2 Hijrah; Palestin yang terus berdarah!
Tuesday, December 30, 2008
Hari ini merupakan hari ketiga pencabulan hak yang telah dilakukan oleh Israel ke atas umat Muhammad s.a.w di Gaza. Satu bahagian Negara yang cukup damai berpuluh tahun sebelumnya bertukar menjadi medan pembunuhan manusia.
Lebih 300 orang terbunuh dan beratus lagi yang cedera. Kehilangan tempat tinggal belum lagi tercatat jumlahnya. Ini adalah satu-satunya rantaian pertembungan tamadun berpanjangan yang paling lama semenjak negara haram Yahudi bertapak melalui Perjanjian Balfour 1948. Britain dengan tipu dayanya yang memberikan hak kepada Yahudi untuk menubuhkan sebuah negara.
Serangan udara ini mendapat reaksi yang cukup hebat. Malah semua negara pun membantah dan menunjukkan kebencian kepada Israel. Malah Venezuela sebuah negara latin yang dokrinnya adalah Kristian juga mengecam pencabulan hak oleh Israel. Presiden Libya mengatakan bahawa Negara Arab pengecut! Sebenarnya memang sudah lama pak-pak arab tu pengecut! Dan kita sedia maklum orang arab [bukan semua] “Mereka bersepakat untuk tidak bersepakat!”.
Kuunuu Asraaraa
Walau semua seolah-olah hanya berani mengutuk, tetapi hanya beberapa orang yang berani mengatakan hak. Antaranya Sheikh Hassan Nassrallah, pemimpin Shi’ah di Lubnan yang dengan tegas menyatakan pendirian. Ketika beliau berucap berlatar belakangkan satu kalimah “Kuunun Asraaraa كونو أسراراً” Walau tanpa mengistiharkan perang, tetapi Israel cukup sedar sebenarnya mereka pernah kalah kepada tentera yang berbendera kuning ini.
Gaza yang hanya menempatkan sebahagian umat Islam telah lama dilumpuhkan oleh Regim Yahudi. Makanan, ubat-ubatan malah segalanya di sekat dan segala pergerakan perlu mendapat kebenaran Yahudi. Sedih sekali rakyat Palestine seperti menumpang di tanah sendiri.
Uncle Sam
Berita mengatakan bahawa hero yang boleh memainkan peranan adalah satu, iaitu Amerika. Malangnya Negara Uncle Sam ini dengan jelas bersetuju dengan mengatakan serangan udara itu adalah untuk menyekat pergerakan Hamas. Olmert dan Menteri Luarnya, Livni berbangga dengan jawapan mereka bila diasak oleh pemberita. Yang jelas, motar yang dilancarkan Hamas perlu dibalas dengan serangan yang sewajarnya.
Sebenarnya, Amerika tidak akan berganjak dari pendirian mereka terhadap Israel. Israel adalah sahabat baik yang perlu ditatang dengan sebaiknya. Malah pertukaran Presiden Januari nanti juga tidak akan mengubah apa-apa.
Obama
Barrack Husein Obama selepas memenangi jawatan Presiden, telah mengumumkan perlantikan anggota dewan perwakilan dari Illinois, Rahm Emanuel sebagai ketua staff Rumah Putih. Emanuel merupakan anak seorang Doktor yang berhijrah dari Israel! [Dewan Masyarakat, Dec 2008, ms 23]. Maka bertepuk riuhlah satu Israel dengan pilihan tepat Presiden harapan ini.
Kesimpulan
Umat Islam jangan berharap Obama akan mendengar semua rintihan. Jika didengar sekalipun, ia belum tentu membuahkan hasil. Jelas di sini, walau siapa pun yang memegang kuasa, Israel tetap di hati mereka. Sebagai umat islam, jangan terlalu berharap dengan sekongkolan mereka.
Kesimpulan hanya satu, fahami ayat ini dan ketahui apa yang perlu dilakukan. Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 120 yang bermaksud;
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.
Gambar asal dari yahoo.com dan diubah suai dalam porta oleh nassrullah.blogspot.com
0 comments:
Post a Comment