swt. Mudah-mudahan usaha serta ilmu yang dimanfaatkan ini akan menjadi pelengkap kepada amalan yang akan dihitung di akhirat nanti.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Foam by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP