Gaza; Adakah Ini Sahaja Yang Mampu Dilakukan?

Saturday, January 03, 2009

Klik untuk lihat gambar

Seminggu hampir berlalu dan tangisan hiba di Gaza masih tiada penentu. Tangisan yang mengerikan diselangi dengan bunyian dentuman penghancur bumi Ambiya’. Satu tanah yang menjadi simbol Isra’ sudah dimamah kerakusan teknologi gila yang menghancurkan.

Ketika artikel ini ditulis, lebih 400 nyawa saudara seISLAM sudah hancur. Nyawa yang nilainya tidak langsung dipandang oleh senjata pemusnah. Tentera Israel sudah memulakan serangan darat dan menggunakan kekuatan kereta kebal serta mengerah tentera tambahan. Di pihak Palestin pula masih mendongak noktah. Persoalannya, apa yang mampu dilakukan oleh kita sebenarnya?

Laungan di sana dan di sini bingit kedengaran. Suara yang melantun dan kembali kepada yang berkata. Seolah-olah bola getah yang dilontar ke dinding dan kembali kepada pemiliknya. Jika dapat disama tarafkan, seperti menanti bulan jatuh ke riba! Entah bila masanya akan tiba Salehuddin yang kedua akan muncul…

Dari segi angka rasmi sehingga September 2000 sahaja dan tidak termasuk sehingga hari ini, bumi Palestin sudah kehilangan 1050 kanak-kanak, 4876 telah terkorban, manakala yang cedera di mamah serpihan letupan dan kekejaman adalah 33,034 orang! Jumlah ini adalah yang tercatat, tetapi yang hilang tanpa berita entah berapa. Nak tahu berapa yang sudah dijelkan oleh Israel? Ianya berjumlah 10,756!

Tetapi apa yang boleh dilakukan?


gambar dari yahoo.com, di ubahsuai ke porta oleh nassrullah.blogspot.com. Terima kasih kepada www.saudarakita.org/BIC

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Foam by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP