Antara Subuh dan Zionist

Thursday, January 08, 2009

Azan

Suara bilal mengalunkan tarhim berkumandang dan memecah sunyi pagi. Satu alunan yang pastinya menguji orang yang sanggup mendengarnya dan bersedia untuk ke ‘Rumah Itu’. Sekejap lagi suara panggilan ke Rumah Itu pula akan berkumandang.

Mata berkedip untuk membuat keputusan samaada menarik gebar atau menyahut seruan. Subuh sekarang pukul 5.11 pagi, satu masa yang cukup liat untuk mata. Kalau di semenannjung, subuh akan masuk sekitar jam 6.15 pagi. Cuba bayangkan hampir sejam lebih awal untuk bangun tidur!

Bila dah lama bercuti di semenanjung, ‘timing’ masa pagi amat susah. Memerlukan banyak mujahadah membuka dalam diri. Masa yang memerlukan satu adunan rapi antara hati dan diri sendiri.

Azan sudah berkumandang dengan suara yang sayup kedengaran. Adakah hari ini akan terus menyahut panggilan ke Rumah Itu?

Berjemaah

Subuh jarang diperkatakan dalam kehidupan dalam ibadah harian. Munkin solat subuh berjemaah adalah satu ibadat ‘private’ yang sepatut atau perlu dirahsiakan. Satu waktu yang banyak fadhilatnya dan terpulang untuk dilakukan berjemaah di rumah atau sebaliknya. Solat subuh adalah bersama dengan pengorbanan untuk membangunkan diri dan bersujud di awal pagi. Solat berjemaah yang jarang dibincangkan… Kenapa ya?

Bila pergi ke Rumah Itu di awal pagi, terasa kesunyian dalam perjalanan di waktu pagi amat mendamaikan. Udara yang masih belum dinodai oleh asap yang beterbangan. Suatu suasana yang jarang bagi kita menghayati nya.

Zionist

Sekarang dunia bingit dengan laungan anti Israel, laungan menandakan kebencian kepada semangat Zionist. Satu semangat yang berkobar dan menanti masa untuk padam. Kebiasaannya semangat ini akan luntur sekitar tiga bulan. Selepas itu akan berkuranganlah semangat yang berkobar tadi. Kata-kata ini bukanlah menidakkan semangat, tetapi ia sangat terbukti dengan amalan seharian umat kita. Tapi yang pasti perjuangan belum selesai, teruskan sehingga ianya pasti selesai!

Saya tertarik satu slaid dalam ceramah bersamamu Palestin yang menyebut tentang kata-kata seorang Rabi Yahudi. Rabi mengatakan “Janganlah Umat Islam Bermimpi Untuk Mengalahkan Yahudi, Sehingga Bilangan Mereka Yang Solat Subuh berjemaah Di Masjid Menyamai Bilangan Yang Datang Untuk Solat Jumaat".

Kata-katanya sangat jelas kan? Jawapannya ada pada kita, Cuma perlu di tanya bagaimana perancangan kita untuk mengalahkan mereka. Cukup hanya sekadar bisikan dan bingitan kosong? Bagi saya, secara logiknya sukar untuk merialisasikan semangat yang berkobar tadi jika Rumah Itu kosong di waktu pagi! Jadi kita tanyalah diri kita sendiri…

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Foam by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP