Pergi Meminang Puteri Sarawak

Sunday, November 09, 2008


Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. Surah Al-Rum ayat 21

Awal bismillah kami mulakan
Kami yang jauh datang ke mari
Rendah diri kami mulakan
Membawa hajat di dalam hati

Bunga selasih si bunga siantan
Kembang mekar di hujung halaman
Hajat kami bukan hanya bertandang
Hasrat hati terikat berpanjangan.

Pengalaman yang sangat mencuit hati.
Pergi meminang puteri Sarawak.
Bidang terjun pun ya juga…

Itulah yang dinamakan pengalaman. Kalau dulu mak ayah meminang untuk kita, tapi sekarang giliran kita meminang untuk orang. Tapi cukup lah untuk sekali seorang…

Saya mewakili keluarga En. Zulkafar Zakaria dan Pn. Anilah Mat Ali datang dari Terengganu untuk menyempurnakan ikatan janji anak lelaki yang akan hidup bersama nanti dengan Puteri En Abdul Rahim Sheikh Manal dan Syarifah Fatimah Tengku Fauzi.

Adat melayu yang bergabung dengan adat arab. Keluarga perempuan merupakan salasilah keluarga Arab dari Yaman, bertempat di Sanaa’, Ibu Negara Yaman. Saya masih teringat, saya juga pernah sampai di Sanaa’. Tempat yang sejuk apabila keluar dari Airbus sewaktu mewakili Universiti Islam Antarabangsa ke Timur Tengah.

Pengalaman yang dimulakan dengan permintaan En Alias, Pengetua SMK Subis yang menelefon saya untuk bersama dengan keluarga lelaki bagi menyempurnakan hajat ini. Saya menganggap En Alias dan kak Ana, Isterinya adalah antara Mentor saya di perantauan ini. Pengalaman harus dipelajari.

Ya, di mana sahaja kita berada, yang berat kita sama pikul, dan yang ringan pun sama merasa.
Teringat pesan mak kat kampong, “kita hidup mesti ringan tulang. Kalau kita baik dengan orang, orang akan baik dengan kita”. Siapa sahaja adalah saudara kita. Allah pun dah sebut dalam KalamNya. Saya berdoa kepada Allah semoga ditetapkan hati untuk terus menjadi hambaNya yang istiqamah. Diberikan petunjuk untuk memilih yang sebaiknya untuk hidup mendatang.

Saya sangat menghormati tetamu yang hadir. Tuan Imam Masjid pun datang bersama. Alhamdulillah, mereka adalah insan yang paling sesuai untuk menjadi saksi saat bersejarah ini.

Teringat kata-kata HAMKA, “Kematangan orang tua dan Semangat orang muda” Adunan yang pasti akan dipermudahkan dan mendapat kejayaan InsyaAllah.

Saat yang paling gembira apabila wakil keluarga perempuan menerima pinangan kami. Syukur pada Allah swt. Hajat yang dibawa dari Terengganu sampai di bumi piasau, Miri. Hajat mereka untuk diijab kabulkan pada bulan Jun tahun hadapan. Semoga Allah mempermudahkan urusan dua keluarga ini.

Untuk sahabat yang bersama memeriahkan suasana, Terima kasih daun keladi….

1 comments:

Khairul Fazli November 21, 2008 2:14 PM  

hai nassru, still remember me,?kf...lama menggelodek blogspot ni tiba2 teringat nama awak...tup tap...dapat masuk ke halaman blog awak,nway,tulis dan update selalu...dapat mengikuti segala kehidupan awak kat sarawak...

Post a Comment

  © Blogger template Foam by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP