..:: Bila KHINZIR Dipersalahkan ::..

Wednesday, April 29, 2009


Saluran BBC baru sahaja menyiarkan kesan terkini seluruh dunia tentang "Swine Flu" atau dengan nama manjanya "Selsema BABI". Siaran tertumpu kepada penyebaran Virus yang sangat cepat merebak dengan jangkitan berpindah melalui pernafasan.

Telah rasmi seramai 159 dari Mexico yang telah menjadi mangsa korban virus ini dengan 9 negara telah sah tersenarai termasuk negara Uncle Sam dan anak angkatnya Israel.

Ironinya kesan ini telah menunjukkan beberapa petunjuk dari Allah swt. Ini kerana 9 negara yang telah ditunjukkan itu kesemuanya adalah negara Kuffar. Walau Israel berada di dalam kawasan Palestin, namun tidak ada sumber setakat ini mengatakan ada rakyat Palestin yang telah tersenarai jangkitan pembunuh. Adakahini hanya satu kebetulan?

Kesemua negara yang terlibat di peringkat ini adalah negara yang makanan rujinya adalah Daging Babi. Setiap menu hebat dalam masakan mereka adalah terdiri dari Sumber Babi yang telah tercatat di dalam Al-Quran tentang pengharamnnya.

Ingatlah, Allah tidak menghina makhluk yang diciptanya, tetapi Allah memberi ruang untuk manusia berfikir kenapa dan mengapa Allah mengharamkannya. Allah swt tidak sama sekali menciptakan sesuatu dengan sia-sia. Cukup sedih juga bila ada negeri di negara kita juga ingin menjadi salah satu pengeluar terbesar Daging Babi di rantau ini.

Saya sangat berharap dengan kepimpinan yang telah melaungkan "Satu Malaysia" atau juga laungan "Ketuanan Rakyat" mengkaji balik keputusan yang melibatkan Babi demi Rakyat. Ini juga supaya tidak ada lagi "Budak Nakal" di dalam Parlimen yang boleh mempersendakan "Pusat Khinzir Raksaksa" yang telah diputuskan sama ada kepimpinan sebelum Mac 2008 atau selepasnya.

Sebenarnya, Allah yang maha pengasih dan penyayang telah menunjukkan Hak-Hak Nya dalam kehidupan kita. Apa yang berlaku di negara lain, jangan fikir akan hilang begitu sahaja tanpa hinggap di negara kita. Kita perlu berdoa supaya Allah menjauhkan bala bencana ini ke atas tempat yang aman dan damai ini.

Allahummadfa' 'annal gholaa, wal Balaa...

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Foam by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP