Kem Bina Juara & Mukhayyam Bahasa Arab j-QAF 2008

Wednesday, November 05, 2008

Masjid At-Taqwa, Miri










Alhamdulilah, dengan kerjasama semua Program Bina Juara, j-QAF yang pertama 2008 telah berjaya dilaksanakan. Dengan kehadiran 60 pelajar terpilih dari sekolah yang melaksanakan Program j-QAF 05&06.




Dalam waktu yang sama Program Mukhayyam Bahasa arab juga telah berjaya dilaksanakan di Kampung Sukan PETRONAS. Program yang dihadiri oleh 100 pelajar ini telah membuka minda pelajar bagi menguasai kaedah tertentu untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian.




Dengan semangat dan kerjasama semua Program ini telah dapat meningkatkan minat dan kebolehan pelajar dalam menguasai kemahiran-kemahiran tertentu seperti Tarannum Al-Quran, Bahasa Arab dan juga Khat Jawi.


Selaku Penyelaras Program, Ustaz Azril Hafiz serta Ustazah Noresah, Jurulatih Utama yang bertanggungjawab memastikan program ini berjalan lancar ingin mengucapkan Terima kasih dan TAHNIAH terutama kepada Pengurus-Pengurus Program yang telah bertungkus lumus bagi menjayakan Progaram seumapama ini.


Tahniah diucapkan kepada Ustaz Arisan
Pengurus Program Mukhyyam Bahasa Arab dan juga kepada para Urusetia dan Fasilitataor.

Tahniah diucapkan kepada Ustaz Fakhrurrazi,
Pengurus Program Kem Bina Juara dan juga kepada para Urusetia dan fasilitator.


Tidak lupa kepada 3 Ketua Fasilitataor yang terlibat dalam program ini. Ustaz Ghazali, pakar dalam Khat. Ustaz Hamin, Pakar Tarannum dan juga Ustaz Azman, Mu'allim yang disegani. Semoga minat pelajar yang disemai akan memberikan saham akhirat untuk semua.


Saya masih teringat kata-kata Pengarah Bahagian Pendidikan Islam, "j-QAF tanpa gagal". Itulah kata-kata yang acap kali diingatkan oleh Ustaz Jaafar Bin Belal, Penolong Pengarah j-QAF Sarawak. Dua tahun dari sekarang, kita akan melihat hasil yang sebenarnya.


Semoga kita semua dapat melaksanakan dengan penuh amanah dan tanggungjawab. Jika kita berlaku adil pada para pelajar, InsyaAllah oarang lain akan berlaku adil pada generasi kita.


Mudah-mudahan, tautan ukhuwwah dan kerjasama erat ini akan berkekalan demi meninggikan syiar Islam di Bumi Bertuah, Sarawak.

Gambar sekitar program
[KLIK DI SINI UNTUK GAMBAR]

Read more...

MERENUNG PADA DIRI

Bab 1

Akurlah pada fitrah insaniah kita bahawa langit dan bumi ada penciptanya. Termasuklah diri kita, tentunya peraturan pencipta ini yang terbaik untuk kebahagiaan kita. Bukan sebaliknya. Jangan ingkari dan langgari peraturan itu. Nanti kita mendapat murkaNya.

Bila tersalah jalan, mengakulah padaNya, kembali kepadaNya.

Nanti kita beroleh kasih dan sayangnya. "Pelukkan" sayangnya teramat luas, sedangkan kita terlalu hina di sisi rahmatNya. Yakinlah… Dia maha pengasih. Dia maha penyayang. Selagi kita tidak mensyirikkanNya, masih ada sinar keampunan buat kita.

Redha dan ampunNya lebih luas dari langit dan isinya.

Kita masih ingat Sayyidina Umar Sebelum Islamnya pernah menggali tanah dan ditanam hidup anak perempuan kesayangannya.

Bila mana bertemu "cahaya" itu. Penghulu kita memberi jaminan bahawa dia yang menanam anak tadi adalah salah seorang yang dijanjikan masuk ke syurga!

SubhanaLlah! Yakinlah selagi kita mempunyai kalimah itu Dia tetap memandang sayang kepada kita. Maha penerima taubat. Usah kita berputus asa dari rahmatNya. Mengakulah kita terhadap salah dan keterlanjuran kita.


Sujudlah, rendahkanlah diri kita di hadapanNya. Rasa kerdil diri dan kita tak punya apa-apa. Bila sinar itu masih ada dalam sanubari kita, sama-samalah berwuduk, berdiri dan hadapkan muka dan badan ke arah kiblatnya.

Agungkanlah dia dan dialah yang maha besar dan empunya segalanya ini. Dan bila mana meletakkan dahi setaraf dengan tapak kaki, bisikkanlah, rayulah, pohonlah dalam hati dengan bersungguh-sungguh, seolah-olah itulah permintaan terakhir dari kita.

"Ya Allah ku letakkan dahiku ini di atas bumimu, kuserahkan diriku ini pada Mu, memohon redha dan restu Mu, kiranya engkau tidak redha aku hidup di atas bumi Mu dan berada di bawah langit Mu. Maka jadilah aku orang-orang yang rugi, rugi yang kekal abadi.

Lalu, ku serahkan diriku ini pada Mu, Mengharapkan kasih dan sayang Mu….

Read more...

  © Blogger template Foam by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP