Antara Monsun, Cuit Politik dan Kisah Nabi Yusuf a.s
Saturday, December 06, 2008
Musim Hujan
Teluk Warisan, Kuala Terengganu
Klik untuk besarkan dan muat turun gambar.
Masa dulu tempat ni tak hebat macam sekarang. Kalau dulu musim tengkujuh atau monsun timur laut, nelayan tak dapat nak turun ke laut. Hampir dua bulan tak akan ke laut. Angin monsun akan membadai pantai, terkadang menghempas membelah pantai.
Masa ni ikan kering yang dah lama disimpan akan menjadi bahan utama seharian. Ibu-ibu ada juga yang buat perkasam ikan jeruk. Penuh satu tempayan. Makanan orang dulu-dulu. Budak sekarang munkin tak pernah tengok ikan jeruk. Lagikan nak rasa, bau pun munkin meloyakan tekak budak zaman ipod dan KFC. Mana pulak nak tahu sejarah susah mak ayah mereka.
Masa musim ni, orang kampung akan gali ubi. Masa ni la nak tengok berbagai jenis ubi dan berbagai jenis juadah musim hujan. Nasi pulut bersama kelapa dan banyak lagi yang sangat menyelerakan. Dimakan pula dengan air kopi panas. Cair pulak air liur. Teringat waktu dulu.
Cerita Nabi Yusuf
Fikir balik tentang orang dulu-dulu, sebenarnya mereka sangat berpegang kepada janji Allah. Macam cerita nabi Yusuf a.s. Bersedia sebelum ujian melanda seperti yang dinukilkan olah Allah dalam surah Yusuf ayat 47-49. Allah telah berkata dengan mefhumNya;
“Nabi Yusof A.S menjawab : Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan. Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih). Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya.)”
Walaupun di zaman tersebut merupakan kemarau panjang, berbeza dengan hujan berpanjangan, namun sebenarnya Allah ceritakan tentang nabi Yusuf, untuk orang yang benar-benar berfikir, bersedia, membuat analisis, bertindak dan bersyukur. Moga kita di tempat orang yang mendapat petunjuk.
Tempat ni adalah syurga bagi nelayan yang saban hari keluar mengikut peraturan. Selepas menunaikan solat subuh, berpuluh bot akan keluar mencari rizeki yang dijanjilkan. Cuma banyak atau sedikit sahaja yang membezakan. Tapi mereka tidak pernah berputus asa, Allah maha kaya memberikan kepada sesiapa sahaja. Walau yang mencari rizeki munkin tidak lagi bernyawa, tetapi yang memberi rizeki tidak akan sekali pergi. Sifat Ar-Razzaq akan terus memberi.
Politik
Sekarang munkin bot tak sebanyak dulu, yang ada pun munkin yang dapat servive dalam dunia yang semakin mencabar. Bot yang dulu sebagai nadi penghubung, sekarang munkin membilang denyutan nadi untuk menyambung hayat. Dulu tempat hotel mewah hujung tu tak ada lagi. Pulau kecil tu yang dihubungkan dengan pulau yang besar. Sekarang sudah ada Teluk Warisan yang dibanggakan.
Kalau orang politik bercakap, "munkin itu kebanggaan, hanya peluang". Munkin ada juga yang berang dengan tuduhan bangkangan. Itu orang politik yang punya pandangan. Tapi kalau nak tahu betul ke tidak, tanya la jiran-jiran yang tinggal kat situ. "Orang melihat boleh berkata, tetapi orang yang arif jarang mengata mengadu domba".
Sebenarnya No komen tentang politik, sebab dah 11 tahun tak tinggal di kampung. Paling ingat pun masa kecik-kecik dulu naik basikal dari bukit tunggal pergi ke hujung pasir (tempat hotel sekarang) untuk tengok laut. Memang best masa tu…
0 comments:
Post a Comment