Lima Tahun Penuh Makna

Monday, January 26, 2009


Lima tahun dulu, 26 Jan 2005 bumi Sarawak sungguh asing dirasakan. Bumi yang dikenali dengan identiti hutan hujannya dan burung kenyalangnya. Takut sungguh hati nak membenarkan kaki untuk menapak menunaikan amanat ini. Waktu tu, tak tahu untung nasib akan tinggal di negeri orang. TV pun salah sebenarnya, jangan tunjuk hutan sahaja, tunjuklah sekali banggunan pencakar langitnya...

Ditambah lagi negeri Sarawak yang cukup jauh bagi pandangan orang semenanjung. Macam Sarawak tu jauh sangat. Bagi orang tua pulak, takut melekat dengan anak dara Sarawak!

Sebenarnya ramai je yang melekat dengan orang sini, tapi tak ada pulak yang sampai melupakan mak bapak! Yang dah berpuluh tahun kat sini dan bercucu pun ada. Boleh je balik selalu untuk tengok keluarga di kampung. Paradigma sudah berubah sebenarnya…

Sekarang, pejam celik sudah lima tahun di sini…

Dulu datang dengan tiada apa, Allah berikan sedikit rahmatNya untuk dirasa.

Dulu hanya berjalan kaki dan menaiki bas untuk ke tempat kerja, sekarang sudah bermotor. Malah motor sudah ditambah dengan kereta.

Dulu kita hanya layak terbang dengan Air Asia, jarang sekali nak guna Malaysia Airlines. Tetapi sekarang hanya perlu memilih untuk menggunakan MH atau AK…

Dulu kita tinggal di rumah sewa 8 orang serumah, tetapi sekarang kita tinggal dengan family kita sendiri.

Dulu kita pernah makan meggie dalam cebok air ramai-ramai, tapi sekarang kita dah mampu makan spegeti satu family.

Dulu kita makan malam dengan berkongsi masak memasak, sekarang tak perlu lagi nak susahkan diri.

Dulu kita hanya pakai prepaid untuk hubungi si dia, tetapi sekarang dah tukar line executive…

Dulu kita selalu terfikir nak balik, tapi sekarang kapal terbang tunggu bila kita nak balik…

Itu lah rahmat yang Allah berikan untuk kita.

Kepada sahabat-sahabat yang sudah lama di sini, teruskan usaha kita untuk membuat sesuatu untuk anak bangsa, kepada yang baru datang untuk berbakti, tekadkan semangat untuk menabur bakti.

Ingat Allah akan bantu kita kalau kita bantu orang lain. Allha akan permudahkan urusan kita kalau kita permudahkan urusan orang lain.

Jangan sekali hasad dengki bersarang dalam diri, nanti hanya menjerat diri. Setiap orang dijanjikan rizeki untuknya, jangan risau kita pun ada rizeki yang boleh dikongsi. Berdoalah supaya kita selalu dirahmati, Amien…

4 comments:

sonata anak kancil January 27, 2009 1:18 PM  

Jika baca sejarah tuan, tuan jauh lebih baik dari saya!

2005 dah 'moden' pe...Zamn saya dulu, ramai (tak kira le berapa pulak - tapi geng2 pendidikan kena posting ke sarawak)-
tak lak dengar cerita
'melekat' ngan orang sana..tapi 'melekat' kat sana adalah - ye la sama2 merantau!

Jauh berjalan, luas pandangan, tambah pengalaman...Sekarang kita pun dah jauh lalui anjakan paradigma! Tak kan dok takuk lama aje...

Selamat menjalankan tugas,walau di mana jua berada...

Anonymous,  January 28, 2009 9:28 AM  

Alhamdulillah, dah 5 tahun daa... Insya Allah akhi kena tambah 10 tahun lagi di Miri! :-) Khidmat masih diperlukan...

Anonymous,  January 28, 2009 2:32 PM  

Salam akhie Muhtar, satu dorongan yang baik. Ana hanya mengikut ketentuan Nya, Terima kasih ats perhatian.

Semoga akan terus subur syi'arNya di di sini

Anonymous,  January 28, 2009 2:33 PM  

Salam Sonata, Hanya educator sahaja yang memahami. Bila dah terjun dalam arena ni, teruskan dan lakukan sesuatu.

Selamat menjalankan tugas juga untuk semua.

Post a Comment

  © Blogger template Foam by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP