Kembara Seorang Khalifah

Friday, October 05, 2007

29 Sept. 2007 / 17 Ramadhan 1428 H
1500 MIRI HELIBASE
Hati terlalu gementar dengan pengalaman yang akan dilalui. Adakah tercapai hasrat dan hajat dihati?


Merenung pada nikmat Yang Memberi
Menginsafi peluang membaiki diri
Mensyukuri tanda kebesaran Ilahi
Allahu Akbar!
Yakinlah dengan ketentuanNya...


Perjalanan yang bakal dilalui akan menjadi titik permulaan kepada pengalaman yang lebih luas dan mencabar. Tidak akan terfikir sebagai seorang manusia kerdil yang sama sekali tidak sedikit pun untuk mejejakkan kaki ke tempat yang sedemikian. Tetapi maha suci Allah yang mentadbir segala alam, Dia yang menentukan segalanya.

"Bagaimana Ustaz,Dah bersedia? Tanya Tuan Haji Bacho Pilong BD. of SKO.

"Macam Tak percaya Tuan Haji..." Jawab saya.

"Eh, Ustaz dah check in? Sapa Tuan Haji Ishak...

1505 SECURITY CHECK IN

Seperti biasa untuk memasuki kawasan penerbangan akan lalui pemeriksaan keselamatan. Tidak ketinggalan penerangan tentang bagaimana Safety Instrument yang perlu difahami oleh anak-anak kapal. Helicopter SIRKORSKY S92 yang akan menerbangkan kami ke D35 Offshore. Seperti tidak percaya bila jaket keselamatan disematkan di badan, debaran makin terasa.
Rasa macam nak akad nikah dulu je...

1520 TAKE OFF

Segala kemungkinan munkin akan berlaku, tetapi dengan usaha dan keazaman akan memberikan keyakinan kepada kita semua. Segalanya telah bersedia, dan juruterbang mula mejalankan tugasnya. Cukup berkeyakinan!
Penerbangan yang mengambil masa selama 1 jam ini dirasakan amat sebentar. Apa tidaknya apabila sebaik sahaja heli meninggalkan perairan Miri, mata hanya memandang pada permandangan yang Allah kurniakan kepada kita. Benarlah sebagaimana Nabi s.a.w menyarankan agar umatnya menuntut ilmu walaupun ke negeri China, manakala Imam Syafie juga menekankan tentang perjalanan yang boleh membawa kepada penambahan ilmu. Setiap pelosok alam ini diperhatikan, hati terdetik "Tidak Engkau ciptakan ini dengan sia-sia, Wahai Tuhan kami, jauhkan kami dari api neraka. Sirkorsky meluncur laju...

1620 D35

Alhamdulillah, Sirkorsky mendarat dengan selamat. Kami disambut dan dibawa untuk takilimat keselamatan. Platform ini saya rasakan cukup kemas, lantai yang selamat, papa notis yang terjaga bersistematik dan mata amat teratrik dengan satu permandangan yang sangat indah di tengah lautan. Rupanya kat tengah laut pun ada Taman Bunga! Hebat!

1730 DEWAN SOLAT

Bacaan yasiin berkumandang dan diselitkan dengan tahlil ringkas. Cukup menakjubkan, setiap inci saf di dewan penuh dengan tetamu Allah. Masa cukup untuk tazkirah pendek yang disampaikan. tajuk yang saya pilih adalah 'Zikir bagi yang berfikir". Tajuk ini dipilih adalah kerana ingatan yang sentiasa ada di hati setiap mukmin. Antara lain yang disentuh adalah tentang perlu kembali kepada Niat yang akan membawa kepada hasil yang terbaik...

BERSAMBUNG...

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Foam by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP