Antara 25 Dis dan Anak Muda

Friday, December 19, 2008


Sambutan


Beberapa hari lagi sambutan 25 Disember akan dilakukan. Pada ketika ini, boleh dikatakan setiap tempat terutama Pasaraya akan menghias premis mereka dengan Pokok Krismas dan salji olok-olok. Sambutan yang memperingati satu kepercayaan dalam Agama Kristian.

Sayang sekali kemeriahan ini sebenarnya telah mengaburi mata kita untuk terus mengingati Hari Kebesaran Islam. Sebagai contoh sambutan Hari Raya Qurban baru-baru ini. Jika kita amati keadaan sebenar pasaraya contohnya, boleh dikatakan tidak ada pasaraya yang menyambut pelanggan mereka dengan "Selamat Hari Raya Eidul Adha". Kenapa agaknya ya?

Sebagaimana dunia kapitalis mengajar tentang keuntungan adalah segalanya. Mungkin sedikit kasar yang kaya bertambah kaya dan yang miskin pula, mungkin bertambah sengsara. Ekonomi dunia yang menghimpit sudah menunjukkan kehebatan ekonomi Islam yang berpaksikan keadilan. Berbeza dengan kapitalis yang mempertuhankan Riba!

Topi Santa

Baru-baru ini saya berkesempatan membawa anak buah pergi ke satu tempat rekreasi. Oleh kerana sekarang merupakan cuti sekolah, pengunjungnya adalah dari kanak-kanak yang ditemani sanak saudara. Tempat yang menarik bagi saya untuk membawa anak buah berekriasi.

Tiba-tiba, pandangan tertumpu kepada beberapa pemuda yang memakai Topi Santa seperti dalam gambar di atas. Bukan masalah apa sebenarnya, tapi saya amati bahawa pemuda-pemuda yang bekerja di situ sebahagiannya adalah Pemuda Islam. Saya pasti dengan raut wajah dan bahasa melayu Loghat Utara! Mereka pun turut memakai topi tersebut. Sedih melihatnya!

Nabi kata dalam sebahagian sabdanya " Barang siapa yang meniru, bukan dari golonganku". Saya menarik nafas panjang mengenangkan anak muda yang mencari rizeki yang bercampur dengan perkara yang dilarang.

Kita bukan terlalu ekstrem, bukan juga menuding kearah yang lain. Tetapi kita tidak boleh menyamai agama yang lain. Topi tersebut melambangkan penganutnya bersedia untuk menyambut hari kebesaran.

Jika pemuda Islam yang memakai, apa sudah jadi?

Orang lain sukar untuk mengikut perbuatan orang Islam, tetapi kita mudah mengikut mereka. Pernah tengok orang bukan Islam pakai kopiah putih bila berjalan? Tak pernah kan?

Tidak dapat dinafikan pekerjaan menuntut keakuran kepada majikan. Tetapi perlu diingat, kita ada hak untuk menyatakan yang benar dengan cara yang terbaik. Sayang sekali bila melihat suasana ini.

Islam hampir kembali dagang...

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Foam by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP