..:: Safety Course ; COET & HUET With EBS
Saturday, April 03, 2010

Sebahagian kenangan bersama Trainer [tengah], Team Partner [2 dari kiri], & divers [paling kiri & kanan].

Sebahagian kenangan bersama Trainer [tengah], Team Partner [2 dari kiri], & divers [paling kiri & kanan].
Cuti sekolah hampir ke penghujung. Satu masa yang cepat berlalu. Terlalu lama tidak singgah di alam maya blogger. Ruangan masa yang sukar untuk menutur bicara di ruangan ini. Seminggu lagi, tahun baru Mesihi akan menjelma, dan kehangatan Ma'al Hijrah akan terus sahaja dilupa.
Penumpang untuk penerbangan Malaysia Airlines ke Kuala Lumpur bersedia untuk berlepas. Kebanyakannya adalah perantau yang berkhidmat di Bumi Kenyalang. Suara anak kecil yang berteriak gembira, suara tangisan juga berkumandang dengan pujukan sabar seorang ibu.
MYY - KUL - PEN [Miri ke Penang melalui Kuala Lumpur]
Malam ini berangkat ke Kuala Lumpur menaiki MH7053, esok pagi akan meneruskan perjalan ke Pulau Pinang. Tiket ke Alor Star sudah habis, terpaksa bertukar haluan ke Penang. Limo Aport sudah di confirm untuk membawa kami ke Gurun, Kedah. Perjalan yang tidak sabar untuk diselesaikan. Harap-harap jambatan Pulau Pinang tidak menghampakan.
Alhamdulillah, tahun ini kami dapat bersama, menaiki pesawat bersama dan pulang bersama. Dulu, terlalu lama kami tinggal berjauhan. Seorang di utara dan seorang di Borneo. Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan kami yang berjauhan. Pernah kami hanya berjumpa di KLIA untuk pulang ke kampung untuk beraya. Jika dikenang, ia merupakan pengalaman yang menguatkan erti sebuah keluarga.
Sekali pandang sukar untuk membezakan antara Engineer dan Ustaz... Ini merupakan kali pertama ke Offshore menaiki kapal. Very challenging! jelas berbeza jika ke Offshore menaiki Helikopter. Gambar ni di bahagian belakang kapal.
Menunggu untuk menaiki Borcoss Firdaus 3, salah sebuah kapal yang disediakan. Borcoss Shipping merupakan salah sebuah syarikat perkapalan yang hebat bertapak di Bumi Miri.
Bumi Miri ditinggalkan, lautan menunggu untuk dilawati...
Kapal bergerak meninggalkan Miri jauh di belakang.
Ruang Solat di dalam kapal. Kewajipan yang tidak perlu dipertikaikan di mana dan bagaimana.
Berposing berlatar belakang TKQ-A platform bersama dengan deligasi kunjungan. Cari mana saya...
sebelum bergayut untuk berpindah dari kapal ke Plantar. Berdebar juga untuk bergayut. Alhamdulillah, laut tidak bergelora. Jika saya ke D35 dulu menaiki Helikoplter, tidak terasa gayatnye...
"Ustaz, jangan lupa 2 sept". En. Zailani ingatkan saya tentang program berbuka puasa dan penyampaian Duit Raya kepada Fakir Miskin, Ibu Tunggal, anak yatim dan sebahagian Asnaf yang lain.
52 tahun dulu, ketika Tun Abdul Rahman sibuk ke hulu dan ke hilir untuk merencanakan Kemerdekaan. Pada masa itu Tun H.S Lee juga bersama dalam deligasi. Masa itu juga Tun Sambanthan antara penguat kepada kemerdekaan. Pada Masa itu, walau UMNO, PAS, MCA dan MIC bersama dalam menempuh dan mencorakkan Malaysia. Peliknya masa itu ia tidak pula dinamakan sebagai "Racisme".
"Daripada Abu Hurairah R.A. bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda apabila telah tiba bulan Ramadhan, maka terbukalah semua pintu rahmat dan ditutup semua pintu neraka serta tangan-tangan syaitan dirantai".Ramadhan datang lagi, dinanti dan digamit. Hanya yang sudi untuk berjumpa dan menghayatinya. Hari ini hari ke 7 Ramadhan berlalu. Suasana yang menjadi muhasabah bila tahun demi tahun berlalu. Adakah tahun ini lebih baik dari yang lepas?
Nabi Muhammad saw bersabda dengan mafhumnya; Permulaanya rahmat, pertengahannya keampunan dan pengakhirannya di jauhkan dari api neraka. Bermakna permulaan rahmat itu sudah hampir ke penghujung, akan datang satu fasa yang memberi keampunan.
Bila Ramadhan menyusuri turutan waktu, kita bersama memperkatakannya. Alhamdulillah, syiar itu ada pada diri yang mempunyai fikrah kepada Nya. Tetapi ditakuti bila hari demi hari berlalu, Ramadhan kian sepi ibarat hamba yang tak sudi...
"Penuhkan saf hadapan, utamakan saf hadapan..."
Kalimah yang selalu dilafazkan tak kala bermulanya susunan Saf. Laungan ini juga dilaungkan bila 8 rakaat terawikh sudah berlabuh. Sewaktu itu, suara gerombolan manusia yang meninggalkan masjid agak kuat mengganggu para jemaah yang masih khusyuk meneruskan sehingga 20 rakaat. Kenapa suara itu terlalu kuat dan mengganggu jemaah yang masih di landasan saf mereka?
8 atau 20 rakaat tidak perlu diperdebatkan. hanya melainkan satu kumpulan yang merasa diri mereka terlalu Sunnah! Usah dipersoalkan 8 atau 20, tetapi soalkan betapa penghatan Terawikh itu menyelinap sanubari atau sekadar menjadi adat kebiasaan. Malang sekali bila ada yang datang hanya sekadar melepaskan batuk ditangga. Ibadat hanya sekadar melepaskan nafas yang tersekat. Bukankah bulan ini penuh barakah?
Masjid hanya tinggal 2 saf yang berbaki selepas 8 rakaat dilaksanakan. Hmmm... agaknya bila dah nak raya nanti, berapa orang yang tinggal...
Duit seringgit telah bertemu dengan lima puluh ringgit Dan bertanya:
Pergerakan harian terlalu memenatkan. Tugasan wajib yang sememangnya tertunggu untuk dihisab dihadapan Allah nanti. Kadang-kadang hanya ada tidak sampai satu jam untuk bergerak ke destinasi program yang berikutnya.
Perjalanan dari Miri ke Sibu menggunakan Penerbangan MAS MH3635 dan Alhamdulillah telah selamat mendarat walaupun kami terpaksa menunggu hampir 15 minit sebelum keluar dari pesawat ATR yang memuatkan 62 anak kapal. Ini kerana hujan lebat yang turun dan dengan menggunakan pesawat Turbo Props, bridge ke terminal tidak dapat digunakan. Ia hanya digunakan untuk penerbangan yang berkapasiti besar.
Ini adalah salah satu Masjid yang tersergam indah di bandar Sibu. Saya difahamkan ini adalah Masjid Pertama yang bertarikh Bulan Rejab 1355 Hijrah tarikh dibina. Cuba lihat di depan mihrab Masjid, terdapat tulisan yang mencatatkan Tarikh tersebut. Benarlah kata-kata baginda saw ketika Raja Parsi mengoyakkan Surat Diplomatik Baginda tentang penerimaan Islam. Raja Parsi yang marah dengan ajakan Baginda kepada Islam telah menghina Baginda dan mencela Baginda. Nabi saw pernah berkata "Agama ini akan tersebar segenap tempat yang boleh ditunggangi kuda dan unta". Hebat, tahun 1355 menandakan lebih seratus tahun Islam bertapak di sini. Cuma harapan saya untuk melihat syiar ini terus berkembang dan dapat menutup da'yah Nasraniyyah di Bumi Borneo...
Bersama sahabat-sahabat di dalam dewan dalam majlis Penutupan Rasmi. lama tidak berjumpa dengan Sheikh Fakhri yang berbaju Batek Merah. Ustaz Hamim, guru Tarannum Miri juga tidak ketinggalan bersama. Terima kasih atas ilmu Harakat yang telah diajar semasa di Bilik Penginapan.

© Blogger template Foam by Ourblogtemplates.com 2009
Back to TOP