..:: Ramadhan Di Pertengahan ::..

Friday, August 28, 2009

"Daripada Abu Hurairah R.A. bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda apabila telah tiba bulan Ramadhan, maka terbukalah semua pintu rahmat dan ditutup semua pintu neraka serta tangan-tangan syaitan dirantai".

Dari Abu Hurairah R.A. Nabi Muhammad saw bersabda; “Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran pahala nescaya diampunkan baginya segala dosa yang terdahulu”

Ramadhan datang lagi, dinanti dan digamit. Hanya yang sudi untuk berjumpa dan menghayatinya. Hari ini hari ke 7 Ramadhan berlalu. Suasana yang menjadi muhasabah bila tahun demi tahun berlalu. Adakah tahun ini lebih baik dari yang lepas?

Nabi Muhammad saw bersabda dengan mafhumnya; Permulaanya rahmat, pertengahannya keampunan dan pengakhirannya di jauhkan dari api neraka. Bermakna permulaan rahmat itu sudah hampir ke penghujung, akan datang satu fasa yang memberi keampunan.

Bila Ramadhan menyusuri turutan waktu, kita bersama memperkatakannya. Alhamdulillah, syiar itu ada pada diri yang mempunyai fikrah kepada Nya. Tetapi ditakuti bila hari demi hari berlalu, Ramadhan kian sepi ibarat hamba yang tak sudi...

"Penuhkan saf hadapan, utamakan saf hadapan..."


Kalimah yang selalu dilafazkan tak kala bermulanya susunan Saf. Laungan ini juga dilaungkan bila 8 rakaat terawikh sudah berlabuh. Sewaktu itu, suara gerombolan manusia yang meninggalkan masjid agak kuat mengganggu para jemaah yang masih khusyuk meneruskan sehingga 20 rakaat. Kenapa suara itu terlalu kuat dan mengganggu jemaah yang masih di landasan saf mereka?

8 atau 20 rakaat tidak perlu diperdebatkan. hanya melainkan satu kumpulan yang merasa diri mereka terlalu Sunnah! Usah dipersoalkan 8 atau 20, tetapi soalkan betapa penghatan Terawikh itu menyelinap sanubari atau sekadar menjadi adat kebiasaan. Malang sekali bila ada yang datang hanya sekadar melepaskan batuk ditangga. Ibadat hanya sekadar melepaskan nafas yang tersekat. Bukankah bulan ini penuh barakah?

Masjid hanya tinggal 2 saf yang berbaki selepas 8 rakaat dilaksanakan. Hmmm... agaknya bila dah nak raya nanti, berapa orang yang tinggal...

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Foam by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP