Hari Pertama Sekolah vs Gelagat Ibubapa

Monday, January 05, 2009

Hari ni adalah hari pertama sesi persekolahan. Waktu yang ditunggu oleh kanak-kanak yang sudah berkasut baru, dan mungkin juga yang berbeg transformer baru! Ibubapa pula pagi-pagi lagi dah berkumpul di hadapan kelas untuk melihat anak-anak mereka yang baru mengenal alam persekolahan. Itu tak termasuk persediaan awal di rumah sebelum anak dihantar ke sekolah.

Gelagat yang setahun sekali akan di saksikan dan alangkah indah dan baik jika gelagat sebegini dari ibubapa berterusan sehingga anak mereka sampai di Tahun 6. Tak perlu pihak sekolah force untuk datang ke sekolah lagi. Kenapa la parent budak-budak liat sangat nak datang sekolah...

Pendaftaran pelajar sudah berlangsung 2 hari yang lepas, dan hari ini adalah medan baru bagi tahun 2009. Oleh kerana saya terlibat dengan pendafataran dan penerimaan pelajar Tahun Satu, ini adalah peluang untuk saya menimba pengalaman baru. Bagi saya, Gelagat yang paling mencuit hati adalah daripada “Young Parent” atau ibubapa muda yang anak pertama mereka akan masuk ke sekolah. Sekali dilihat, macam mak dengan bapak yang nak sekolah!

Yang lucunya, anak hanya diam kerana pengalaman baru, tetapi kebanyakan ibubapa muda ini banyak bertanya. Yang paling banyak soalan ditanya adalah berapa jumlah buku yang hendak di bawa? Hmm, Jangan takut la, 3 minggu ni buku tak payah bawak pun takpe [Tahun Satu Sahaja]. Kan minggu transisi, kerajaan dah tetapkan. Kenapa risau sangat? Biasalah takut anak bawak beg berat!

Antara soalan lagi, Jadual macam mana? Ada kelas petang ke? Hari sekolah kena bawa buku apa? Kat kelas selamat ke? Dan yang lagi sukar nak melayan mereka bila ibubapa mula menceritakan tentang anak mereka yang nakal atau sebaliknya! Kadang-kadang kena dengar dan buat-buat sibuk. Kalau tak melayan, nanti dikatakan tak friendly, tapi tengok time la. Susah sebenarnya nak puaskan hati semua manusia.

Tugas guru bukan setakat melayan pelajar, tetapi juga melayan kerenah ibubapa! Jika jumlah pelajar 30 orang, sudah pasti akan melayan 60 orang lagi iaitu ibu dan bapa! Banyak masalah macam ni pun, ramai lagi yang jelous kerja jadi cikgu! Kerja sikit la, cuti banyak la, banyak rehat la dan macam-macam lagi la. Kita kena ingat, rizeki Allah dah tetapkan, banyak kena kongsi. Kalau sedikit, jangan di ungkit!

Sebut pasal beg sekolah, ini adalah lumrah yang paling banyak berlaku dalam pemerhatian saya sebagai seorang pendidik. Beg yang dibeli oleh ibubapa biasanya yang bergambar kartun yang terkenal. Beg Ultraman bagi lelaki dan beg Hello kitty bagi perempuan. Bebagai warna dan jenama. Rata-rata adalah beg yang berjenama dan hebat di pandang bagi kanak-kanak.

Beg sekolah juga adalah isu nasional yang kerap diperkatakan. Berbagai pertubuhan kadang-kadang menunjukkan kedangkalan mereka dengan menghentam. Ibubapa tidak bersetuju dengan jumlah buku dan berat yang ditanggung dan sebagainya. Ini satu lagi masalah, masa cikgu suruh beli buku latihan, parent complain pasal banyak belanja. Dah diberi PERCUMA pulak, susah pulak nak bawa kat sekolah... hmmm..

Agaknya mereka lupa yang mereka pun pada waktu sekolah dulu bawa beg yang berat juga. Masa dulu mana ada beg yang ada tayar macam sekarang! Kena fikir juga keadaan semasa. Jangan diikutkan perasaan yang tak elok…

Yang lebih penting sebenarnya ibubapa perlu rasional dengan peraturan dan ketetapan yang telah diperseujui di sekolah. Ibubapa kadang-kadang akan menyalahkan pihak sekolah tentang permasalahan ini. Kenapa tidak datang semasa menyuarat PIBG dan Majlis pemuafakatan untuk menyatakan permasalahan? Datang lah untuk memberitahu masalah yang dihadapi.

PIBG adalah badan yang bertangungjawab untuk menyelesaikan masalah di sekolah antara ibubapa dan guru. Kalau ibubapa selalu menjenguk dan bertanya khabar, sudah pasti akan selesai masalah yang berbangkit. Ini tidak, pihak sekolah jemput datang dengan menghantar surat, tetapi yang datang hanya beberapa kerat!

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Foam by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP